Meraikan rasa syukur atas ulangtahun kelahiran sendiri pada 2 Disember, saya mengumumkan KOS DENGAN DISKAUN untuk sesi temujanji yg dibuat tempahan bermula hari ini (3 Disember) hingga 31 Disember jam 5pm:
*temujanji menerusi telefon RM60 sahaja,
*temujanji via YM hanya RM70 sahaja, dan
*temujanji menerusi emel hanya RM40 sahaja.
- temujanji menerusi telefon atau YM masih dengan sesi maksima 90 minit dan sesi menerusi emel akan saya jawab dalam masa 3 hari bekerja juga. Tempahan juga sah untuk tarikh2 temujanji selepas 31 Disember.
Untuk tempahan, sila buat bayaran dengan jumlah ditetapkan ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama anda ke talian 013-2545965 dan nyatakan temujanji pilihan anda. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama rakan2...(",)
Maaf sebab tiada diskaun untuk temujanji bersemuka. Sesi bersemuka seterusnya ialah pada 10 Disember di pejabat dan pada 21 Disember di Kl Sentral. Tiada lagi sesi bersemuka pada 2013 selepas tarikh tersebut. Tunggu pengumuman jadual Januari 2014 pulak nanti ya. Terima kasih atas peluang dan kepercayaan....
Hidup kita bagaikan ombak laut, ada tikanya tenang dan ada masanya bergelora. Gelora ombak di laut tidak sepanjang masa, sama juga seperti hidup kita, ujian diterima sekadar menguji tahap kesabaran dan keimanan kita kepada-Nya, demi mencapai bahagia sejati....
03 Disember 2013
04 November 2013
Suami berhabis duit untuk kereta
Soalan Dilema Perkahwinan, Majalah Pa&Ma, Julai 2012: "Suami saya sangat gemar berhabis duit untuk keretanya. Hal ini merimaskan
kerana kadang kala dia terpaksa “meminjam” duit saya untuk perbelanjaan
seharian dirinya."
JAWAPAN:
Pernah dengar seorang lelaki bujang menyebut tentang ‘isteri’nya?
Pertama kali mendengar ayat tersebut daripada seorang rakan lelaki selepas
tamat pengajian dulu, terpinga-pinga juga saya. Ye lah! Belum kawin dah ada
isteri? Bila diperkenalkan, tersengih sendiri sebab ‘isteri’ yang dimaksudkan
ialah kereta kesayangannya. Memang diakui, ramai lelaki bujang malah si gadis
juga, peluang memiliki kereta idaman sememangnya seperti mempunyai kekasih
hati. Segalanya sanggup dikorbankan bagi mempastikan ‘kekasih hati’ cantik,
berseri dan mampu menimbulkan rasa cemburu kepada yang memerhati.
Saya yakin, suami puan termasuk dalam kategori yang saya sebutkan ini.
Hakikatnya melayan kereta bak kekasih hati bukanlah satu perkara yang salah
dengan syarat hobi atau tabiat tersebut tidak menafikan hak insan terdekat yang
lebih berhak menerima pelaksanaan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Dalam
kes puan, jelas sekali suami puan telah gagal menepati syarat tersebut.
Diriwayatkan, seorang sahabat bernama Hakim bin Muawiyyah bin Hidah
al-Qusyairi r.a pernah mendengar ayahnya berkata bahawa dia pernah bertanya
kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah!
Apakah hak isteri kami ke atas suami? Rasulullah SAW bersabda: Memberinya makan
apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian.” - hadis
riwayat Abu Daud.
Hadis ini menjelaskan mengenai antara tanggungjawab seorang suami yang
menjadi hak isterinya ialah memberikan isterinya makan dan pakaian. Meneliti
luahan puan, “Hal ini merimaskan kerana kadang kala dia terpaksa meminjam duit
saya untuk perbelanjaan seharian dirinya.”- nyata dan jelas suami puan telah
gagal malah sengaja menggagalkan dirinya daripada melaksanakan tanggungjawab
utama ini kerana tabiatnya yang lebih sayangkan ‘madu’ tak rasmi puan itu.
