Atas permintaan, saya akan terima TEMUJANJI BERSEMUKA PADA 23 JULAI
sahaja, (tarikh sebelum ni 24 tapi ditukar tarikh sebab saya terima
undangan ceramah motivasi 4 jam di SK Sijangkang pada tarikh tersebut) terhad kepada 4 sesi sahaja, masih di KL Sentral dan DISKAUN
SEPANJANG RAMADHAN bagi temujanji menerusi telefon atau chat Yahoo Messenger, caj dikenakan ialah:
*temujanji menerusi telefon RM50 sahaja,
*temujanji via YM hanya RM70 sahaja,
- sesi maksima 90 minit
(harga asal RM100)
Memandangkan telah menerima banyak perminataan untuk sesi menerusi emel
kerana berhalangan untuk memperuntukkan masa yg sesuai dengan jadual
temujanji yg ditetapkan, saya berikan peluang. Bagi mereka yg ingin
bertemujanji menerusi emel, saya kenakan caj RM50.
Untuk
tempahan, sila buat bayaran dengan jumlah ditetapkan ke akaun Bank Islam
120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor
rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama anda ke talian
013-2545965 dan nyatakan temujanji pilihan anda. Bagi temujanji menerusi
emel, anda akan diberikan emel saya beserta no HP saya sendiri dan anda
perlu emelkan segala permasalahan anda kemudian SMS infom saya dan saya
akan usahakan balas segera (maksima dalam masa 3 hari insyaaAllah) dan
saya akan SMS anda semula selepas emel dijawab.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama rakan2... (",)
Hidup kita bagaikan ombak laut, ada tikanya tenang dan ada masanya bergelora. Gelora ombak di laut tidak sepanjang masa, sama juga seperti hidup kita, ujian diterima sekadar menguji tahap kesabaran dan keimanan kita kepada-Nya, demi mencapai bahagia sejati....
18 Julai 2013
Suami bagaikan boss
Soalan
DILEMA PERKAHWINAN, Mac 2012.
Suami berpangkat tinggi dan sering
mengibaratkan hubungan suami isteri sama seperti bos dan pekerja di pejabat.
Saya perlu hormat dalam melaksanakan arahan bos (suami). Bukankah antara suami
dan isteri perlu ada rasa hormat di antara satu sama lain, bertolak-ansur,
tolong-menolong dan faham-memahami?
JAWAPAN:
Fitrah
seorang manusia mahu dilayan sebaiknya sebagai manusia - difahami, diterima,
dihormati, disayangi, diberi perhatian, diberi sokongan dan dipercayai. Fitrah
ini milik semua makhluk bernama manusia, tidak terkecuali seorang pun walau
dalam hubungan antara majikan dan pekerja apatah lagi dalam hubungan sebagai
suami dan isteri.
Merujuk
firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan di antara
tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia
menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya
antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang serta belas kasihan.
Sesungguhnya demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan
kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” - surah al-Rum ayat 21. Ayat
ini menjelaskan hubungan suami isteri perlulah berasaskan kasih sayang dan
belas kasihan yang sudah semestinya terangkum di dalamnya rasa hormat di
antara satu sama lain, bertolak-ansur, tolong-menolong dan faham-memahami.
Merujuk
kepada kes yang dikemukakan, berkemungkinan suami memegang prinsip dia sebagai
ketua keluarga makanya isteri perlu akur dan taat tanpa sebarang rungutan dan
bantahan. Memang diakui, Islam meletakkan suami berada pada status yang tinggi.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Jika aku hendak
menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan
isteri supaya sujud kepada suaminya.” - Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu
Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi.
Di dalam al-Quran pula disebut: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang
lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita....” – an-Nisa’ ayat 34.
Dalam
mentafsirkan hadis dan ayat ini, ulama menjelaskan kekuasaan yang diberi oleh
Allah SWT itu menuntut agar seorang suami bersikap bertanggungjawab, bijaksana,
adil, sabar dan mampu untuk mengendali segala permasalahan atau bebanan yang
timbul di dalam rumahtangga. Dalam erti kata lain, status kepimpinan suami itu
adalah dalam rangka untuk merealisasikan perintah Allah SWT bagi melayan isteri
dengan sebaik mungkin. Maksud layanan yang baik bukan sekadar tidak memukul
atau menampar tetapi layanan yang baik seperti yang dikehendaki di dalam Islam
malah undang-undang perkahwinan agama lain juga ialah suami perlu menjaga hati
dan perasaan isteri agar tidak dilukai dan disakiti. Isteri berhak dilayan
dengan penuh kemesraan, kelembutan dan dengan penuh kasih sayang.
