30 Mac 2009

Bahagia milik semua

Saya dalam proses mengemas barangan di pejabat 'lama' sebelum berpindah sepenuhnya ke pejabat baru mulai minggu depan. Menjenguk emel, terdapat satu emel kiriman Jeana yang cukup menyentuh hati dan emosi saya.
--------------------------------------------------------
The girl in the picture is Katie Kirkpatrick, she is 21 . Next to her, her fiancé, Nick, 23. The picture was taken shortly before their wedding ceremony, held on January 11, 2005 in the US . Katie has terminal cancer and spend hours a day receiving medication. In the picture, Nick is waiting for her on one of the many sessions of chemo to end.
In spite of all the pain, organ failures, and morphine shots, Katie is going along with her wedding and took care of every detail. The dress had to be adjusted a few times due to her constant weight loss.

An unusual accessory at the party was the oxygen tube that Katie used throughout the ceremony and reception as well.The other couple in the picture are Nick's parents. Excited to see their son marrying his high school sweetheart.

Katie, in her wheelchair with the oxygen tube , listening to a song from her husband and friends .

At the reception, Katie had to take a few rests. The pain did not allow her to stand for long periods.

Katie died five days after her wedding day.

Watching a woman so ill and weak getting married and with a smile on her face makes us think..... Happiness is reachable, no matter how long it lasts . We should stop making our lives complicated. Life is short Break the rules Forgive quickly Love truly Laugh constantly And never stop smiling no matter how strange life is
Life is not always the party we expected to be
but as long as we are here, we should smile and be grateful.

--------------------------------------------------

Sungguh... bahagia milik semua, milik anda juga. Izinkan diri anda bahagia. Izinkan insan di sekeliling anda bahagia kerana anda juga akan turut bahagia dengan kebahagiaan mereka. Bahagia bukan hanya di zon selesa sebaliknya di luar sana yang belum pernah anda cuba rasa dan tidak mustahil, ia akan lebih selesa daripada zon selesa anda sekarang yang memungkinkan anda akan lebih bahagia. Bahagia milik setiap daripada kita.
Hanya anda yang berhak menentukannya dan bukan orang lain di sekitar anda.... panjatkan doa, mohon kepada-Nya sebuah bahagia...

27 Mac 2009

Jadual temujanji terkini

Bermula 1hb April ini, jadual untuk saya bertemu dengan anda yang perlukan khidmat saya akan bertambah. Jika sebelum ini hanya 7 sesi seminggu tetapi bermula April ini, terdapat 23 sesi seminggu iaitu bermula jam 9.00am-6.15pm, setiap Isnin hingga Sabtu.

Jadual terperinci untuk setiap sesi ialah seperti berikut

Alamat tempat temujanji:

Lot 2.04, Tingkat 2, Anggerik Mall Shah Alam, No 5, Jalan 14/8, Seksyen 14, Shah Alam.

Memandangkan saya masih dalam proses 'memindahkan diri' dari bidang multimedia ke bidang konsultansi sepenuhnya, anda masih perlu berurusan dengan PA saya melalui talian 013-2545965 untuk menetapkan masa temujanji.

Mulai 1hb Mei, saya akan 100% bersama dengan Bina Bahagia Services dan insyaAllah, kami akan cuba mewujudkan Klinik Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, bermaksud anda yang inginkan pendapat dan pandangan berkaitan psikologi keluarga dan guaman syarie, boleh terus ke alamat di atas untuk mendapatkan khidmat yang berkaitan, tanpa temujanji terlebih dahulu. Namun, anda boleh 'booking' bagi memudahkan urusan anda.

Maklumat lanjut, boleh hubungi 013-2545965 atau emelkan ke binabahagia@gmail.com.

Perjumpaan bulanan ahli KBS

Bermula Mei ini, setiap Sabtu minggu pertama, akan diadakan perjumpaan bulanan ahli Kelab Bersama Suzana.

Melalui perjumpaan bulanan ini, setiap ahli akan berkumpul, berkongi pendapat, cerita dan berita bersama-sama dengan saya secara PERCUMA. Tempat perjumpaan ialah di Bina Bahagia Services, Shah Alam bermula jam 2.30pm-5.30pm. Tiada pendaftaran atau bayaran dikenakan.

Bagi memudahkan anda, berikut saya sertakan tarikh-tarikh perjumpaan bulanan bagi tahun 2009 ini bermula Mei:

- 2hb Mei
- 6hb Jun
- 4hb Julai
- 1hb Ogos
- 5hb September
- 3hb Oktober
- 7hb November
- 5hb Disember

Moga perjumpaan ini memberikan manfaat untuk semua ahli.

22 Mac 2009

Siapa suami yang layak dihormati?

Siapa suami?

Lelaki yang mengucapkan qabul (akad terima) janji perkahwinan dengan seorang gadis atau wanita tertentu. Termasuk dalam definisi ini juga lelaki yang ‘dipaksa’ menikahi atau mengahwini gadis/wanita yang bukan pilihannya.


Kelayakan sebagai suami

Tidak semua lelaki layak menjadi suami. Kelayakan menjadi suami bukan terletak kepada umur, pangkat pekerjaan, banyaknya harta atau kacak paras rupa.

Syariat Islam menetapkan terdapat lima hukum asas bagi seseorang lelaki yang berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya. Hukum asas inilah yang menjadi pertimbangan kelayakan seorang lelaki untuk berkahwin dan memegang status seorang suami.

Kenapa hanya lelaki? Kerana lelaki adalah ketua keluarga dan bila ketua adalah seorang yang betul-betul layak, insyaAllah ketua ini akan mampu melayarkan bahtera rumahtangganya berlandaskan kehendak syariat dan mampu merealisasikan perkahwinan menepati prinsip dan hikmahnya.

Lima hukum tersebut ialah wajib, sunat, haram, makruh dan harus.

Wajib - apabila lelaki itu mampu dari segi fizikal dan kewangan malah dibimbangi sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.

Sunat - lelaki yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin. Bezanya mereka tidak bimbang akan terlibat dengan zina sekiranya tidak berkahwin.

Haram - lelaki yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin. Haram juga bagi lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk memudaratkan isterinya.

Makruh - lelaki yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.

Harus - lelaki yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.

Berdasarkan hukum asas ini, jika anda berada dalam kategori wajib, sunat dan harus, anda adalah lelaki yang layak berkahwin. Sebaliknya jika anda berada dalam kategori haram, sudah jelaslah anda memang tidak layak berkahwin. Jika anda berada dalam kategori makruh pula, secara mudahnya, walaupun anda tidak diharamkan berkahwin tetapi anda juga tidak layak berkahwin. Memanglah makruh sahaja dan bukan haram tetapi perkara makruh juga adalah perkara yang tidak disukai oleh Allah. Jika jelas dan nyata anda tidak mampu memberi nafkah kepada isteri sedangkan memberi nafkah adalah kewajipan dan tanggungjawab suami, apa lagi yang boleh bakal isteri atau isteri anda harapkan daripada anda nanti? Harapkan kewajipan menunaikan nafkah batin? Hmmm… secara kasarnyalah, sama sajalah anda dengan gigolo kat luar sana!!


Peranan dan tanggungjawab suami

Islam menetapkan setiap suami wajib menjalankan peranan dan tanggungjawabnya dengan sebaiknya. Dengan sebaiknya bermaksud berusaha sedaya upaya untuk menjalankan semua peranan dan tanggungjawab yang disenaraikan tanpa rasa lelah, jemu atau bosan.