Saya masih beranggapan positif bahawa perkahwinan puan masih di awal
masa bermaksud puan masih belum agak terlambat untuk mengubah sikap suami. Jika
perkara ini dah lama berlangsung, masih belum terlambat juga asalkan puan mahu
bertindak. Untuk makluman puan, rata-rata kes kegagalan suami melaksanakan
tanggungjawab nafkah sebegini melibatkan isteri yang terlalu memanjakan suami
di awal perkahwinan dan bila keadaan bukan lagi seperti masa-masa manis
tersebut, memang sukar untuk terus memanjakan suami malah boleh mengundang
tekanan perasaan.
Lantas, perkara pertama yang perlu puan lakukan ialah berbincang secara
baik dengan suami dan nyatakan puan tak suka dengan hobi buruknya itu. Puan
boleh merayu dan memujuk agar suami menghentikan tabiat buruknya kerana dia
sekarang adalah seorang suami yang mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan
segala keperluan harian puan sebagai isterinya. Keutamaan suami kini ialah
isteri, bukan keretanya lagi. Suami boleh teruskan hobinya dengan syarat
tanggungjawab yang wajib dan perlu kepada isteri dan anak (jika ada)
dilaksanakan terlebih dahulu. Jelaskan segalanya dengan baik.
Jika pujukan dan rayuan tidak berkesan, puan boleh bertegas. Siapa kata
isteri tidak boleh bertegas? Ya! Syurga isteri terletak pada keredhaan suami
terhadap isteri. Itu kata hukum dan jelas. Tapi jangan lupa, hukum juga
menyebut bahawa perkahwinan adalah berteraskan mawaddah iaitu kasih sayang dan
rahmah. Rahmah hanya akan diperolehi apabila masing-masing pihak menjalankan
tanggungjawab dan kewajipan yang ditetapkan oleh syarak bagi menunaikan hak
pasangan.
Puan dan suami perlu faham! Perkahwinan bukan semata-mata kata sepakat membuktikan kasih sayang sebaliknya adalah
permulaan peranan besar memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Di
dalam Islam, tanggungjawab isteri yang utama adalah patuh dan taat kepada suami
namun kepatuhan pula mestilah tidak melanggar kehendak syarak. Kepatuhan juga
bukan bererti hingga perlu menjadi hamba kepada suami sendiri. Apatah lagi
hingga dibuli dan dianiayai hak sebagai isteri. Wanita mendapat tempat yang
mulia di sisi Islam. Kaum lelaki dipertanggungjawabkan untuk menjaga,
memelihara, membelai, menyayangi dan mengasihi wanita. Jika suami yang telah
memegang janji untuk menjaga,
memelihara, membelai, menyayangi dan mengasihi anda gagal berbuat
demikian maka anda berhak bertegas untuk mendapatkan hak-hak itu.
Bertegas juga bermaksud anda tidak membiarkan suami anda mengabaikan
tanggungjawabnya. Mungkin ada tikanya suami betul-betul di dalam kesusahan
tetapi membiasakan membantu suami akan menyebabkan suami jadi lebih ‘liat’, tidak
berusaha menyelesaikan masalah sebaliknya mengharapkan bantuan isteri
semata-mata. Apatah lagi seperti kes puan, kesusahan yang dibuat sendiri atau
mudahnya, sendiri cari pasal!
Selepas dibincangkan bersama, puan perlu pastikan suami melaksanakan
peranan dan tanggungjawab tersebut. Senaraikan segala keperluan rumahtangga
secara tetap setiap bulan dan serahkan kepada suami agar suami tahu jumlah yang
perlu diperuntukkan dan pastikan gaji yang diperolehinya didahulukan untuk
membiayai segala keperluan tersebut. Dicampur dengan keperluan suami untuk
ulang alik bekerja. Jika ada lebihan, barulah lebihan tersebut boleh digunakan
bagi memenuhi hobinya. Suami masih boleh memenuhi hobinya dengan cara mengumpul
sedikit demi sedikit baki perbelanjaan keperluan keluarga. Puan perlu bantu
suami bertindak sedemikian. Jangan benarkan dia terus abaikan tanggungjawabnya.