Menjadi
ketua keluarga juga bermaksud anda perlu jadi pelindung kepada isteri dan
anak-anak anda. Jika anda sendiri bertindak memberikan tekanan kepada mental
isteri dan anak-anak, anda telah gagal berperanan sebagai ketua keluarga. Bila
suami gagal melaksanakan segala peranan tersebut, suami itu tergolong dalam
kumpulan suami yang nusyuz.
Ya!
Suami pun boleh nusyuz. Dalam surah an-Nisa’ ayat 128 Allah SWT berfirman yang
bermaksud: “Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap
tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan suluh
yang sebenar-benarnya dan suluh itu lebih baik (bagi mereka)”. Menurut Imam
Said Hawa dalam Asas Fit Tafsir; nusyuz seorang suami bermaksud mengabaikan
isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri (tidak menggaulinya atau berkomunikasi
dengannya), tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau
memukulnya termasuklah kurang bercakap dan bermesra dengan isteri.
Berdasarkan
huraian Imam Said Hawa ini; para suami yang bersikap kasar dengan isteri, tidak
suka berbincang dengan isteri, suka membuat keputusan sendiri tanpa mengambil
kira pandangan isteri, tidak menghormati isteri, suka memerintah laksana member
arahan kepada pekerja bawahan adalah tergolong sebagai suami yang nusyuz.
Kenapa? Sebab Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan bergaullah kamu
dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” – surah
al-Nisa’ ayat 19. Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Orang yang paling
sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling
baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya.” - hadis
riwayat al-Tirmizi.
Mafhum
ayat al-Quran dan al-Hadis yang saya kongsikan di atas ini adalah antara dalil
dan bukti yang mewajibkan seorang suami menghormati isterinya, tanpa perlukan
sebab, tak perlu juga alasan kerana akad nikah yang suami lafazkan adalah satu
perjanjian untuk anda menjaga isteri dengan baik, menjaga kebajikan dan
keperluan hariannya, menjaga hati dan perasaannya termasuk berkomunikasi dengan
baik. Biar perkahwinan anda atas pilihan orang tua, biar tiada lagi rasa sayang
dan cinta, bila dia masih bernama isteri anda, anda wajib menghormati isteri
anda.
Perlu
difahami! Hubungan suami isteri bukan hubungan demokrasi malah bukan juga
autokrasi. Hubungan suami isteri adalah satu hubungan penuh toleransi. Perlu
sama-sama menghormati malah perlu sama-sama memahami. Singkap kembali sejarah
kehidupan Rasulullah SAW bersama isteri baginda. Biarpun terlalu sibuk dan
kalut menyampaikan usaha dakwah, baginda masih mampu menjadi seorang suami yang
romantik buat isteri baginda. Baginda memahami kehendak si isteri dan berusaha
memenuhi kehendak tersebut.
Diriwayatkan daripada Aishah r.anha
bahawa Rasulullah SAW pernah membawanya menyaksikan permainan para sahabat yang
berasal dari Sudan. Katanya: “Hari itu adalah hari
raya di mana orang-orang Sudan bermain pedang dan perisai. Aku (Aishah r.anha)
tidak ingat apakah aku yang meminta untuk melihatnya atau Rasulullah SAW yang
berkata: Apakah kamu ingin melihatnya? Aku pun menjawab: Ya. Aku disuruhnya
berdiri di belakangnya di mana pipiku bersentuhan dengan pipi baginda. Baginda
berkata: Biar yang lain wahai Bani Arfidah! Ketika aku merasa bosan, baginda
bertanya kepadaku: Adakah engkau sudah puas? Aku menjawab: Ya. Baginda pun
bersabda: Pergilah.” - hadis riwayat al-Bukhari.
Rasulullah SAW juga sering bergurau
senda dengan para isterinya. Aisyah r.anha telah berkata yang bermaksud:
“Rasulullah berlumba lari denganku, maka aku menang ketika itu kerana aku belum
gemuk. Kemudian, setelah gemuk aku berlumba lari dengannya, maka baginda
memenanginya. Lalu baginda bersabda: Kemenangan ini sebagai penebus kekalahan
yang lalu.” - hadis riwayat Abu Daud.