Kewajipan melayani isteri dengan baik.
Tanggungjawab seorang suami yang paling utama ialah melayan isteri dengan penuh kebaikan. Seorang suami wajib melayani isterinya dengan tingkah laku yang baik dan menuruti kehendak isteri dalam perkara yang sesuai dan munasabah mengikut syarak.
Maksud layanan yang baik bukan sekadar tidak memukul atau menampar tetapi layanan yang baik seperti yang dikehendaki di dalam Islam malah undang-undang perkahwinan agama lain juga ialah suami perlu menjaga hati dan perasaan isteri agar tidak dilukai dan disakiti. Isteri berhak dilayan dengan penuh kemesraan, kelembutan dan dengan penuh kasih sayang. Suami juga perlu berusaha memupuk kasih sayang isteri seperti di dalam kes perkahwinan paksa.

Layanan yang baik juga bermakna isteri perlu diperlakukan seperti seorang manusia merdeka, bukannya hamba yang menurut segala arahan tuannya yang membabi buta. Seorang isteri perlu dipanggil dengan ucapan yang menunjukkan kasih sayang seperti nama manja isteri ataupun apa jua panggilan yang menggambarkan betapa suami menyintai dan menghargai isteri. Seorang isteri tidak berhak menerima kata-kata seperti bodoh, otak singkat atau apa juga panggilan yang menyakitkan hati.


Memberi nafkah zahir yang sempurna mengikut kemampuan
Tanggungjawab suami yang tidak kurang pentingnya ialah memberi nafkah untuk isteri dan anak-anaknya berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan segala keperluan isteri yang munasabah dan tidak bercanggah dengan syarak.Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” – surah al-Nisa’ ayat 34.

Kadar pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seorang suami dan suami tidak wajar membebankan dirinya melebihi dari kemampuannya yang sebenar. Maksud membebankan diri di sini ialah melakukan sesuatu yang melebihi kemampuan atau di luar upaya suami. Sebagai contoh berhutang dengan mana-mana pihak bagi merealisasikan kehendak isteri yang melampau.


Menyediakan rumah untuk isteri
Sebenarnya, menyediakan rumah atau tempat perlindungan untuk isteri dan anak-anak adalah termasuk di bawah kewajipan seorang suami menyediakan nafkah zahir. Namun, pengalaman saya melayani kerenah ahli masyarakat kita hari ini yang pelbagai, ada baiknya saya lakukan perincian. Tambahan pula, banyak kes kekecohan rumahtangga adalah disebabkan kegagalan suami menjalankan kewajipan menyediakan rumah untuk isteri.

Islam tak menetapkan tentang bentuk atau saiz rumah. Yang penting, ia adalah di dalam kemampuan suami. Memadailah sebuah rumah yang sesuai dan selesa bagi menjalani kehidupan seharian sebagai suami isteri seterusnya sebagai ibu bapa.


Melayani keperluan seks isteri
Ramai yang salah faham tentang layanan seks di dalam sesebuah perkahwinan. Rata-rata kes, kewajipan melayan keperluan seks diletakkan sepenuhnya kepada isteri.

Hakikatnya, sebagaimana pentingnya suami memenuhi keperluan material isterinya, menjadi tanggungjawabnya juga untuk melayani keperluan batin isteri. Kebiasaannya wanita memiliki sifat pemalu terutamanya untuk berbincang tentang kehendak seksualnya. Namun, sebenarnya mereka juga berkehendakkan kepada nikmat kepuasan ketika melakukan persetubuhan (berjimak), sama seperti suami.


Bersikap romantik terhadap isteri
Tahukah anda, Rasulullah SAW sering mengucup isteri baginda dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah SAW pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di masjid.Saya tahu, memang ramai yang mencium isteri tapi berapa kalikah anda mencium isteri anda dengan penuh kasih sayang; bukan sekadar ciuman selamba atau ciuman penuh ghairah?

Saya akui, budaya ini memang agak asing bagi masyarakat kita. Kenapa jadi asing? Sebab kita tidak membiasakan diri kita melakukannya. Lantas, ciumlah isterimu wahai para suami! Bukan membiasakan diri dengan budaya barat sebaliknya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Justeru, apa lagi yang menghalang anda untuk mencium isteri atau apa-apa juga perlakuan romantik lain?


Bergurau dengan isteri
Rasulullah SAW sering bergurau senda dengan para isterinya. Aisyah r.anha telah berkata yang bermaksud: “Rasulullah berlumba lari denganku, maka aku menang ketika itu kerana aku belum gemuk. Kemudian, setelah gemuk aku berlumba lari dengannya, maka baginda memenanginya. Lalu baginda bersabda: Kemenangan ini sebagai penebus kekalahan yang lalu.” - hadis riwayat Abu Daud.

Jika Rasulullah SAW boleh bersenda gurau dengan isteri baginda, kenapa tidak anda?


Meluangkan masa bersama isteri
Walau sesibuk mana sekalipun menguruskan tugasan, suami tetap perlu berusaha meluangkan waktu bersama isterinya. Tidak dinafikan, kesibukan suami di luar rumah dengan kegiatan-kegiatan lain di samping mencari nafkah menyebabkan dia mengabaikan peranannya sebagai suami. Dia terlupa isterinya memerlukan belaian manja seorang suami untuk menghiburkan hatinya.

Ada suami yang hanya pulang dengan wajah kelesuan, tidak bermaya dan terus melelapkan mata tanpa berbual dengan isteri. Yang lebih perit adalah apabila suami membawa masalah-masalah dari luar dan melepaskan geramnya terhadap isteri.

Ya!! Isteri anda tahu anda penat. Anda bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Tetapi anda juga harus faham kehendak isteri anda. Kalau sehari dua tidak dilayan, mungkin boleh ditahan. Tetapi jika selalu saja begitu, tidak diendah dan dipedulikan? Tambah bila ada orang yang mampu menggantikan tempat anda. Ingat!! Isteri anda juga adalah manusia biasa. Jangan selalu mengharapkan pemahaman dan pengertiannya sebaliknya anda sendiri gagal memahami dan mengerti kehendak dirinya.

Uruskanlah kerja anda dengan baik. Usahakan untuk anda meluangkan masa bersama isteri anda. Jika Rasulullah SAW mampu meluangkan masa baginda dengan isteri, kenapa tidak anda?


Wujudkan suasana ibadah dalam rumahtangga
Lelaki dipertangungjawabkan oleh Allah SWt sebagai pemimpin keluarga. Pemimpin yang baik semestinya lah seorang pemimpin yang mengutamakan segala suruhan-Nya. Lantas, menjadi tanggungjawab seorang suami untuk mewujudkan suasana ibadah di dalam rumahtangga.

Bagaimana caranya? Paling utama, seorang suami hendaklah mengerjakan segala suruhan Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Solat lima waktu yang wajib mesti dikerjakan bersungguh-sungguh. Pastikan isteri dan anak-anak juga mengerjakan solat yang wajib. Malah, satu kelebihan jika anda sebagai suami dan bapa dapat mengimamkan isteri dan anak-anak anda. Tak perlu jadi ustaz atau imam, jadilah diri anda sendiri yang sentiasa mengutamakan tuntutan agama dan keredhaan Ilahi, insyaAllah, perkahwinan dan rumahtangga anda akan aman harmoni.