Pengalaman saya mengendalikan kes, ramai isteri ambil mudah info gaji
malah perbelanjaan si suami. Tak tau jumlah gaji suami dan tak tau pula ke mana
perginya duit gaji suami? Alasannya sebab isteri pun ada pendapatan sendiri.
Ya! Betullah tu tapi perlu diingat, isteri bekerja tidak dinafikan haknya oleh
syarak untuk mendapat pembiayaan nafkah zahir daripada suami walaupun si isteri
bekerja dengan izin suami. Si suami masih wajib membiayai segala keperluan si
isteri. Puan perlu fahamkan suami mengenai perkara ini.
Andai puan tak mampu berbincang atau berbicara, gunakan teknologi yang
ada, luahkan segalanya melalui emel atau pun surat. Jika masih tiada perubahan,
puan perlu gunakan orang tengah bagi menyedarkan suami tentang
tanggungjawabnya. Dalam masa yang sama, hentikan bantuan puan! Jangan bantu dia
lagi! Tak kiralah apa pun alasan atau rayuannya, jangan beri dia wang! Cara
terbaik, bila puan telah berterus terang, ingatkan suami jika dia gagal penuhi
permintaan puan untuk laksanakan tanggungjawab yang perlu, puan tidak akan
membantu suami lagi. Kotakan kata-kata puan! Jangan sekadar permainan lisan!
Saya bukan nak ajar puan berkira tetapi dalam keadaan puan, berkira
memang perlu. Selama ini puan terlalu manjakan suami. Puan benarkan suami
abaikan hak puan malah membenarkan diri mengambil alih tanggungjawab suami
terhadap puan dengan cara puan pula yang membiayai keperluannya walaupun
sebahagian. Tindakan tersebut menyebabkan suami makin lalai dan lupa dengan
peranan yang perlu dilakukan setelah bernama suami.
Puan dan suami juga perlu bijak membezakan antara keperluan dalam
rumahtangga dengan kemewahan apatah lagi dengan hobi yang merosakkan. Terus terang,
tabiat suami puan tika ini termasuk dalam kategori hobi yang merosakkan. Kenapa
merosakkan? Kerana menjadikannya gagal dalam melaksanakan peranannya yang perlu
sebagai suami dan dia sendiri tidak mampu untuk melaksanakan hobinya itu.
Usahakanlah untuk mengubah suami puan dengan menegur tindakan salahnya
itu secara baik. Dalam masa yang sama, dirikanlah solat dan berdoa agar
dilembutkan hati suami, jadikan suami seorang yang soleh dan bertanggungjawab.
InsyaAllah, jika puan berusaha beserta doa kepada-Nya, suami boleh berubah!
01 Oktober 2013
Bengkel Pengendalian Kes di Mahkamah Syariah zon selatan
Khas buat warga zon selatan tanahair khususnya di Johor....
Ada kes di Mahkamah Syariah? Pening tak tau nak hadapinya?
Sertai Bengkel Pengendalian Kes Di Mahkamah Syariah: Perbincangan menyeluruh mengenai prosedur dan tatacara pengurusan kes mal (perkahwinan) merangkumi kes tuntutan cerai, takliq, fasakh, khuluk, hak jagaan anak, tuntutan nafkah eddah, mut’ah, nafkah anak, harta sepencarian dan hutang perkahwinan. Ketahui juga mengenai nusyuz dan perintah kembali taat. Anda juga akan diajar mengenai dokumentasi dan pembuktian yang perlu dikemukakan bagi menyokong kes anda.
