23 April 2010

Bantulah Hannah

Alhamdulillah, Allah izinkan untuk saya berbicara terus dengan Puan Rohaiza, ibu kepada Adik Hannah yang saya paparkan melalui Bantulah ibu ini doakan keselamatan anaknya

Terasa sayu mendengar luahan hati si ibu. Air mata sendiri bergenang tapi saya gagahkan diri bertahan. Kalau saya sendiri tak mampu menahan tangisan hanya setelah mendengar luahan si ibu; bayangkan bagaimana si ibu yang menghadapi si anak yang sedang berjuang untuk hidup, sehari-hari?

Di bawah ni; saya lampirkan jawapan emel drpd Pn Rohaiza:

"Wsalam

Terima Kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada saudari. Hana berada di rumah kami di Bukit Katil Melaka. Ketika email itu saya mula sent (13/4/10), Hana telah dibenarkan keluar dari hospital. Dengan kata-kata semangat dari saudari..bagaikan datang satu kuasa dalam diri saya. . Tetapi saya sering rasakan kuasa itu kadang-kala ada..kadang-kala hilang. Mudah-mudahan Allah kekalkan keyakinan saya padaNya.

Hana masih belum boleh menghisap dan menelan. Kudrat Hana belum kuat utk itu. Sebenarnya itulah yang paling saya harapkan agar Hana blh menghisap & menelan. Tapi masih belum Allah izinkan. Tangan Hana agak aktif bergerak, kaki kanan masih bersimen,kaki kirikurang bergerak. Mata Hana masih tiada tumpuan. Jika berjaga mata Hana akan terbuka tanpakelip2. Mungkin kerana urat sarafnya tegang.

Buat pengetahuan saudari, saya mengambil cuti 2bln untuk menjaga Hana dengan harapan puteri kesayangan saya akan beransur sihat. Banyak masa saya luangkan bersama. Mungkin ini ujian agar kami menjadi lebih erat. Betapa saya menjaga Hana ketika dalam kandungan. Sehari pun saya tidak lupa memakan pil2 yang doktor bekalkan. Seawal kandungan 3 bln saya mengambil folic acid agar otak bayi saya berkembang baik. Susu anmum, air soya, buah-buahan...segalanya saya ambil bagi memastikan kandungan saya sihat. Tapi...kami diuji di saat akhir. Baru saya sedar bahawa ada kuasa yang maha Berkuasa. Dia boleh merubah sesuatu dalam sekelip mata. Kun fa ya kun..

Saya tidak putus-putus berdoa kepadaNya. Kadang-kala saya rasakan diri saya tidak sempurna dan layak untuk mendapat nikmatNya. Oleh yang demikian, saya mohon bantuan kalian. Manalah tahu jika ada di antaranya doa dari orang2 yang rapat dengan Allah. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa saya iaitu ibu kepada zuriat yang tidak ternilai harganya pada saya. Email yg saya hantarkan sebenrnya utk meminta pembaca melakukan solat hajat, baca al-Fatihah...

Tapi seandainya sumbangan yg diberikan, saya terima dengan hati terbuka. Terus terang saya katakan kos rawatan utk Hana tidak terkira. Medikal dah menyatakan kerosakan otak tiada ubatnya. Saya rawat Hana dgn cara alternatif. Ke sana sini saya pergi utk berubat dgn harapan puteri kesayangan saya blh membesar seperti kanak2 sempurna.

Saya mengambil cuti 2 bln bermula 1/4-1/6 demi menjaga Hana kerana dia perlukan penjagaan rapi. Menyusu menggunakan tiub. Dia juga perlu banyak rangsangan seperti diurut. Tapi apa sekali pun saya sanggup demi Hana. Berhutang bergadai pun akan saya lakukan demi zuriat yg saya kandungkan selama 9 bln 10 hari.

JIka ada sumbangan untuk meringankan beban saya, bolehlah guna nombor akaun di bawah ini. Insyaallah, akan saya gunakan sepenuhnya untuk manfaat Hana. Jasa dan budi baik saudari hanya Allah yg layak membalas. Saya merayu sekali lagi agar teruskan berdoa agar kerosakan otak Hana dipulihkan, dijauhkan dari kecacatan dan Hana boleh membesar seperti kanak2 yang sempurna. Amin."