Sentiasa tunjukkan wajah ceria
Tidak dapat dinafikan, raut wajah seseorang boleh menggambarkan pelbagai makna malah mampu mempengaruhi suasana hubungan suami isteri. Wajah yang ceria semestinya akan dapat menenangkan jiwa isteri. Walau sesusah mana pun hati anda, cuba juga tampilkan wajah ceria. Masalah di tempat kerja jangan sesekali dibawa pulang ke rumah kerana ia boleh membantutkan keceriaan rumahtangga anda. Bukan tak boleh nak bercerita kepada isteri malah sewajarnya anda berkongsi setiap masalah anda dengan pasangan anda tetapi anda perlu pastikan luahan anda itu tidak mengganggu keceriaan rumahtangga anda.


Menjaga penampilan diri
Bukan sahaja wajah yang perlu ceria, suami juga hendaklah menjaga penampilan diri agar sentiasa kelihatan menarik dan bersih. Hakikatnya, bukan isteri sahaja perlu berhias untuk suami tetapi para suami juga perlu berhias dan tampil segak dan kemas di hadapan isteri. Bukan perlu papa untuk bergaya kemas tetapi cukuplah sekadar sejuk mata memandang. Yang sejuk mata memandang inilah yang menjadi masalah kepada sesetengah pihak selepas berkahwin.

Sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Abbas r.a pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW menyuruh beliau tampil kemas dan segak di hadapan isteri: “Sebagaimana isteri kamu berhias untuk kamu, kamu juga perlu berhias untuk isteri kamu.”


Bersabar melayani kerenah isteri
Wanita sinonim dengan sikap emosional dan suka ikut perasaan. Lantaran itulah, para suami perlu bersabar ketika menghadapi kerenah dan sikap isteri.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Nasihatilah wanita dengan baik. Sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk dan bahagian paling bengkok dari tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Seandainya kamu meluruskannya bererti kamu mematahkannya dan seandainya kamu biarkan maka ia akan terus membengkok. Maka, nasihatilah wanita dengan baik.” - hadis riwayat al-Bukhari.

Hadis ini menegaskan agar setiap suami menasihati isteri dengan cara yang penuh hikmah dan lemah lembut. Jangan sesekali terburu-buru menggunakan kekerasan kerana ia bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan permasalahan malah akan memburukkan lagi keadaan


Hukum taat dan hormat

Seperti huraian di dalam persoalan yang dikemukakan, tanggungjawab seorang isteri yang paling utama ialah taat dan patuh kepada suaminya. Ketaatan seorang isteri kepada suami berada di tahap teratas, melebihi segala ketaatan kepada sesiapa pun juga termasuk ibu dan ayah kandung si isteri sendiri.

Persoalannya, apakah semua lelaki bernama suami kini, menepati kelayakan untuk ditaati dan dihormati sebagai suami? Saya pecahkan kepada dua bahagian: taat dan hormat. Taat dan hormat adalah dua perkara berbeza.

Seorang isteri wajib taat kepada segala kata-kata dan arahan suami selagi kata-kata dan arahan tersebut tidak melanggar saranan dan arahan hukum syarak. Isteri juga wajib hormatkan suami, menjalankan kewajipan yang wajib bagi isteri walaupun suami anda tidak berjaya (setelah berusaha sedaya upayanya) menjalankan peranan dan tanggungjawab yang wajib baginya secara sepenuhnya.

Ingatlah kaum wanitaku semua, walau siapa pun kita, walau apa juga jawatan yang kita pegang, walau apa juga gelaran atau bintang yang kita perolehi, selagi kita bernama isteri, selagi itulah kita perlu hormat, taat dan cintakan suami sepenuh hati. Bukannya sekadar cinta di kala suami berharta tetapi cinta sepanjang masa, di waktu senang juga di masa susahnya. Ya, saya tahu tugas menyara keluarga terletak di bahu suami tetapi dah nama sebagai isteri dan rakan kongsi suami, kita wajar membantu suami di kala suami susah dan menghadapi masalah kewangan dan segala masalah lainnya.

Bukannya bererti apabila tanggungjawab nafkah adalah di bahu suami dan apabila suami menghadapi masalah menunaikan kewajipannya itu, kita harus angkat kaki ataupun mencari lelaki lain sebagai pengganti. Sewajarnya, apabila keadaan ini terjadi, kita sebagai isteri menghulurkan bantuan dan sokongan kepada suami. Bantu selagi daya, sokong segala cara.

Ya… mungkin ada yang bimbang jika bantuan yang diberi disalahgunakan oleh suami. Risau jika sokongan yang dihulur, disalaherti pula oleh suami. Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, rekodkan setiap perbelanjaan yang kita hulurkan demi bantuan dan sokongan tersebut. Simpan segala bukti, insyaAllah, bukan meminta tetapi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di belakang hari, kita dah cukup pertahanan diri.

Persoalan penting juga, apakah tanggungjawab isteri melayani kehendak seks suami adalah mutlak? Tidak ada rukhsah atau pengecualian?

Hakikatnya, hadis-hadis yang diutarakan dan memang mantap di dalam minda ramai orang terutama suami, adalah sebagai menunjukkan betapa beratnya kewajipan isteri di dalam memenuhi kehendak batin suami kerana hanya isteri sebagai jalan melepaskan nafsu lelaki yang satu itu. Tetapi, bukan bererti kewajipan tersebut adalah muktamad, tidak ada campur bahagi. Sebenarnya kewajipan suami isteri di dalam rumahtangga termasuklah hubungan suami isteri lebih kepada berbentuk tolak ansur.

Matlamat perkahwinan adalah untuk kebahagiaan kedua-dua pihak. Sekiranya hanya satu pihak merasa bahagia sedang satu pihak lagi tertekan menderita, tidak ada gunanya perkahwinan yang dianjurkan oleh Islam. Sama juga di dalam hubungan suami isteri. Ianya untuk kepuasan kedua-dua pihak. Sekiranya si isteri melakukan di dalam keadaan terpaksa, di mana nikmatnya yang Allah janjikan untuk pasangan suami isteri tersebut?

Sebab itulah, suami perlu lebih bertolak ansur dan cuba memahami keadaan isteri.

Satu persoalan lagi, apakah isteri tetap wajib melayani kehendak batin suami yang sengaja gagal menunaikan tanggungjawab? Hakikatnya, terdapat dua jawapan bagi soalan ini iaitu ya dan tidak!
# Ya - jika suami anda daripada kalangan yang sukar menahan nafsunya dan jika anda tidak melayaninya, membolehkan dia terjebak ke lembah maksiat.
# Tidak - jika anda tahu dan yakin dengan penolakan anda itu tidak menyebabkan suami anda mencari kepuasan di luar.

Ingatlah! Jika suami mengarahkan isteri melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak syarak, maka tika itu, isteri tidak wajar mentaati suami. Sama juga dengan kehendak batin suami yang sengaja gagal dan tidak bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawab, kehendak suami ini boleh ditolak dan isteri tidak akan berdosa sekiranya menolak permintaan suami. Kenapa? Kerana suami sengaja mengabaikan tanggungjawab. Hadis menyuruh isteri mentaati suami yang betul-betul seorang suami. Apa maksud betul-betul seorang suami?

Seorang suami yang betul-betul seorang suami ialah seorang suami yang berusaha menunaikan tanggungjawab nafkah zahir dan batin seorang isteri, bukan menunaikan nafkah batin sahaja. Masalahnya, menunaikan kehendak batin tu, bukan memenuhi kehendak isteri sangat sebenarnya tetapi lebih kepada memenuhi kehendak sendiri.

Lantas, wahai isteri.. bila suami anda berani menderhaka kepada Allah… maka anda tidak wajar lagi mentaati mereka. Jika anda, sebagai isteri… kecewa dengan sikap suami yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak mampu atau enggan memenuhi kehendak seks suami, anda berhak menolak permintaan suami. Jangan bimbang dengan nusyuz. Anda bukan isteri yang nusyuz semata-mata enggan menunaikan kehendak suami yang dayus.