Tarikh: 10 November 2013
Masa:
8.00am hingga 6.30pm
Tempat: Pulai, Johor (tempat yg tepat akan dimaklumkan selepas pengesahan memandangkan program ini dengan kerjasama seorang rakan di sana)
Yuran:
RM210 per individu
Aturcara:
08.00am
– Pengesahan Pendaftaran
08.15am
– Bacaan Doa al-Ma’thurat
08.30am
– Bengkel 1 – Tuntutan Cerai, Pengesahan Cerai dan Khuluk
10.00am
– Minum Pagi
10.30am
– Bengkel 2 – Tuntutan Takliq dan Fasakh
01.00pm
– Makan tengahari dan Solat Zohor
02.00pm
– Bengkel 3 – Tuntutan Hak Jagaan Anak dan Nafkah Anak
03.30pm
– Bengkel 4 – Tuntutan Nafkah Eddah, Mut’ah, Harta Sepencarian dan Hutang
Perkahwinan
05.00pm
– Solat Asar dan Minum Petang
05.30pm
– Bengkel 5 – Nusyuz dan Perintah Kembali Taat
06.30pm
– Bersurai
Cepat! Daftar segera! Tempat terhad kepada 15 peserta sahaja.
Untuk pendaftaran, bayar RM100 ke akaun akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh, no KP dan alamat lengkap anda ke talian 013-2545965. Baki bayaran RM110 dibayar pada hari program. Bayaran tidak akan dikembalikan tetapi boleh digantikan dengan peserta lain.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama rakan2...
30 September 2013
Isteri hamil resah suami lebih terangsang
Soalan DILEMA PERKAHWINAN, Majalah Pa&Ma bulan Mei 2012:
"Suami nampaknya semakin bernafsu sejak saya hamil. Dia
masih mahu melakukan hubungan intim walaupun kini saya semakin sarat. Bagaimana
cara lembut untuk saya menolak ajakannya?"
JAWAPAN:
Pertama sekali, sekalung tahniah kerana anda tergolong
antara wanita bertuah. Terus terang, kes seperti anda adalah kes yang jarang
berlaku. Biasanya suami hanya bersikap biasa, tidak terlalu bernafsu malah
dalam kebanyakan kes, ramai juga suami yang ‘makan luar’ dan meninggalkan
isteri kesepian sepanjang tempoh kehamilan kerana tidak berminat lagi untuk
bermesra apabila berlaku perubahan ketara pada bentuk fizikal isteri biarpun
perubahan tersebut berpunca daripada ‘perbuatannya’. Situasi jarang dan luar
biasa ini berlaku apabila suami menganggap kehamilan isterinya itu membuatkan
si isteri semakin seksi. Tahniah sekali lagi!
Hakikatnya, hubungan seksual suami isteri bukan
semata-mata pelaksanaan tanggungjawab atau mengapilkasikan hak individu di
dalam perkahwinan. Di dalam Islam berjimak
termasuk di dalam perkara ibadat dan boleh mendatangkan pahala. Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dan pada
hubungan kelamin kamu semua (bersama isteri) merupakan sedekah. Para sahabat
bertanya: Ya Rasulullah! Apakah jika seseorang kami mendatangi isterinya (untuk
berjimak) maka dia mendapat pahala? Rasulullah menjawab: Bagaimana pendapat
kamu semua jika dia menyalurkan syahwatnya ke jalan yang haram, (sudah tentu)
dia akan mendapat dosa kerananya. Demikian juga jika dia menyalurkan di jalan
yang halal, pasti dia mendapat pahala.” - hadis riwayat Muslim.
Dalam
surah an-Nisa’ ayat 19 pula, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan bergaulah kamu dengan mereka
(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” Ayat ini membawa
pengertian yang maha luas. Gauli isteri secara baik termasuklah melayani isteri
dengan baik dengan menjaga perasaan dan emosi mereka antaranya juga keselesaan
dan kepuasan tika bersenggama atau melakukan hubungan kelamin. Dalam kes puan,
sekiranya puan tidak lagi rasa selesa untuk berhubungan, puan boleh luahkan
dengan baik kepada suami.
