27 Jun 2011

Bersemuka di SP 30 Jun dan 1 Julai

InsyaAllah, saya akan terima sesi temujanji bersemuka di Sungai Petani pada 30hb Jun dan 1hb Julai ini.

Bagi tarikh 30hb Jun, saya terima dua sesi sahaja iaitu:
- sesi 1: 02.30pm-4.00pm
- sesi 2: 04.00pm-5.30pm

Bagi tarikh 1hb Julai, saya terima empat sesi sahaja iaitu:
- sesi 1: 11.00am-12.30pm
- sesi 2: 12.30pm-2.00pm
- sesi 3: 02.30pm-4.00pm
- sesi 4: 04.00pm-5.30pm

Sila bank in ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka beserta tarikh dan masa pilihan anda.

Terima kasih!!

18 Jun 2011

Dilema suami yg sukakan kaum sejenis

SOALAN:

Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga atas pilihan keluarga. Untuk makluman puan, saya tergolong sebagai lelaki yang berminat kepada kaum sejenis. Kini, saya dalam dilema kerana gagal menjadi seorang suami terbaik dan sering mengecewakan isteri. Perlukah saya berkongsi masalah ini dengannya? Saya benar-benar ingin berubah kerana yakin ALLAH SWT mengurniakan saya sesuatu yang baik untuk kembali normal.

JAWAPAN

Alhamdulillah! Syukur kepada Allah SWT kerana anda kekal berada di dalam pemerhatian-Nya dan diberikan hidayah untuk berubah. Tahniah juga buat anda kerana berkehendakkan ke arah perubahan yang lebih baik. Sungguh! Seperti maksud ayat 11 surah ar-Ra’du menjelaskan Allah tidak akan mengubah nasib dan cara kita hidup sekiranya kita sendiri tiada hasrat untuk mencipta perubahan.

Sebelum soalan anda saya jawab; ingin saya kongsikan bersama anda dan pembaca semua mengenai kesan negatif penyakit minatkan kaum sejenis dan juga cenderung untuk memuaskan nafsu sendiri secara istimta’. Istimta’ atau onani bermaksud seseorang individu melakukan perbuatan tertentu tanpa melibatkan pasangannya yang sah bagi melampiaskan nafsu syahwatnya. Islam mengharamkan hubungan dengan kaum sejenis (lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan) dan kebanyakan ulama turut mengharamkan perbuatan onani ini. (sila rujuk ke blog saya untuk perbincangan lanjut).

Hukum haram melakukan hubungan sama jenis dan onani munasabah menurut logik akal kerana kedua-dua perbuatan ini memberikan kesan negatif semata-mata. Antaranya menghilangkan ghairah kepada pasangan yang wajar seperti ketetapan fitrah – lelaki dipasangkan dengan wanita dan wanita dipasangkan dengan lelaki. Seperti pengakuan saudara yang menyoal; anda gagal berfungsi sebagai seorang suami kepada pasangan anda. Namun; jangan bimbang! Sama seperti lelaki yang dipasangkan dengan wanita; setiap masalah juga dipasangkan dengan penyelesaiannya, insyaAllah!!

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah benar-benar bertaubat atas segala dosa anda yang lalu. Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Pengampun. Bertaubatlah dengan betul-betul menyesali kesilapan lampau dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Perlu diingat! Perbuatan lampau anda bukan saja penyakit malah adalah tabiat yang memerlukan kesungguhan dan usaha yang keras untuk meninggalkannya. Ikhlaskan hati untuk bertaubat dan berubah; bukan semata-mata kerana ingin menjadi suami yang baik kepada isteri yang anda sayangi tetapi kerana Allah; kerana tidak ingin terus melakukan perkara yang ditegah-Nya.

Dalam masa yang sama, anda perlu berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada isteri anda. Mungkin anda tidak mempunyai selera yang selayaknya seorang lelaki normal rasai tika bersama dengan isteri tetapi dalam usaha untuk berubah ini; anda perlu ketepikan ‘ketiadaan selera’ tersebut. Bersikaplah seperti suami yang sewajarnya. Ya! Anda perlu hipokrit malah mungkin menipu diri sendiri seketika jika perlu tetapi bukan menipu isteri. Seorang isteri pasti dapat mencium ada sesuatu yang tak kena jika suami tidak bersikap ‘jantan’ tika masih dalam tempoh awal perkahwinan.