Seperti yang katakan tadi, jika tiba satu tahap suami tetap mempergunakan anda demi kepuasan nafsunya semata-mata dan anda tidak mampu untuk terus berpura-pura melayani kehendaknya, bertindak lah. Jangan biarkan diri anda berdosa hanya kerana ingin kekal dalam perkahwinan yang gagal. Pesanan saya kepada isteri yang mengambil alih tugas suami, simpan segala dokumen atau resit perbelanjaan anda. Jika suami anda mengambil tindakan kerana anda menolak ajakannya, anda berpeluang menggunakan semua itu sebagai pertahanan diri.

****Wallahua’lam. Harapan saya, persoalan BawangGoreng dan sesiapa saja yang sewaktu dengannya terjawab. Dapatkan segera BUATMU WANITA! Pelbagai topik berkaitan dibincangkan secara terperinci di dalamnya.

Jenis suami yang layak dihormati

Ini adalah emel yang saya terima baru-baru ni. (Emel ini ditujukan kpd ramai orang dan jika perbincangan ini telah dijawab sblm saya, mohon kongsikan bersama untuk tatapan semua. TQ)
------------------------------------------------------------
Assalamualaikum wbt,

Saya mohon maaf jika kehadiran email ini mengganggu dan menambahkan lagi kesibukan tuan/puan. Oleh kerana kemusykilan ini sangat mengganggu hati yang selalu ditenggek syaitan, maka saya gagahkan juga menulis email ini kepada yang arif, agar mendapat sedikit pencerahan tentang kemuskilan ini. Jika tuan/puan dapat meluangkan masa menjawap, saya mohon diberitahu jawapannya melalui email/laman web yang boleh saya layari.

Taat isteri boleh dilihat dari hadis-hadis yang banyak diriwayatkan, seperti:
# Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.” (Hadis Riwayat Muslim)
# Al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)
#Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
#Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Dan banyak lagi....Tuan/Puan tentu lebih arif tentang hadis-hadis di atas. Seperti yang kebanyakkan orang sedia maklum, isteri wajib taat kepada suami, selagi kehendak suami tidak melanggar syarak. Begitu banyak hadis Rasulullah SAW yang menuntut ketaatan isteri terhadap suami, maka tidak hairanlah, bukan sedikit lelaki yang mendabik dada menyatakan, "Isteri WAJIB taat kepada suami."

Menggunakan hadis-hadis ini juga, bukan sedikit suami menggunakan sepenuh kuasa memperlakukan isteri sewenang-wenangnya. Dalam kursus perkahwinan pun, kebanyakkannya menekankan isteri wajib itu wajib ini, malangnya tidak ramai yang menekankan tugas/tanggungjawap suami sebagai seorang pemimpin yang berwibawa.

Saya percaya, Allah SWT tidak zalim kepada hamba-Nya, tidak kiralah sama ada pada hambanya yang lelaki ataupun perempuan. Bagi saya, taat kepada suami tidak bermakna taat semata-mata (membabi-buta) atau tiada kompromi langsung. Dalam setiap rumahtangga, suami dan isteri mempunyai hak perkongsian 50-50 (saya masih ingat kata-kata Dr Juanda tentang ini), jadi taat isteri sebenarnya bukanlah secara mutlak/veto tanpa boleh disanggah/bangkang oleh isteri. Saya juga ada mengikuti artikel Pn Suzana tentang ketaatan dalam artikel taatkan-suami-bukan-mutlak dan Mas kahwin hutang: wajar tak layan suami. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang kurang didedahkan kepada wanita bergelar isteri. Saya harap dapatlah kiranya puan menulis secara lebih terperinci lagi tentang sempadan ketaatan seorang isteri pula.
Menurut Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz pula [artikel Wanita wajib taat suami selagi tak langgar syarak dalam BH 5 Mac 08], seorang isteri perlu taat kepada suami kerana wujudnya ikatan pernikahan, walau bagaimanapun tanggungjawab itu bukanlah mutlak tanpa batas sempadan. Antara syarat yang mewajibkan isteri mentaati suami ialah suami juga perlu menjalankan sepenuhnya tanggungjawabnya terhadap isteri. Segala hak dan tanggungjawab saling bertimbal balik. Hak isteri adalah tanggungjawab suami. Sementara hak suami pula adalah tanggungjawab isteri. Antara lain yang mewajibkan isteri mentaati suami adalah arahan yang diberi suami tidak bertentangan dengan Islam. Jika arahan suami bertentangan dengan ajaran Islam, arahan itu bukan saja tidak wajib dipatuhi, malahan suami patut diperbetulkan dengan cara bijaksana.

Persoalan saya:
Apakah ciri-ciri suami yang LAYAK ditaati? Jika benar menurut kenyataan Datuk Abu Hasan Din (yang bergaris tulisan merah), maka wujudlah suami yang tidak layak ditaati. Apakah ciri-ciri suami yang TIDAK LAYAK ditaati?

Menurut kenyataan Datuk Abu Hasan Din, suami yang tidak memenuhi hak isteri tidak layak ditaati. Apa pendapat tuan/puan tentang ini?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak boleh taat kepada seseorang dalam melakukan maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu dalam melakukan kebaikan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Adakah ini bermakna, suami yang melakukan maksiat kepada Allah (seperti tidak menunaikan sembahyang, puasa atau tidak menunaikan tanggungjawap sebagai seorang suami yang sepatutnya dll, tidak boleh ditaati oleh isterinya? Betulkan saya jika saya tersilap tafsir.
Apakah sempadan ketaatan yang wajib bagi seorang isteri seperti yang dinyatakan oleh Datuk Abu Hasan Din?

Jika berkesempatan, saya mohon tuan/puan mengulas tentang perkara ini. Terlalu banyak buku-buku ilmiah menuntut ketaatan isteri, tetapi hampir tidak pernah saya jumpa, suami yang bagaimanakah wajib ditaati? Jika ada di pasaran, saya mohon diwar-warkan kepada saya, supaya saya boleh mendapatkannya.Usaha/masa yang diluangkan oleh tuan/puan sangat-sangat saya hargai, Allah SWT sahaja yang membalasnya.

Jazakallah khairan khatiran.-- - BawangGoreng -

-----------------------------------------------------------
Saya belum sempat nak sediakan perbincangan terperinci namun rasanya ada satu bahan di samping dua bahan yang telah disebut di dalam emel di atas, yang boleh dijadikan rujukan sementara Layakkah anda dihormati sebagai suami .

21 Mac 2009

Mana satu yang paling utama?

Petang semalam, saya rasa penat sangat. Tak dapat nak tumpukan pada kerja. Kebetulan petang semalam, temujanji dengan klien ditangguhkan. Sian pulak, mulanya saya terpaksa tangguhkan sebab ada urusan di UM, temujanji bermula tengahari dibawa ke petang, Allah tetapkan klien tersebut pula ada hal. Belum takdir untuk kami bertemu. Melayan penat, saya menjelajah blog rakan-rakan. Saya masuk blog Nira.

Terjumpa bahan menarik, saya minta izin daripada pemilik blog untuk kongsikan dengan anda semua di sini:
----------------------------------------------------------------------------

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya. Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak:
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.

Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu. Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.Fikir...Fikir...Fikir...Fikir...Fikir...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan? Nak tahu apakah fakta terselindung di sebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda... apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda:

* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

****Saya tak tau jawapan ini berpunca daripada penilaian siapa atau pihak mana, berkemungkinan penilaian ini ada betulnya....