Dua
contoh daripada begitu banyak perkara yang boleh dijadikan teladan. Fakta penting:
sesungguhnya para suami wajib dan perlu melayan isteri dengan baik.
Saya
yakin, isu ‘hubungan boss dan pekerja’ juga wujud kerana kegagalan puan
berkomunikasi dengan baik bersama suami. Rata-rata, masalah utama komunikasi
sesama setiap insan khususnya suami isteri ialah memahami dan difahami.
Sukarnya memahami sama saja dengan sukarnya untuk difahami. Jalan terbaik,
berikan peluang kepada diri sendiri untuk memahami dan difahami. Jika anda
sukar memahami; bertanya dan berbincanglah. Jika anda sukar difahami; jelaskan
dan berterus teranglah. InsyaAllah! Sama-sama memahami akan dikecapi dan
bahagia hidup berumahtangga akan dinikmati!
16 Julai 2013
Bengkel Pengendalian Kes di Mahkamah Syariah 2
Atas
permintaan, saya adakan sekali lagi bengkel yg serupa...
Ada
kes di Mahkamah Syariah? Pening tak tau nak hadapinya?
Sertai
Bengkel Pengendalian Kes Di Mahkamah Syariah
Perbincangan
menyeluruh mengenai prosedur dan tatacara pengurusan kes mal (perkahwinan)
merangkumi kes tuntutan cerai, takliq, fasakh, khuluk, hak jagaan anak,
tuntutan nafkah eddah, mut’ah, nafkah anak, harta sepencarian dan hutang
perkahwinan. Ketahui juga mengenai nusyuz dan perintah kembali taat. Anda juga
akan diajar mengenai dokumentasi dan pembuktian yang perlu dikemukakan bagi
menyokong kes anda.
Tarikh: 26 Oktober 2013
Masa:
8.00am hingga 6.30pm
Tempat:
Bilik Mesyuarat, Bina Bahagia Services, Wangsa Permai, Kepong
Yuran:
RM180 per individu
**Peserta yg mendaftar untuk Bengkel 7
Julai dan gagal hadir, boleh sahkan semula kehadiran anda.
Aturcara:
08.00am
– Pengesahan Pendaftaran
08.15am
– Bacaan Doa al-Ma’thurat
08.30am
– Bengkel 1 – Tuntutan Cerai, Pengesahan Cerai dan Khuluk
10.00am
– Minum Pagi
10.30am
– Bengkel 2 – Tuntutan Takliq dan Fasakh
01.00pm
– Makan tengahari dan Solat Zohor
02.00pm
– Bengkel 3 – Tuntutan Hak Jagaan Anak dan Nafkah Anak
03.30pm
– Bengkel 4 – Tuntutan Nafkah Eddah, Mut’ah, Harta Sepencarian dan Hutang
Perkahwinan
05.00pm
– Solat Asar dan Minum Petang
05.30pm
– Bengkel 5 – Nusyuz dan Perintah Kembali Taat
06.30pm
– Bersurai
Cepat!
Daftar segera! Tempat terhad kepada 15 peserta sahaja.
Untuk
pendaftaran, bayar RM100 ke akaun akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama
Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran
beserta nama penuh, no KP dan alamat lengkap anda ke talian 013-2545965. Baki
bayaran RM80 dibayar pada hari program. Bayaran tidak akan dikembalikan tetapi
boleh digantikan dengan peserta lain. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama
rakan2...
Jawatan kosong di Bina Bahagia Services
InsyaaAllah, andai tiada masalah
mendatang, Bina Bahagia Services (BBS) bakal beroperasi di Taman Wangsa Permai,
Kepong mulai 2hb September yg akan datang. Sehubungan dengan itu, BBS
memerlukan seorang pembantu operasi dan peguam syarie junior. Kedua-dua jawatan
ini khusus untuk WANITA SAHAJA.