Mengenai persoalan perlukah tabiat negatif anda disampaikan kepada isteri, jawapannya; bergantung kepada sejauhmana anda mengenali isteri anda. Jika anda yakin; isteri anda amat sayangkan anda dan dalam masa yang seorang yang bersikap terbuka, boleh dibawa berbincang dan bersedia membantu anda memulakan hidup baru; anda boleh berkongsi masalah ini dengannya. Sebaliknya, jika isteri anda adalah pilihan keluarga anda, begitu juga dia; anda perlu merebut kasihnya terlebih dahulu. Menyayangi dan mengasihi isteri bukan melalui kesempurnaan hubungan seksual semata-mata sebaliknya si isteri akan lebih mudah terpikat kasih jika suami pandai mengambil hati dan mudah bermesra.

Jika anda bermasalah untuk berikan layanan lima bintang dalam hubungan kelamin; usahakan untuk berikan layanan lima bintang dalam komunikasi suami isteri yang lain – bermesra, bergurau, luangkan masa berbual, sentiasa tanyakan khabar dan mengambil berat mengenai kesihatan dan makan minumnya. Selalunya kaum lelaki memandang remeh hal menanyakan khabar isteri atau menyoal mengenai makan minumnya. Sebaliknya bagi isteri, jika suami bertanyakan khabar atau mengambil berat sama ada sudah makan atau belum; tindakan tersebut merupakan perkara yang amat disenangi dan menjadi bukti; dirinya benar-benar disayangi suami. Biar suami hanya mampu berikan layanan sekadar satu atau dua bintang; si isteri akan tetap menaruh harapan dan bersedia memberikan peluang. Bila kasihnya telah anda tawan, anda yakin dia boleh berikan peluang dan akan membantu anda untuk berubah; kongsikanlah masalah anda.

Tika ingin berkongsi, pastikan masa dan keadaannya sesuai. Jangan pula diluahkan tika isteri anda sedang bersedih atau sedang marah walau marahkan orang lain. Perhatikan ‘mood’ isteri anda terlebih dahulu. Sebaiknya, berceritalah kepadanya setelah selesai anda ‘bersama’. Pegang tangannya, pandang wajahnya dan renung tepat ke matanya. Mulakan dengan mengatakan; anda mempunyai perkara yang amat penting untuk anda luahkan dan anda mohon agar isteri anda dengar baik-baik segala luahan anda. Ceritalah dan paling penting, bersungguh-sungguh tika nyatakan anda telah bertaubat dan dalam usaha untuk berubah sebab anda terlalu mengharai kewujudan isteri anda di dalam hidup anda. Merendah dirilah dan merayu agar anda diberikan peluang untuk berubah menjadi suami yang terbaik buat isteri anda dan mohon agar isteri anda bersama-sama membantu anda dalam usaha anda itu.

Peringatan! Jangan harapkan isteri anda terus menerima luahan hati anda. Berikan dia masa. Biar dia seorang yang bersifat terbuka tetapi perkara yang anda luahkan adalah perkara yang bukan saja melanggar norma masyarakat sebaliknya melanggar hukum syarak. Tidak mustahil dia akan terkejut, panik malah boleh jadi resah dan gelisah. Biarkan dia seketika. Usah memaksa. Jelaskan kepadanya; anda hanya mohon diberikan peluang untuk buktikan anda benar-benar telah berubah. Dalam tempoh menanti masa dia menerima anda semula; anda perlu buktikan anda benar-benar sedang berusaha untuk berubah. Dampingi dirinya; dekati dia dan bermesra sewajarnya sebagai suami isteri. Jika dia menolak, bersabar dan jangan bermasam muka sebaliknya ulangi kata-kata: hanya ingin diberikan peluang dan anda akan usahakan untuk menjadi suaminya yang baik dan bertanggungjawab seperti tuntutan syarak.