20 Mac 2009

Rahsia menambat hati isteri

Bahan yang juga ada dalam simpanan saya, terjumpa semula ketika proses kemaskini. Saya tak pasti kajian oleh pihak mana tetapi saya bersetuju dengan kebanyakan fakta yang ada. Kepada para suami, mungkin bagi anda perkara di bawah ini amat remeh dan mungkin leceh tetapi tidak bagi sebahagian wanita. Teliti dan kenalpasti personaliti isteri anda, kemudian praktikkan fakta yang sesuai:

--------------------------------------------------------------------
76 cara menambat hati isteri

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting daripada anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit emudiannya.

48. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Terkejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untu membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

****Tak susah untuk menambat kasih jika anda benar-benar inginkan kasih tersebut. Pastikan perjuangan menambat kasih tidak pernah berhenti kerana kasih yang pernah wujud, boleh juga hilang terus daripada anda.

19 Mac 2009

Renung dan fikirkan bersama

Saya sedang mengemaskini fail-fail yang ada di dalam simpanan MyDocs saya. Terjumpa satu info yang mengikut catatannya, saya simpan sejak tahun 2007 dulu. Saya baca semula dan saya yakin, ia berguna untuk tatapan pembaca semua. Saya tak pasti sumbernya dan hasil tulisan ini di dalam bahasa Indonesia tapi masih boleh difahami, insyaAllah... renungkan dan fikirkan lah bersama...

------------------------------------------------------------------------

Albert Camus, seorang novelis Perancis, sekaligus penulis essay dan sastra drama yang pada tahun 1957 mendapatkan hadiah nobel di bidang sastra, telah menggoreskan sebuah ungkapan:
“Anda tidak akan pernah bahagia jika Anda terus menerus hanya mencari kandungan kebahagiaan. Dan Anda pun tidak akan pernah hidup jika Anda hanya mencari makna kehidupan.”

Berapa banyak buku berisi kisah yang penuh makna. Berapa banyak kisah orang-orang terdahulu yang mengajarkan hikmah. Tak terhitung pula ungkapan-ungkapan dari orang-orang bijak termasuk ungkapan Camus di atas yang memberi inspirasi kepada pembacanya. Namun, belum dikatakan hidup yang sebenarnya jika seseorang hanya mencari dan mengumpulkan makna-makna itu tanpa berusaha menjalaninya. Sehingga tak salah jika ungkapan lain bertutur kepada kita, bahwa “pengalaman hidup adalah guru terbaik bagi kita.”

Tafakur
Makna, kehidupan, pengalaman, dan terakhir guru. Sebagai sebuah komunitas muslim, apakah arti ini semua? Pertanyan-pertanyaan selalu membawa sebuah konsekuensi, yaitu ‘berpikir’. Jika kata kunci ‘berpikir’ ini dimasukkan ke mesin pencari ayat, http://quran.degromiest.nl/search.php?lang=indonesian&perpage=10&l=indonesian&l=english&surah=all&q=berpikir, ditampilkanlah 12 ayat yang mengandung kata kunci tersebut. Itu belum termasuk kata lain yang memiliki kemiripan makna seperti ‘berakal’, yang menghasilkan lebih banyak lagi ayat. Hal ini bertutur kepada kita akan pentingnya berpikir, berakal, bertafakur, berzikir dalam perjalanan menuju Allah.

Dari sekian banyak ayat itu, ayat ke 21 dari surat Ar Ruum bertutur:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.”

Dia telah menjadikan rasa kasih dan sayang tumbuh dalam hati manusia, yang salah satunya adalah kepada pasangan hidup (istri atau suami). Rasa kasih sayang ini lah yang menjadi landasan dalam setiap hubungan pasangan ini, seperti dalam berkomunikasi, bekerja, mendidik anak, beribadah, dan sebagainya. Ayat itu bertutur akan pentingnya manusia memikirkan hal ini, karena di situ terdapat tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah. Semakin dalam memikirkannya, semakin dalam dan luas aliran ilmu dan hikmah yang akan didapat. Namun, sedalam-dalamnya dan senyata-nyatanya ilmu adalah jika itu diteguk dari pengalaman sendiri dalam kehidupan. Barangkali ini lah yang dimaksud oleh Camus.

Dan teryata, betapa luasnya pengalaman itu telah membentang dalam kehidupan kita sehari-hari. Tanpa perlu kita mencari, pengalaman itu menghampiri. Bukan hanya rasa kasih dan sayang, namun juga malapetaka, kesengsaraan, dan gancangan berbagai cobaan (Al-Baqoroh: 214). Itulah hidup yang sebenarnya, yang menjadi ladang bagi manusia untuk berjalan semakin mendekatiNya, melalui proses berpikir, bertafakur, berzikir. Ketiga proses ini memiliki makna yang sama: merasakan, melihat, mengetahui, dan mencatat tanda-tanda kehadiranNya yang begitu dekat dengan kita.

Ibadah Sosial
Sebagai individu, masing-masing dari kita sudah cukup banyak mendapatkan jatah ladang berpikir ini. Sekarang, sebagai sebuah komunitas yang memiliki kesempatan untuk bersama-sama setidaknya setiap minggu atau setiap bulan, apa yang bisa dilakukan untuk membantu masing-masing individu agar semakin memahami (memikirkan) tanda-tanda kehadiranNya di balik peristiwa-peristiwa yang dialaminya?

Yang jelas, tidak ada dua individu yang sama persis pemahaman keagamaannya, tingkat keimanannya, semangat beribadahnya, kemudahan dan kesulitan yang dihadapinya, dan kemampuan memahami peristiwa yang dialaminya. Sehingga, tidak ada satu rumus yang berlaku untuk semua.

Salah satu hal yang bisa menjadi bahan pengalaman bersama, yang masing-masing akan bisa diajak berbicara dan menggali makna bersama, berpikir bersama, adalah ibadah sosial yang dilakukan secara berjamaah.

Ali Mustafa Yaqub, Imam Besar Masjid Istiqlal, Jakarta, bertutur tentang keutamaan ibadah sosial di Gatra edisi 16 Januari 2006:
“Dalam hadis qudsi riwayat Imam Muslim ditegaskan, Allah dapat ditemui di sisi orang sakit, orang kelaparan, orang kehausan, dan orang menderita. Nabi SAW tidak menyatakan bahwa Allah dapat ditemui di sisi Ka’bah. Jadi, Allah berada di sisi orang lemah dan menderita. Allah dapat ditemui melalui ibadah sosial, bukan hanya ibadah individual. Kaidah fikih menyebutkan, al-muta’addiyah afdhol min al-qashirah (ibadah sosial lebih utama daripada ibadah individual).”
Beranjak dari hadist dan penjelasan dalam wasiat imam di atas, kiranya sangatlah bersyukur kita, yang bersama-sama dalam komunitas deGromiest ini, karena memiliki berbagai kegiatan yang bersifat sosial atau horisontal.

Dari Ludruk Galiro
Sebagai kependekan dari Gerakan Lima Euro, Galiro yang baru berusia 4 bulan ini menyandang beberapa rencana besar, meskipun pada hakekatnya fungsi utamanya sederhana: menggalang sebanyak mungkin dana khususnya dari mahasiswa dan masyarakat Indonesia yang tinggal di Belanda, kemudian menyalurkannya ke Indonesia.

Kepada siapa dana ini di salurkan? Berdasarkan semangat awal didirikannya Galiro, dana yang terkumpul akan disalurkan terutama untuk pendidikan dan juga untuk alokasi lain seperti bantuan korban bencana alam.