Jawatan Pembantu Operasi
Kelayakan:
·
Sekurang-kurangnya berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia
·
Calon dengan pendidikan Diploma juga dipertimbangkan
·
Mempunyai kemahiran komunikasi
·
Mampu melaksanakan kerja-kerja pengurusan
·
Mahir menggunakan komputer khususnya Word dan Excel
·
Diutamakan kepada yang masih bujang
Bidang kerja:
·
Sebagai person incaj bagi setiap perhubungan antara consultant dengan orang
luar
·
Menguruskan jadual kerja Pn Suzana Ghazali
·
Melaksanakan kerja-kerja pengurusan consultant
Jawatan Peguam Syarie Junior
Kelayakan:
·
Sarjana Muda Syariah atau yg berkaitan
·
Mempunyai sijil peguam negeri (nyatakan negeri dan tahun diperolehi)
·
Sanggup bekerja sebagai ibadah dan kebajikan, bukan semata-mata pendapatan dan
kemewahan
·
Diutamakan kepada yang masih bujang
Bidang kerja:
·
Mengendalikan kes-kes rundingcara kekeluargaan
·
Mewakili kes guaman syarie ke Mahkamah Syariah
Kepada yg berminat, sila emelkan
maklumat diri anda ke binabahagia@gmail.com. Sila nyatakan juga SEBAB ANDA
LAYAK DIPERTIMBANGKAN bagi jawatan tersebut.
Tarikh tutup permohonan ialah pada
19hb Ogos 2013. Hanya calon yg disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi
temuduga yg bakal diadakan pada 28hb Ogos 2013.
09 Julai 2013
Mendidik Si Kecil Berpuasa
Artikel Cermin Diri, akhbar Kosmo! bertarikh 5hb Julai 2013
Hanya
beberapa hari saja lagi, umat Islam seluruhnya akan menyambut bulan Ramadhan
yang sinonim dengan bulan puasa. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang
bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti
mana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” Apa erti
puasa? Ya, ramai yang dah maklum, puasa ertinya menahan diri daripada makan dan
minum dan juga menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan
puasa bermula dari terbitnya fajar sodiq hingga terbenamnya matahari. Tak ada
lah lama sangat kan, lebih kurang 12 jam sahaja tetapi percayalah, masih ramai
yang payah nak berpuasa. Persoalan iman memang tak boleh disangkal malah tidak
mampu berpuasa sebenarnya juga berpunca daripada ketidakbiasaan yang wujud di
dalam diri. Lantaran, sebagai ibu dan bapa, anda sewajarnya mendidik anak anda
berpuasa sejak dari kecil lagi.
Mulakan
secara berperingkat
Mungkin
ada yang bertanya, umur berapa tahun sebaiknya si anak diajar berpuasa.
Realitinya, tidak ada dalil khusus dalam syariat yang menekankan mengenai
mendidik anak berpuasa, berbeza dengan sembahyang. Rasulullah SAW menekankan
agar ibu bapa menyuruh anak belajar sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan
sekiranya ketika berusia 10 tahun, si anak tadi enggan sembahyang maka si anak
dibenarkan diberi hukuman dengan pukulan sekadar untuk mengajar atau
menakutkan. Mengambil kira syarat berpuasa pula, diwajibkan kepada yang baligh
iaitu usia bermula sembilan tahun. Namun, jika tak biasa dan hanya diminta si
anak berpuasa tika telah diwajibkan, pastinya akan memberikan dugaan dan
cabaran besar buat si anak.
Lantas,
sebaiknya si anak diajar berpuasa bermula usia seawal empat atau lima tahun
iaitu ketika si anak telah mampu untuk meluahkan isi hati mengenai keadaan
dirinya. Ajarkan si anak berpuasa secara bertempoh. Boleh mulakan dengan
bersahur kemudian tidak mengambil sarapan dan berbuka tika waktu makan
tengahari. Seterusnya biasakan dengan tempoh yang lebih lama, mungkin berbuka
tika azan waktu solat Asar dan akhirnya cukup sehari dengan berbuka ketika
masuknya waktu solat Maghrib. Membiasakan diri sebegini akan dapat memberikan
kekuatan kepada si anak untuk berpuasa penuh dan tak terlalu ‘sakit’ tika
menghadapi puasa yang sebenar. Paling penting, si anak yang telah terbiasa
berpuasa akan rasa ralat jika sengaja meninggalkannya.
Janjikan
ganjaran
Tidak
salah jika ibu bapa menjanjikan suatu ganjaran buat si anak sekiranya berpuasa.
Sebagai contoh, jikia si anak baru belajar berpuasa, boleh dijanjikan RM10 jika
dapat berpuasa penuh sehari dan RM5 jika dapat berpuasa separuh hari. Jika anak
telah berusia tujuh tahun, tika tempoh disiplin diri sewajibnya ditekankan
menurut syariat (mengambil kira perintah solat), janjikan hanya jika si anak
berpuasa penuh dan tidak akan memperolehi sebarang ganjaran jika berpuasa
separuh hari.