Buat mereka yang ingin membantu; di bawah ini butiran akaun yang diperlukan:
Rohaiza Ishak, nombor akaun Maybank : 154053329345

*****Bantulah sekadar terdaya. Ringankan bebanannya, insyaAllah DIA akan ringankan bebanan kita. Buat mereka yang inginkan nombor telefon Pn Rohaiza; untuk membantu beliau dengan berikan kata-kata semangat; boleh call or SMS Farhana di talian 013-2545965. Pesan saya: jangan menangis bersamanya kerana tangisan anda mampu menambah sayunya sebaliknya berikan dia kata-kata semangat. Semangat anda; mampu memberikannya semangat jua, insyaALlah!!

22 April 2010

Bantulah ibu ini; doakan keselamatan anaknya

Saya terima melalui emel. Ibu ini tak minta wang tapi hanya mohon doa yang ikhlas untuk anaknya. Sama-samalah kita bantu... tak susah sangat pun; hanya doa... sungguh; ujian Allah berbeza kepada setiap hamba-Nya....
---------------------------------------------------------------------

Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi.

Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat.

Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat. Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Di kesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah.

Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.

Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat:
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi- Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

***** Rayuan ini telah dipanjangkan melalui emel dan saya sediakan semula menerusi blog ini. Mohon kerjasama semua untuk memanjangnya agar Dia mendengar dan memakbulkan doa kita; berikan kesihatan yang baik kepada anak ini dan peluang untuk ibunya menyayangi, membelai, membesarkan dan mendidiknya menjadi anak yang solehah, insyaALlah. Saya akan emel kepada ibu ini untuk dapatkan sedikit keterangan dan keadaan terkini anaknya. Buat mereka yang tahu dan kenal pengirim sebenar emel ini, mohon maklumkan kepada saya di talian 013-2545965. Terima kasih!!

20 April 2010

Temujanji di KL pada 7,8 dan 10 Mei

Bagi mereka yang berada di Lembah Klang dan berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dengan saya, boleh tetapkan temujanji segera.

InsyaAllah, saya akan terima 10 sesi temujanji bersemuka mulai Jumaat 7hb hingga Isnin 10hb Mei. (Hingga saat maklumat ini disediakan, baki enam sesi sahaja masih kosong).

Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM50 dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan antara RM10 hingga RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka ini, kos adalah antara RM50 hingga RM100 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Bagi yang berminat, sila bank in RM50 ke akaun Maybank 162209924697 atas nama Suhaiza Ghazali dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka bersama saya pada tarikh tersebut.

Terima kasih!!

05 April 2010

Pertengkaran perlu?

Saya terima emel bermanfaat untuk semua:
-------------------------------------------------------

Pertengkaran penting dalam perhubungan?
Perbezaan pendapat atau pertikaman lidah adalah perkara biasa dalam sesuatu perhubungan. Malah umum mengetahui bahawa perhubungan tanpa sebarang pertelingkahan biasanya sukar untuk bertahan dan putus di tengah jalan.

Mengapa pertengkaran penting?
Ini kerana, bertengkar dapat memberi kita peluang untuk melihat pilihan sedia ada dalam apa jua situasi. Kita selalunya dikaburi dengan pendapat sendiri sehingga gagal melihat pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara.

Seperti contoh, kita percaya bahawa anak-anak tidak patut diberikan wang. Semua duit mereka perlu disimpan dalam bank untuk kegunaan masa depan mereka sendiri. Kedengaran logik bukan?

Bagaimanapun, pasangan anda mungkin berpendapat bahawa dengan memberikan anak wang, mereka akan belajar menilai wang dan menimba pengalaman sendiri betapa sukarnya untuk menyimpan.

Lebih banyak mereka simpan, banyak lagi benda penting yang boleh mereka beli di kemudian hari. Bukankah itu pandangan yang lebih baik?

Jadi, bagaimana sebenarnya boleh pertengkaran dibentuk untuk menghasilkan keputusan yang lebih positif? Hanya ada satu perkara yang boleh dilakukan.

Peraturan utama pertengkaran adalah persediaan
Sediakan peraturan sebelum memulakan apa-apa.

Ingatkah anda sewaktu cinta mampu mengatasi segala-galanya? Ketika si dia lewat dua jam untuk temujanji dan anda masih mampu tersenyum apabila dia tiba. Cuba duduk dan bincang dengan pasangan mengenai peraturan-peraturan kecil pada ketika itu.