Dari acara Ludruk Galiro bersama Cak Tri cs, dimana pengurus, penggagas dan beberapa anggota dimintai laporan perkembangan, usulan kegiatan penggalangan dana, dan rencana ke depan Galiro, terungkap pentingnya gerakan ini menjadi sebuah yayasan. Kebetulan saat itu Ustadz Hambali dari Den Haag masih di tempat sehingga bisa memberi masukan tentang lamanya proses pendirian yayasan di Belanda. Beliau bilang bahwa pendirian yayasan di sini mudah dan relatif cepat.

Jika yayasan ini bisa segera dibentuk, banyak kegiatan penggalangan dana yang bisa dilakukan terhadap warga Belanda asal Indonesia. Ide-ide kreatif penggalangan seperti menjual berbagai jenis kue ke calon donatur insidental atau pun tetap itu sudah ada. Kendala bergeraknya hanya soal ijin dan yayasan saja.

Sejumlah 50-an donatur Galiro yang saat ini rutin menyalurkan 5 euro per bulan ke pundi-pundi Galiro, kiranya sudah cukup menggambarkan besarnya dukungan anggota. Untuk membuat yayasan, kini tinggal butuh perencanaan dan kemauan untuk bergerak. Dengan jenaka, Cak Tri mengultimatum, “Akhir Maret 2006 kita sudah bisa lihat Galiro sebagai yayasan, ya…”

Kembali pada topik tulisan ini, tentang pemaknaan ibadah sosial, kiranya menjadi amanah bagi pengurus Galiro, untuk menjadikan proses ibadah sosial melalui Galiro ini menjadi proses bersama-sama, baik bagi pengurus maupun donatur. Donatur yang belum mengetahui kebijakan penyaluran dana, tentu akan semakin bersemangat ibadah sosialnya jika mendapat informasi secara transparan. Hubungan antara donatur dengan penerima bukan hanya hubungan finansial, tetapi juga hubungan bathin dan doa. InsyaAllah, ibadah sosial bersama Galiro pun semakin bermakna.

Perenungan di Dapur
Bagian akhir dari tulisan ini terlahir ketika pertama kalinya saya (dalam kaca mata saya yang kadang tidak hadir) melihat dalam sejarah deGromiest, ada 7 sampai 8 orang sedang sibuk di dapur, mencuci 40 pasang piring-mangkuk-gelas-dan-sendok, dan semuanya laki-laki. Dan ini menambah daftar gotong-royong yang dilakukan sebagai komunitas di luar negeri. Saat itu pikiranku bercampur aduk antara haru dan khawatir. Terharu karena terbayang penggalan puisi di bawah ini, dan khawatir kalau ini yang pertama dan yang terakhir.

yang makan di atas tanah, adalah Muhamad Rasulullah
yang duduk laksana seorang bocah, Dia Rasulullah
yang menampal sandal ditangan sendiri, Dia Rasulullah
yang menjahit baju dengan tangan sendiri, Dia Rasulullah
yang mengendarai keledai takberpelana, Dia Rasulullah
yang mencahayai hidup dunia akhirat, Muhamad Rasullulah
yang cekal cekap takmudah berputusasa, Dia Rasulullah- (Arisel BA, 2003)

Rasulullah saw, manusia yang mulia, pemimpin yang bijaksana, memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah saw sering menolong isterinya melakukan pekerjaan di rumah yang beliau dapat lakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan halaman dan pekerjaan lain.

Apa yang dilakukan dengan ikhlas oleh para lelaki itu, semoga menjadi sebuah contoh pembumian sifat-sifat mulia seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah. Seperti yang dituturkan oleh Camus, seseorang tidak akan mendapatkan hidup yang sebenarnya hanya dari membaca makna kehidupan orang lain, melainkan harus melalui perjalanan hidupnya sendiri. Dan ini membuat aku bersyukur dan bangga menjadi bagian dari deGromiest, karena di sini nilai-nilai yang dicontohkan baginda Rasul bukan hanya dibicarakan di majelis pengajian, tetapi juga dibaktikan secara nyata dalam hal yang kecil-kecil seperti ini.

Nilai apa yang selanjutnya diharapkan akan tumbuh dengan subur? Itulah nilai cinta, kasih sayang, dan penghargaan melalui perhatian besar kepada hal-hal kecil. Seperti Rasul yang meminta ijin Aisyah untuk beribadah dimalam ketika kulit mereka bersentuhan. Seperti Allah yang memberi penghargaan kepada semut melalui sebuah surat yang diberi nama dengan nama binatang kecil ini, ‘An Naml’.

Di samping berusaha memaknai silaturahmi ini dengan sifat mulia Rasul, kita juga melakukan ibadah sosial, dengan memikirkan dan menjaga lingkungan, dan menyisihkan sisa uang yang biasanya untuk membeli alat sekali pakai lalu buang, untuk disalurkan ke Galiro, untuk saudara-saudara kita di Indonesia.

Jangan semua pergi perang
Dalam sejarah Islam, tidak boleh seluruh laki-laki pergi berperang. Harus ada yang tinggal untuk menimba ilmu, membumikan al-Quran, dan mengajarkannya kepada generasi penerus. Dan aku pun melihatnya malam itu. Sebagian di dapur, sebagian menimba ilmu. Semua mengambil peran masing-masing. Bagiku indah.

Malam itu kulihat terdapat beberapa lingkaran majelis kecil. Ada yang berdiskusi dengan Ustadz Hambali. Dengan sorot mata yang tajam, beliau seperti sedang menjawab pertanyaan beberap sahabat. Ada yang sedang berbicara dengan tamu kita yang beragama lain, agar sang tamu merasa nyaman berada di tengah-tengah majelis deGromiest. Ada yang melingkar berdiskusi tentang sejarah Islam, dan sebagainya.

Tulisan ini adalah sumbangan kecil dari perenungan di bagian dapur, atas silaturahmi yang lalu. Tentu akan semakin kaya dengan tulisan-tulisan seperti dari sahabat-sahabat yang menemani Ustadz Hambali dan menggali ilmu dari beliau. Begitulah Islam sebagai satu tubuh. Semua memiliki fungsi dan perannya masing-masing.

Terakhir, saya teringat Ali bin Abi Thalib bertutur, “Ikatlah ilmu dengan menuliskannya.” Dan satu lagi dari Pramoedya Ananta Toer dalam Khotbah dari Jalan Hidup,
“Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang di dalam masyarakat dan dari sejarah… Menulis adalah bekerja untuk keabadian.” Mari kita bekerja untuk keabadian.

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

salam kak sue, sekadar untuk dikongsi bersama.. Penampor, Pelempang dan Pemalas xde ek dlm kategori ni.. hahahaha...

-------------------------------------------------------

Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan

5) P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami .

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. "Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

*** Saya terima emel drpd seorang adik. Saya tak pasti punca emel ini tetapi saya suka dgn perkongsian ilmu ini....

14 Mac 2009

Kenali potensi diri anda

Setiap manusia mempunyai kelemahan tetapi KITA juga MEMPUNYAI KELEBIHAN DAN KEKUATAN.

Malangnya, ramai yang tidak sedar tentang kelebihan yang dimiliki dek kerana tersalah percaturan hingga menyebabkan timbulnya rasa tidak senang hati, rasa rendah diri malah membuatkan hidup anda berada dalam penderitaan dan ketidakselesaan.

Lantas, kenalilah potensi diri anda.

Klik Potensi Diri 2009 untuk maklumat lanjut.