Namun
sebelum itu, puan perlu tahu dua perkara penting berkaitan melakukan hubunga
kelamin tika puan sedang sarat mengandung. Pertama: sarat hamil bukan alasan
untuk menolak hubungan seksual. Seperti yang saya jelaskan di awal tadi, puan
sepatutnya bersyukur kerana dianugerahkan suami yang menghargai dan
‘memerlukan’ puan walau tika puan sedang sarat mengandung. Saya pernah
kendalikan beberapa kes mengenai para isteri yang ditinggalkan kesepian, tiada
belaian, pelukan apatah lagi hubungan kelamin apabila perut mula membesar.
Malah ada kes, suami mereka mencari makan luar. Berbeza sekali dengan kes puan.
Ya! Kurang selesa tetapi ada cara untuk puan atasi ketidakselesaan tersebut.
Puan
boleh bincangkan dengan suami mengenai ketidakselesaan yang puan alami tetapi
bukan luahkan untuk menolak kehendaknya. Puan boleh belajar untuk melakukan
aktiviti seksual yang berlainan dalam keadaan posisi puan dan suami berbeza.
Tak perlu saya ceritakan dengan terperinci kerana puan dan suami pasti boleh
dapatkan info penuh berkaitan cara bersenggama yang dibenarkan oleh syariat
daripada bahan-bahan bacaan yang ada di pasaran malah di internet. Ingat ye!
Yang menepati hukum syarak sahaja, jangan yang dilarang oleh syariat.
Selain
menukar cara bersenggama, puan juga boleh bermesra dengan suami ke tahap
maksima tapi bukan bersenggama. Suami mempunyai kehendak seks yang berbeza
berbanding isteri. Keletihan, kepenatan malah tekanan bukan alasan untuk mereka
menafikan kehendak seksual malah mengikut kajian, lelaki akan hilang stress
atau tekanan jika melakukan hubungan seksual. Lantas, puan perlu faham situasi
suami. Berikan dia kepuasan yang dia inginkan. Ada tikanya, suami akan puas
walau tanpa hubungan kelamin. Puan hanya perlu berikan dia layanan hebat hingga
kepuasan tersebut diperolehi. Sekali lagi, puan perlu belajar mengenai layanan
tersebut.
Perkara
kedua yang perlu puan ambil tahu ialah hubungan kelamin tika sarat mengandung boleh
membantu memudahkan proses bersalin. Puan mesti sedia maklum, ‘pintu’ yang
digunakan untuk hubungan kelamin adalah juga pintu yang sama untuk puan
melahirkan bayi. Dengan adanya hubungan kelamin tika puan sarat mengandung,
secara tidak langsung ia merupakan proses untuk melonggarkan lorong pintu
tersebut. Bila lorong sentiasa tersedia, insyaAllah akan memudahkan jalan
keluar buat bayi puan juga nanti. Berbanding dengan pintu yang dibiarkan tanpa
‘tetamu’, pastinya lorong makin lama makin ketat dan ia akan melambatkan malah
menyusahkan proses kelahiran. Puan boleh rujuk perkara ini dengan doktor yang
merawat kehamilan puan sendiri dan dapatkan pengesahannya.
Nasihat
saya, jangan terlalu tertekan dengan perkara ini. Berbincanglah dari hati ke
hati bersama suami. Carilah masa yang sesuai dan gunakan ayat yang betul.
Jangan sampai suami tersilap faham hingga memberikan satu keputusan yang tidak
diingini oleh puan sendiri. Saya masih nak ulang, puan sebenarnya bertuah. Cuma
perlu betulkan situasi agar puan dan suami sama-sama nikmati hubungan kelamin
tersebut. InsyaAllah, dengan adanya mawaddah dah rahmah dalam perkahwinan puan,
keadaan akan bertambah baik.
Namun,
sekiranya suami sukar terima perbezaan yang bakal puan cadangkan, saya mohon
agar puan bertindak memulakan acara. Maksud saya, jika sebelum ini suami memulakan
aksi asmara maka puan perlu ambil alih menjadi pencetus suasana. Bila puan yang
memulakan, biasanya kecenderungan suami takkan sama dengan situasi jika dia
yang memulakan. Maksud saya, aksinya akan berbeza, takkan selasak jika dia
memulakannya kerana anda mendominasi keadaan dan dia akan capai kepuasan
tersendiri bila dia sedar dia dihargai. Saya tak jamin cara ini mencapai
kejayaan 100% tapi puan boleh usahakan. Jika tak mampu mengelak kekerapan
sekurang-kurangnya membantu puan sendiri untuk menimbulkan berahi sendiri agar
dapat memenuhi kehendak suami.