Bincangkan hal ini - "Dalam sesuatu isu (pertengkaran), bagaimana anda dan pasangan menyelesaikannya?"

Berikut adalah beberapa cadangan yang kedua-dua anda boleh mencapai kata sepakat dalam perbincangan ini.

Bertengkar hanya apabila pertengkaran itu boleh membantu anda berdua menjadi orang yang lebih baik.
Tidak ada sebab untuk bergaduh mengenai siapa yang patut membuang sampah. Seseorang masih perlu melakukannya, jika tidak, rumah anda akan mula berbau. Jika kedua-duanya masih lagi tersangkut dalam pertengkaran yang tiada penghujungnya itu, salah seorang patut mengingatkan pasangan lain bahawa ia memang tidak berbaloi langsung.

Jangan sesekali serang ego
Tidak ada lelaki yang sabar dipanggil pengecut, sama seperti wanita tidak suka dilayani seperti hamba! Perjelaskan kepada pasangan sempadan itu dan pastikan dia faham.

Seperti contoh, wanita tidak suka dimarahi lelaki di khalayak ramai, jadi si lelaki perlu tahu hal ini dan walaupun tidak suka, dia perlu menangani isu tersebut secara peribadi. Juga, jangan panggil pasangan dengan nama-nama hina atau mengeji.

Hanya seorang bercakap pada satu masa.
Pertengkaran tidak akan menjadi positif apabila ia menjadi 'persembahan duet' oleh anda dan pasangan. Ini apabila kedua-duanya menjerit ke arah satu sama lain pada masa yang sama.
Bagaimana hendak kenal pasti masalah jika tidak ada yang mendengar? Tapi jangan pula kedua-duanya membisu.

Tentukan pemenang dan yang tewas
Pastinya pertengkaran itu menjadi sempurna apabila hasilnya adalah situasi menang-menang. Tetapi, ada kes di mana keputusannya berat sebelah. Contohnya, jika suami ditugaskan mengurus hal-hal kewangan, hampir semua perselisihan faham mengenai wang akan dimenangi suami.

Sediakan peraturan bagaimana untuk menjadi pemenang atau sebaliknya. Seperti contoh, pemenang harus menghormati pihak yang tewas.

Bersetuju mengguna orang ketiga
Hanya apabila pertengkaran sukar diselesaikan dan kedua-dua pihak tidak bersedia untuk berkompromi. Orang ketiga perlu 'ditugaskan' terlebih dahulu seperti kawan baik atau ahli keluarga terdekat.

Orang ketiga akan membantu pasangan itu mencapai kata sepakat. Dia juga mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berdasarkan perbalahan itu dan pasangan berkenaan harus menerimanya walau apa pun.

Bagaimanapun tindakan ini tidak digalakkan kerana boleh menjejaskan kehidupan peribadi pasangan dan orang ketiga terbabit.

Mana-mana pihak boleh meninggalkan pertengkaran pada bila-bila masa (tempoh bertenang).
Adalah normal berlaku tahap kemarahan akan membuak-buak ketika bertengkar terutama apabila menyentuh hal peribadi. Pasangan perlu bersepakat terlebih dahulu bahawa salah seorang boleh meminta dibiar bersendirian untuk satu tempoh sebagai waktu bertenang.

Perkara ini boleh membantu terutama apabila ketika marah, pertimbangan akan dikaburi emosi dan kita tidak dapat melihat dengan jelas pilihan yang lebih baik. Ini sebenarnya peraturan yang paling sukar kerana kemarahan memerlukan seluruh kekuatan yang ada hanya untuk mengawalnya.

Berlatih bertengkar
Walaupun kedengaran pelik, tapi apa salahnya. Atur beberapa masa untuk berlatih mengendalikan pertengkaran. Cuba gunakan permohonan tempoh bertenang, atau pihak ketiga atau tidak menyerang ego.

Ia boleh menyentuh apa jua isu, ingat, tujuannya adalah untuk berlatih peraturan-peraturan penting di atas sebelum anda dan pasangan benar-benar bersedia untuk bertengkar.

****Moga ada yang mendapat manfaat. Terima kasih kepada pengirim emel. Tak pasti sumber dari mana tetapi maklumatnya amat berguna!!