13 Mac 2009

Islam dan hak wanita

Seminggu juga saya tidak menjenguk blog. Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Maulidurrasul dan Selamat Hari Wanita kepada semua. Jika anda dah baca entri saya tentang sambutan hari wanita antarabangsa, anda mesti dah tahu tentang bagaimana bermulanya sambutan hari wanita yang kita raikan saban tahun.

Saya tak nak huraikan sejarah yang dicatatkan oleh ‘orang putih’ tersebut sebaliknya saya nak kongsikan dengan anda semua, hakikatnya perjuangan menuntut hak kaum wanita telah bermula sejak adanya Islam, agama yang hanya satu.

Sebelum kedatangan Islam, wujud satu zaman yang dinamakan zaman jahiliyah, zaman ketika segala kebodohan manusia terserlah, zaman tika kemaksiatan bermaharaja lela. Tika itu, wanita dipandang sebagai pemuas nafsu seks semata-mata. Malah wanita dianggap sial. Anak-anak perempuan yang lahir, ditanam hidup-hidup.

Islam datang mengubah segalanya. Kaum wanita diberikan pengiktirafan. Tika Islam mula mendapat tempat di hati manusia, ramai kaum muslimin berebut untuk beribadat. Dalam masa yang sama, kaum wanita juga mempunyai tekad dan azam yang sama tapi terhalang dek tanggungjawab rumahtangga. Tika inilah isu hak dan kesamarataan telah dibangkitkan.

Asma’ binti Yazid as-Sakan al-Anshariyah atau dikenali juga dengan nama Ummu Salamah al-Anshariyah merupakan individu yang berjuang menuntut kesaksamaan hak di kalangan kaum wanita.

Puteri kepada bapa saudara Muaz bin Jabal ini terkenal sebagai wanita yang petah berpidato, teguh pegangan agama di samping boleh meriwayatkan hadis. Dia juga memainkan peranan penting untuk mewakili kaum wanita dalam isu-isu kewanitaan, sekali gus keistimewaan itu melayakkannya dianggap sebagai jurucakap kaum wanita.

Dalam satu peristiwa, Asma telah mengetuai kaum wanita membawa pengaduan kepada Rasulullah mengenai hak mereka. Dia membawa masalah yang dialami kebanyakan kaum wanita, menuntut Rasulullah memberikan hak yang jelas dan adil di sisi agama.

Katanya, “Saya dilantik sebagai jurucakap kaum wanita untuk bertemu tuan. Sesungguhnya Allah telah mengutus tuan kepada kaum lelaki dan wanita keseluruhannya. Kami mempercayai tuan dan tuhanmu juga. Kami kaum wanita, terbatas dalam gerak-geri. Kami sentiasa duduk di rumah untuk kamu (berkhidmat untuk lelaki) melepaskan syahwat kamu, dan mengandungkan anak-anak kamu. Sedangkan kamu lelaki, mempunyai banyak kelebihan berbanding kami. Kamu boleh melakukan solat Jumaat, solat jemaah, menziarahi orang sakit, menyaksikan jenazah dan mengerjakan haji berkali-kali. Yang utama, kamu boleh keluar berjihad ke jalan Allah. Apabila kamu keluar untuk menunaikan haji dan berjihad, kami yang akan menjaga harta benda kamu, menjahitkan pakaian kamu dan kami yang memelihara anak-anak kamu. Tidakkah dapat kami berkongsi pahala itu dengan kamu?”

Pengaduan ini mengandungi semacam satu tuntutan hak yang lebih saksama dan bertimbang rasa. Kata-kata Asma’ umumnya menggambarkan peranan wanita yang hanya terbatas dalam lingkungan kediaman mereka, yang selalu berkhidmat untuk suami dan menjaga anak. Ini berbeza dengan peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki yang boleh keluar berjihad dan boleh menunaikan haji bila-bila masa sahaja tanpa terikat kepada sesiapa pun. Perbezaan peranan ini menjadikan kaum wanita berasa bahawa tugas mereka tidak penting dan menuntut kesaksamaan daripada Rasulullah.

Tanpa rasa gentar Asma’ membawa pengaduan itu menghadap Rasulullah. Hujahnya bernas dan logik dengan alasan yang munasabah sehingga sukar untuk dibangkang. Namun dalam kelantangan itu, wanita ini tidak melupakan tatasusila dengan mukadimahnya yang cukup tenang dan teratur iaitu, “Sesungguhnya Allah telah mengutus tuan kepada kaum lelaki dan wanita keseluruhannya.”

Hujah yang dibawa Asma’ menarik perhatian Rasulullah. Baginda tidak pernah mendengar seorang wanita yang begitu berani dan berterus-terang meluahkan masalah seperti itu. Malah baginda juga kagum kerana wanita itu begitu bijak melontarkan masalah dengan tenang dan hujah yang bernas.

Baginda lalu menoleh ke arah para sahabat yang lain lalu bertanya mereka, “Pernahkah kamu mendengar bicara seorang wanita yang lebih pandai membawakan masalah-masalah agama selain wanita ini?”Para sahabat membalas dengan rasa kagum, “Kami sama sekali tidak sangka ada seorang wanita yang dapat membawa masalah ini, Rasulullah.”

Rasulullah kemudian menoleh ke arah Asma’ semula dan berkata kepadanya, “Ketahuilah wahai wanita dan sampaikan juga kepada teman-teman wanitamu yang lain. Sesungguhnya seorang wanita yang menjaga suaminya, mencari keredaan suami dan melakukan segala yang disukai suami, adalah menyamai semua yang dilakukan suaminya.”

Jawapan Rasulullah adalah kegembiraan kepada kaum wanita sebenarnya. Jawapan itu juga adalah satu pengiktirafan kepada seluruh kaum wanita bahawa tugas mereka sebagai isteri dan ibu sama seperti jihad yang dilakukan para suami mereka di luar rumah. Justeru jawapan itu turut menjadi penawar dan merawat kekecewaan yang dirasakan oleh Asma’ dan rakan-rakan wanitanya yang lain.

Pengaduan Asma’ juga merupakan bukti bahawa Islam memberikan kebebasan penuh kepada wanita untuk meluahkan masalah dan kemusykilan mereka. Mereka boleh meluahkan apa-apa sahaja masalah sama ada yang berkaitan peribadi, cara hidup, kewajipan dan persekitaran. Justeru apabila Rasulullah memberikan respons kepada kemusykilan yang dibawa oleh kaum wanita, ia sekaligus menunjukkan bahawa baginda turut mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh seorang ketua wanita.

Apabila Rasulullah memberikan reaksi kepada permasalahan itu, secara tidak langsung ia menunjukkan baginda turut mengiktiraf gerakan kaum wanita. Antaranya kata-kata Rasulullah, “Ketahuilah kaum wanita dan sampaikan kepada teman-teman wanitamu yang lain...” menunjukkan bahawa baginda mengakui pengaduan itu bukan mewakili individu sebaliknya mewakili semua kaum wanita Islam ketika itu.

Inilah peranan yang dimainkan Asma’ yang dianggap antara pencetus gerakan kewanitaan. Wanita ini bukan sahaja dikagumi kerana keberaniannya meluahkan pendapat tetapi kerana kebijaksanaan mengatur bicara dengan penuh tertib dan hujah yang kukuh.

Jelas sekali, telah lama isu hak wanita ini diperjuangkan. Paling nyata, jika kaum wanita sendiri enggan berusaha untuk memperjuangkan dan mendapatkan hak yang sepatutnya dan sewajarnya menurut kehendak Islam, nak harapkan siapa lagi?