Berahi itu penting agar puan tidak tertekan melayan
kehendak batin suami malah agar puan menikmati hubungan tersebut. Menurut Anas
bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Jika seseseorang antara kamu melakukan hubungan kelamin dengan
isterinya, dia hendaklah bersungguh-sungguh. Apabila dia hendak menyelesaikan
hajatnya itu (mencapai kepuasan) sedangkan isterinya belum sampai klimaksnya,
maka janganlah dia tergesa-gesa (untuk menamatkan persetubuhan tersebut)
sehingga hajat isterinya diselesaikan pula.” - hadis riwayat al-Suyuthi.
Hadis ini meminta agar para suami menjaga perasaan isteri ketika berjimak dan melakukannya dengan niat agar kedua-dua belah pihak mencapai kenikmatan. Janganlah para suami hanya memikirkan kepuasan diri sendiri tanpa memastikan isteri mereka juga sudah mencapai klimaks. Puan perlu bantu suami agar kepuasan puan dan suami sama-sama diperolehi.
Hadis ini meminta agar para suami menjaga perasaan isteri ketika berjimak dan melakukannya dengan niat agar kedua-dua belah pihak mencapai kenikmatan. Janganlah para suami hanya memikirkan kepuasan diri sendiri tanpa memastikan isteri mereka juga sudah mencapai klimaks. Puan perlu bantu suami agar kepuasan puan dan suami sama-sama diperolehi.
Jangan rasa malu atau segan untuk berbincang
bersama suami mengenai perkara ini. Seks bukan hanya hak suami tetapi hak anda
juga sebagai isteri. Berbincang dan berterus terang dengan baik. Puan juga
perlu ingatkan suami mulai sekarang – suami juga perlu ‘berpantang’ sementara
tika puan selesai melahirkan nanti. Peringatan ini penting agar suami bersedia.
Dia mungkin sudah tahu dan maklum tapi tak rugi mengingatkan. Ingat!! Jangan
sesekali memenuhi kehendak suami tika puan masih dalam keadaan nifas, haram
hukumnya! Setiap larangan Allah dalam syariat Islam bermanfaat. Hanya dalam
tempoh nifas tetapi jika nifas telah tamat walau masih dalam berpantang – orang
Melayu antara 44 hari hingga 100 hari kan – andai suami menginginkan, anda
boleh melayaninya sebab waktu haram melayani kehendak batin suami hanya dalam
masa haid atau nifas.
Dalam usaha, pastikan juga anda berdoa mohon
bantuan-Nya agar memudahkan segala yang terbaik untuk anda, suami dan agama
kalian. Selamat berusaha dan selamat menimang cahayamata. Moga puan, para
pembaca dan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah!
29 Ogos 2013
Bonus Merdeka
BONUS
MERDEKA - DILANJUTKAN HINGGA KE 6 SEPTEMBER SEMPENA MASUK KE PEJABAT
BARU: saya mengumumkan diskaun istimewa untuk sesi temujanji yg dibuat
tempahan bermula 29 Ogos hingga jam 5pm tarikh 6 September:
*temujanji bersemuka hanya RM120;
*temujanji menerusi telefon RM60 sahaja,
*temujanji via YM hanya RM80 sahaja, dan
*temujanji via emel hanya RM40 sahaja.
- sesi maksima 90 minit dan tempoh masa menjawab emel masih dalam masa tiga hari bekerja.
Untuk tempahan, sila buat bayaran dengan jumlah ditetapkan ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama anda ke talian 013-2545965 dan nyatakan temujanji pilihan anda. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama rakan2...(",)
*temujanji bersemuka hanya RM120;
*temujanji menerusi telefon RM60 sahaja,
*temujanji via YM hanya RM80 sahaja, dan
*temujanji via emel hanya RM40 sahaja.