Selain bermesra; pastikan anda benar-benar berubah dengan mendekati DIA Yang Maha Kuasa. Tiada ertinya taubat jika tidak mendirikan solat. Pastikan anda malah minta isteri anda berdoa; jika hubungan perkahwinan adalah yang terbaik untuk masa depan dan agama kalian berdua, bukakan hati untuk saling menerima serta mudahkan segala urusan dan usaha anda untuk kembali menjadi lelaki yang normal. Jika sebaliknya; biarlah sama-sama redha dengan takdir-Nya dan mudahkan juga urusan taubat anda agar anda boleh terus hidup dalam redha-Nya.

Bila isteri sudah boleh menerima; berjanjilah untuk sama-sama mulakan hidup baru. Perkara yang lama jangan diungkit. Mohon agar isteri mempercayai anda dan anda sendiri janganlah pula mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberikan oleh si isteri. Elakkan juga berkawan rapat dengan rakan lelaki. Bukan tak boleh berkawan tapi bukan terlalu rapat atau akrab serta kerap keluar bersama. Anda pernah tersasar; jika anda tidak mengulanginya pun tetapi sikap anda menebuk lorong ke arah sikap yang lama; sudah cukup untuk menimbulkan curiga di hati isteri anda.

Paling penting, amalkan cara hidup suami isteri yang sewajarnya seperti tuntutan syarak – solat berjemah, mengaji al-Quran sama-sama; dan usahakan untuk mewujudkan komunikasi unggul antara anda dan isteri. Amalkan sikap berterus terang; wujudkan sesi perbincangan dan banyakkan bersabar. Anda pernah menjadi sahabat syaitan dan kini anda ingin kembali ke pangkal jalan; sudah pastilah syaitan juga meningkatkan usahanya untuk kembali menyesatkan anda. Sentiasalah berdamping dengan-NYA, DIA tidak akan mensia-siakan anda, insyaAllah!!

****Dilema Perkahwinan, Pa&Ma bulan Disember 2010.

02 Jun 2011

Seminar Srikandi 1 Malaysia

Bersama saya membincangkan topik Kecemerlangan dalam Institusi Kekeluargaan dan Kerjaya dalam Seminar Inspirasi SRIKANDI 1 Malaysia:

Tarikh : 28 - 29 Jun 2011
Tempat : Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur.

Objektif seminar ini antaranya adalah untuk membina jati diri peserta agar berani menghadapi sebarang cabaran, dugaan dan ujian agar dapat mengimbangi kepentingan diri, kerjaya dan keluarga disamping berfikiran positif dan sentiasa bersemangat.

Seminar ini juga bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan baru terutama dari segi penjagaan kesihatan melalui pemakanan dan cara hidup, bagaimana menghadapi dan berdepan dengan situasi berbahaya dan berisiko terhadap wanita, mengetahui hak-hak wanita dan cara penjagaan serta penampilan diri yang memberi kesan terhadap keyakinan diri.

Selain itu sumbangan untuk PROGRAM BERSAMAMU TV3 juga akan dijalankan.

Senarai penceramah:

Datuk Dr. Zulkifli Ismail
Topik : Anak atau Kerjaya : Manakah Keutamaan Anda?
Datuk Dr. Zulkifli Ismail merupakan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pengasuhan Positif (Positive Parenting Management Committee). Beliau banyak memberi ceramah kesedaran yang berkaitan dengan kekeluargaan,penjagaan anak,keselamatan dan kesihatan kanak-kanak.

Dr. Jeyarajah Sivalingam
Topik : Penjagaan Kesihatan Alaf Baru : Apa yang Perlu Anda Tahu
Antara bidang utama yang diminati oleh Dr Jeyarajah Sivalingam ialah perubatan pencegahan yang memberi fokus kepada penyelidikan sel stem dan modulasi hormon.Beliau telah mendapat latihan formal dalam kardiologi di fakulti perubatan UiTM dan IJN. Dr. Jeyarajah Sivalingam ialah ahli Royal College of Physicians (UK). Beliau aktif mempromosikan penggunaan testosteron dan telah berucap dalam forum-forum mengenai mengatasi sakit jantung, obes, dan kencing manis. Belaiu juga menjalankan kajian klinikal keatas rawatan kencing manis menggunakan sel stem.Memandangkan beliau memimati bidang Perubatan Pencegahan,dia menjurus kepada perubatan pencegahan dan gabungan khususnya bagi merawat penyakit kronik dengan sel stem. Pada masa ini beliau menjadi pengamal perubatan di Klinik MAC, Bangsar dan sebagai konsultan pelawat untuk Pusat Perubatan Primanora. Dr Jeyarajah juga merupakan ahli kepada Royal College of Physicians (UK) tahun 2005.