Selain
ganjaran berbentuk wang, si anak yang berpuasa boleh dijanjikan dengan ganjaran
mengikut kehendak hatinya. Mungkin si anak berminat untuk menikmati hidangan
tertentu atau memperolehi sesuatu maka cabarlah si anak untuk berpuasa penuh
dan kehendak hatinya akan dipenuhi. Namun, ganjaran hanya sesuai untuk anak
yang baru belajar berpuasa dan di bawah umur baligh. Jika si anak telah baligh,
perlu bertegas menyuruh si anak berpuasa bagi melaksanakan perintah Allah dan
bukan demi ganjaran semata-mata. Tika si anak berusia sembilan tahun, tak perlu
dijanjikan sebarang ganjaran namun boleh diwujudkan ganjaran tersebut sebagai
kejutan saat akhir iaitu diserahkan tanpa si anak maklum terlebih dahulu tika
hari raya sebagai pendidikan bahawa berpuasa adalah perintah Allah yang wajib
ditunaikan dan sebagai ibu bapa, ganjaran anda berikan kerana berbangga dengan
prestasi si anak dalam usaha menjadi anak yang soleh atau solehah.
Wujudkan
persaingan
Selain
ganjaran, ibu bapa juga boleh wujudkan persaingan sihat antara anak-anak, jika
memiliki lebih daripada seorang anak. Malah, andai memiliki hanya seorang anak
yang boleh dilatih berpuasa, masih boleh wujudkan persaingan antara si anak
dengan sepupunya dan boleh juga wujudkan persaingan dengan diri anda sendiri.
Contohnya, anda boleh ceritakan kepada anak anda mengenai kisah anda belajar
berpuasa tika kecil dulu tetapi pastikan si anak mendapat manfaat dan semangat,
bukan menjadikan si anak lebih tidak minat berpuasa. Mungkin boleh ceritakan
mengenai anda yang tidur hampir seharian kerana nak juga mempertahankan puasa
dan selitkan, anda yakin anak anda akan lebih bersemangat sebab anda kenal anak
anda sebagai seorang yang lebih kuat berbanding tika anda kecil dahulu. Secara
tidak langsung, si anak akan rasa tercabar untuk menandingi kehebatan anda
ketika kecil seterusnya akan menjadikan anda berbangga dengan dirinya.
Berikan
perhatian dan pujian
Bagi
seorang kanak-kanak, mainan atau wang yang diberikan sebagai ganjaran berpuasa
tidaklah sehebat mana dibandingkan dengan pujian dan perhatian yang
diperolehinya daripada anda sebagai ibu atau bapa. Lantas, dalam kekalutan anda
bekerja juga kepenatan anda berpuasa, pastikan anda tetap memberikan perhatian
kepada anak anda. Anda boleh ambil tahu mengenai perasaannya selepas berjaya
berpuasa, boleh juga ambil tahu hidangan yang diidamkan untuk dinikmati tika
berbuka, boleh juga tanyakan menu kegemaran untuk menambah selera ketika
bersahur. Perhatian yang anda berikan akan menambah semangat si anak untuk
berpuasa kerana yakin, susah payahnya berusaha untuk berpuasa dihargai oleh
anda.
Ingat!
Anak-anak kecil masih belum faham konsep pahala dijanjikan Allah Taala lantas
sebagai ibu bapa, biasakan dengan ganjaran dunia ketika si kecil belajar
berpuasa tetapi tetap masukkan dalam minda mereka, puasa mereka dinilai oleh
Allah sebagai pahala untuk kehidupan abadi di syurga kerana anak-anak yang
masih suci ini boleh memahami keindahan syurga dan kehidupan abadi di sana
nanti, insyaAllah.
Jangan
paksa
Paling
penting, jangan paksa anak anda berpuasa. Jika keadaan dikenal pasti sebagai
tidak menyokong usaha anak anda untuk terus berpuasa seperti keletihan yang
melampau sebab tidak bersahur, pujuk si anak berbuka. Perlu pastikan anak anda
sentiasa dalam keadaan yang dijamin kesihatan dan keselamatannya. Tanamkan
dalam minda, anak anda baru belajar berpuasa...
Langgan:
Catatan (Atom)