- sesi maksima 90 minit dan tempoh masa menjawab emel masih dalam masa tiga hari bekerja.
Untuk tempahan, sila buat bayaran dengan jumlah ditetapkan ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama anda ke talian 013-2545965 dan nyatakan temujanji pilihan anda. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama rakan2...(",)
22 Ogos 2013
Suami gemar layari laman lucah
Soalan
DILEMA PERKAHWINAN, majalah Pa&Ma April 2012
"Dengan kecanggihan teknologi masa kini, suami menggunakan kemudahan itu untuk melayari Internet dengan menonton laman web lucah. Ini membimbangkan kerana saya beranggapan ia boleh mengganggu kehidupan seks kami berdua."
Perkara ini amat penting dan tidak boleh dipandang ringan. Kegagalan suami memenuhi kehendak batin isteri boleh menimbulkan kesan negatif seperti isteri membenci suaminya, melalaikan perintahnya ataupun menolak apabila diajak untuk berjimak dan sekiranya bersetuju pun ia tidak dilakukan dengan sepenuh kerelaan hati. Paling ditakuti, isteri mencari makan di luar. Kes-kes sebegini bukan lagi kes yang pelik atau luar biasa. Jika dulu kita biasa dengar nasihat kepada isteri supaya melayan suami dengan baik agar suami tak makan luar. Sekarang ini, bukan saja suami sebaliknya ramai juga isteri yang berani makan luar, nauzubillah!!
"Dengan kecanggihan teknologi masa kini, suami menggunakan kemudahan itu untuk melayari Internet dengan menonton laman web lucah. Ini membimbangkan kerana saya beranggapan ia boleh mengganggu kehidupan seks kami berdua."
JAWAPAN:
Berdasarkan pengalaman genap 14 tahun
pada April ini dalam mengendalikan kes-kes rumahtangga, saya sempat membuat
profil kes berkaitan kegemaran pasangan melayari laman web lucah atau menonton
video lucah malah profil kes pasangan yang pernah melakukan onani. Berdasarkan
pemerhatian saya, mana-mana individu yang gemar melayari laman web lucah atau
menonton video lucah malah juga melakukan onani atau masturbasi akan gagal
memberikan kepuasan kepada pasangannya tika melakukan hubungan intim malah
mereka juga tidak puas tika bersenggama secara normal kerana mereka ini hanya
menikmati kepuasan melalui tabiat buruk tersebut.
Kembali kepada persoalan, jelaskan
kebimbangan puan memang mempunyai asas yang kukuh. Usah bimbang dianggap
pentingkan seks kerana hakikatnya di dalam Islam, berjimak atau melakukan
hubungan seks antara suami dan isteri termasuk di dalam perkara ibadat dan
boleh mendatangkan pahala.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dan pada hubungan kelamin kamu semua (bersama isteri) merupakan sedekah. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Apakah jika seseorang kami mendatangi isterinya (untuk berjimak) maka dia mendapat pahala? Rasulullah menjawab: Bagaimana pendapat kamu semua jika dia menyalurkan syahwatnya ke jalan yang haram, (sudah tentu) dia akan mendapat dosa kerananya. Demikian juga jika dia menyalurkan di jalan yang halal, pasti dia mendapat pahala.” - hadis riwayat Muslim.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dan pada hubungan kelamin kamu semua (bersama isteri) merupakan sedekah. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Apakah jika seseorang kami mendatangi isterinya (untuk berjimak) maka dia mendapat pahala? Rasulullah menjawab: Bagaimana pendapat kamu semua jika dia menyalurkan syahwatnya ke jalan yang haram, (sudah tentu) dia akan mendapat dosa kerananya. Demikian juga jika dia menyalurkan di jalan yang halal, pasti dia mendapat pahala.” - hadis riwayat Muslim.
Realitinya,
Islam tidak menafikan hak tuntutan batin isteri. Ada banyak ayat yang
memberikan maksud, isteri juga mempunyai hak yang sama dengan suami di dalam
kehidupan berumah tangga. Antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan bergaulah kamu
dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” – surah
al-Nisa’ ayat 19.