Jangan hanya pandai menuding jari. Jangan juga hanya menyalahkan orang sekeliling sebaliknya kita perlu sentiasa koreksi diri dan memperbaiki kelemahan agar kelebihan dan kekuatan yang ada di dalam diri mampu menjadikan diri kita lebih kental dan kebal, insyaAllah!!

Sekitar Apa Kata Wanita? 8hb Mac







06 Mac 2009

Temui saya dalam Apa Kata Wanita?

Saksikan saya dalam:

Rancangan:
Apa Kata Wanita bersama Zamzarina

Segmen:
Alahai Khatijah

Topik:
Berkorban untuk suami

Pada 8hb Mac, Ahad ini, di TV1, jam 10.00am-11.ooam

04 Mac 2009

Hari Wanita Antarabangsa

Tahukah anda, pada setiap tahun, Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8hb Mac? Mungkin ramai yang tidak perasan tentang sambutan tersebut kerana di Malaysia, sambutan Hari Wanita biasanya diraikan pada 25hb Ogos.

Tarikh tersebut dipilih sendiri oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang diisytiharkan pada tahun 1961.

Sejarah mencatatkan sambutan Hari Wanita Antarabangsa sebenarnya bermula pada tahun 1910 tetapi wanita di Amerika Syarikat mula meraikan Hari Wanita peringkat kebangsaan pada tahun 1908. Secara tidak langsung, sambutan peringkat kebangsaan ini menjadi ilham untuk menjadikan sambutan tersebut diraikan di peringkat antarabangsa.

Asalnya, sambutan Hari Wanita ini hanyalah sebagai cara bagi kaum wanita menuntut hak asasi mereka, berpolitik, melihat perkembangan dan kemajuan yang dialami atau sekadar satu hari sambutan untuk wanita.

Namun, pada tahun 1910 seorang sosialis Amerika Syarikat bernama Lena Hewis mengumumkan, 8hb Mac bukan sekadar bertujuan meraikan sesuatu sebaliknya ia adalah hari untuk merancang atau memikirkan usaha yang perlu dilakukan bagi memantapkan keadaan wanita di seluruh dunia.

Tanpa disedari Hari Wanita Antarabangsa adalah titik tolak kepada perkembangan dan kemajuan wanita hari ini tidak kira di mana saja mereka berada.

Kata-kata hikmah: tangan yang menghayun buaian, boleh menggoncangkan dunia - bukanlah sekadar sebuah pujian tinggi atau mengambil hati sebaliknya wajar dijadikan sebagai penyemarak semangat kepada semua wanita.

Wanita bukan hamba nafsu seks, wanita bukan semata-mata pembantu rumah, wanita juga bukan hanya tukang masak, tukang cuci dan lain-lain. Wanita mampu berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki jika anda berusaha ke arahnya dengan syarat, tetap mematuhi kehendak syarak.

Islam tidak menyekat kebebasan kaum wanita malah Islam lah yang meninggikan darjat kaum wanita. Sejarah membuktikan wanita zaman awal Islam mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam pembentukan negara Islam tika itu. Malah wanita jugalah yang menjadi tulang belakang membantu penyebaran agama Islam.

Kaum wanita mungkin lembut tetapi bukan lemah. Sempena Hari Wanita Antarabangsa ini, Bina Bahagia Services akan menganjurkan kursus motivasi khusus untuk wanita dengan tema WANITA LEMBUT TETAPI BUKAN LEMAH.

Nantikan maklumat terperinci...

03 Mac 2009

Peluang kerjaya bersama BBS

Bina Bahagia Services (BBS) akan menganjurkan Bengkel Kerjaya khusus kepada para graduan dan bakal graduan di dalam bidang Syariah (Undang-undang) dan/atau Psikologi (Kaunseling).

Objektif utama penganjuran Bengkel Kerjaya ini adalah sebagai satu pendedahan secara langsung kepada para graduan di dalam bidang Syariah (Undang-undang) dan/atau Psikologi (Kaunseling) untuk mencipta peluang kerjaya sendiri tanpa mengharapkan peluang tersebut disediakan oleh pihak lain.

Di samping itu, BBS mengharapkan agar lebih ramai lagi perunding guaman syarie dan/atau psikologi keluarga akan lahir bagi memudahkan lagi kerja-kerja membantu mereka yang memerlukan di seluruh tanahair.

Bagi peserta bengkel yang berjaya melalui tahap ujian yang disediakan oleh penganjur menerusi beberapa siri kursus yang akan disediakan secara percuma selepas sesi pemilihan di dalam bengkel ini, mereka akan diberikan sijil kursus dan berpeluang untuk bekerja sambil belajar bersama BBS dalam tempoh minima 12 bulan dan selepas tempoh minima, mereka boleh memilih untuk terus bersama BBS atau mewujudkan pusat rundingcara sendiri dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada BBS.

Bengkel kerjaya ini akan dikendalikan oleh saya sendiri dengan bantuan tenaga kerja BBS yang lain.

Maklumat bengkel adalah seperti berikut:

Tarikh : 18hb April 09
Masa : 9.00am-1.00pm
Tempat : Bina Bahagia Services, Anggerik Mall, Shah Alam.
Yuran : RM20 sahaja (untuk makanan tengahari dan modul kursus)

CEPAT!!! CEPAT!!! Penyertaan terhad kepada 20 peserta sahaja.

Bagi mereka yang berminat, sila hubungi talian 013-2545965 untuk pendaftaran awal, kemudian ‘bank in’kan yuran pengesahan pendaftaran kepada Bina Bahagia Services, Bank Islam 120650 10035 871. Fakskan slip bayaran bersama maklumat diri yang lengkap (CV) ke 03-56219722 atau emelkan kepada binabahagia@gmail.com.


Kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha....!

02 Mac 2009

Pelbagai aktiviti pelbagai emosi

48 jam yg lalu adalah 2 hari yg terlalu padat dgn aktiviti, mengundang pelbagai emosi jg. Sy upload dulu sebahagian foto berkaitan, sy cari kesempatan utk berkongsi cerita di sebalik semuanya nnt. TQ

Happy 5th birthday Azfar Suhail















Nak dapatkan BUATMU WANITA?

Ada banyak sms dan emel yg bertanyakan, bagaimanakah caranya nak dapatkan buku BUATMU WANITA?

Ada pelbagai cara:

1. borang langganan dalam majalah terbitan LKarangkraf seperti Mingguan Wanita, Keluarga, MIDI dalam lain-lain

2. website http://www.alaf21.com.my/

3. terus drpd Buku Prima Sdn Bhd, ss 15 Shah Alam


4. Kedai buku Buku Prima

5. belian daripada Bina Bahagia Services - klik sini .

6. terus daripada saya melalui siri ceramah bulanan bermula hujung Mac ini - harga diskaun


Dapatkan segera buku BUATMU WANITA. InsyaAllah, anda takkan menyesal!!


Ulasan mereka yang telah membacanya:

1. 27 Feb 09, 19:37Asfa: Tahniah kak su..memang best dan penuh info buku kak su..tak sabar nak habiskan baca!

2. 1hb Mac 09- emel Zainab : Congratulation sekali lg utk Su di atas kejayaan pelancaran buku & terlaksanaya impian utk menerbitkan buku sendiri. achik pun dah khatam buku 2. lain dr yg lain coz ada info pasal prosedur law.

**Kongsikan pendapat anda dengan mereka di luar sana agar semua akan dapat manfaat demi kepentingan semua pihak. ~TQ~

Senarai kedai Buku Prima

Klik untuk paparan lebih jelas. TQ Hisham, tolong akak sediakan entri ni!!