Dr. Nurashikin Ibrahim
Topik : Kendali Stres dalam Mencapai Kesihatan Mental yang Optimum

Dr. Nurashikin Ibrahim adalah Doktor Kesihatan Awam dan Penolong Pengarah Kanandi Unit Kesihatan Mental, MESVIPP (Program Kesihatan Mental, Penderaan, dan Pencegahan Kecederaan Keganasan). Pada tahun 2009 beliau telah menjalani latihan dalam Pencegahan Membunuh Diri di Institut Penyelidikan dan Pencegahan Membunuh Diri di Australia. Beliau juga menyertai Institut Hyogo untuk tekanan traumatik di Jepun. Dr Nurashikin mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang kesihatan umum (Kesihatan Keluarga, UM) dari Pusat Kesihatan Umum Universiti Malaya dan ljazah Sarjana Muda dalam bidang pembedahan dari Universiti Malaya pada1994.
Beliau juga bergiat aktif dalam Perjanjian Prestasi Kerja WHO contohnya dalam melaksanakan Pelan Tindakan untuk Pencegahan Membunuh Diri, Pembangunan Servis Kesihatan Mental untuk Komuniti sehingga 2004. Kini beliau sedang menyiapkan kertas cadangan Pelan Tindakan dan Strategik Kebangsaan untuk Pencegahan Membunuh Diri di peringkat Kementerian Kesihatan. Beliau juga selalu memberi ceramah berkaitan kesihatan mental dan pengurusan tekanan kepada sektor awam dan swasta termasuk badan berkanun seperti NIOSH. Beliau juga merupakan penulis yang banyak menyumbangkan idea beliau dalam majalah-majalah yang berkaliberseperti I-Sihat.








Kamal Affendi Hashim
Topik : Jenayah Ke Atas Wanita
Tuan Kamal Affandi Hashim merupakan aktivis dan Penganalisis Jenayah.Beliau sering diundang memberi ceramah tentang kesedaran mengurangkan mengelakkan berlakunya jenayah dan membuat demonstrasi mempertahankan diri apabila berlaku situasi yang berdepan dengan penjenayah. Tuan Kamal Affandi Hashim juga kerap diundang dan menjadi jurucakap untuk Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

Suzana Ghazali
Topik : Kecemerlangan dalam Institusi Kekeluargaan dan Kerjaya
Merupakan Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie .Beliau juga merupakan Kolumnis tetap dalam ruangan Resipi Hidup di majalah Mingguan Wanita, Dilema Perkahwinan Pa&Ma dan Cermin Diri di akhbar Kosmo! Beliau juga aktif memberikan ceramah dan sering mendapat undangan menjadi panel jemputan di RTM, Media Prima dan Astro. Beliau juga berpengalaman mengendalikan kes-kes rumahtangga sejak 1998.

Yuran Penyertaan

Yuran Termasuk Penginapan Hotel 5 Stars:
1) Bilik Perseorangan RM1259.00/seorang
2) Bilik Berkembar RM1159.00/seorang
3) Bilik Berkembar Berkumpulan RM999.00/seorang

Yuran TANPA Penginapan:
1) Penyertaan Seorang RM899.00/seorang
2) Penyertaan Berkumpulan RM799.00/seorang
3) Penyertaan Pameran RM2000.00
(Booth)
4) Penyertaan Pameran RM599.00
(Meja)

Sebarang Pertanyaan dan Penyertaan:

Sekretariat SRIKANDI2011
Unit Pembangunan Profesional
Sekolah Pendidikan Profesional & Pendidikan Berterusan (
UTMSPACE)
Universiti Teknologi Malaysia
40-50 Jalan Kebudayaan 1,

Taman Universiti
81300 Skudai, Johor, Malaysia
(Peg. dihubungi : Noraini/Norazlan)

Tel : 017-7310105 / 012-6093227
Faks : 07-5211355
Email : srikandi2011@gmail.com