Ayat
ini membawa pengertian yang maha luas. Gauli isteri secara baik bererti suami
perlu menjaga kebajikan isteri, menjaga makan minumnya, menjaga perasaannya.
Gauli isteri secara baik juga memberi erti bahawa isteri perlu dilayani
kehendak batin mereka menepati selera mereka. Saya yakin, ramai yang sedia
maklum, terdapat perbezaan yang ketara antara kehendak batin suami dan kehendak
batin isteri. Kebanyakan suami mempunyai kehendak batin yang tinggi dan selalu
inginkan kehendak batinnya dipenuhi. Berbeza dengan isteri, kehendak batin
isteri boleh ditoleransi. Jika penat, sedih atau mood yang tak menentu, isteri
tak mengharapkan layanan untuk kehendak batin mereka. Biarpun mempunyai mood
tertentu, kehendak batin isteri tetap perlu dipenuhi ketika si isteri
membutuhkan anda berbuat demikian.
Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah
s.a.w telah bersabda:
“Jika seseseorang antara kamu melakukan hubungan kelamin dengan isterinya, dia
hendaklah bersungguh-sungguh. Apabila dia hendak menyelesaikan hajatnya itu
(mencapai kepuasan) sedangkan isterinya belum sampai klimaksnya, maka janganlah
dia tergesa-gesa (untuk menamatkan persetubuhan tersebut) sehingga hajat
isterinya diselesaikan pula.” - hadis riwayat al-Suyuthi.
Hadis ini meminta agar para suami menjaga perasaan isteri ketika berjimak dan melakukannya dengan niat agar kedua-dua belah pihak mencapai kenikmatan. Janganlah para suami hanya memikirkan kepuasan diri sendiri tanpa memastikan isteri mereka juga sudah mencapai klimaks.
Hadis ini meminta agar para suami menjaga perasaan isteri ketika berjimak dan melakukannya dengan niat agar kedua-dua belah pihak mencapai kenikmatan. Janganlah para suami hanya memikirkan kepuasan diri sendiri tanpa memastikan isteri mereka juga sudah mencapai klimaks.
Perkara ini amat penting dan tidak boleh dipandang ringan. Kegagalan suami memenuhi kehendak batin isteri boleh menimbulkan kesan negatif seperti isteri membenci suaminya, melalaikan perintahnya ataupun menolak apabila diajak untuk berjimak dan sekiranya bersetuju pun ia tidak dilakukan dengan sepenuh kerelaan hati. Paling ditakuti, isteri mencari makan di luar. Kes-kes sebegini bukan lagi kes yang pelik atau luar biasa. Jika dulu kita biasa dengar nasihat kepada isteri supaya melayan suami dengan baik agar suami tak makan luar. Sekarang ini, bukan saja suami sebaliknya ramai juga isteri yang berani makan luar, nauzubillah!!
Malangnya,
suami jarang ambil kisah sama ada isteri mau atau tidak. Malah, jika isteri
perlu melayani kehendak batin suami, isteri bukan sekadar memenuhi kehendak
suami tetapi isteri inginkan kehendak batinnya juga dipenuhi. Perlu diingat,
tahap klimaks sesuatu hubungan intimasi antara suami dan isteri juga berbeza.
Suami lebih cepat sampai ke destinasi berbanding isteri. Masalahnya berapa
ramai suami yang endahkan perkara ini? Berapa ramai suami yang mengambil berat
dan peduli tentang persoalan: Sudahkah aku memenuhi selera batin isteriku?
Mungkin ada suami yang bertanya: Bagaimana nak tahu selera isteri dah dipenuhi
atau belum?
Jawapannya
mudah sahaja. Selesai hubungan, tanyalah isteri anda. Bukan sahaja suami,
isteri juga perlu bertanya kepada suami, bagaimana layanan anda tadi? Ramai
yang ambil mudah perkara ini. Dah selesai .... dah laaa… Anda jangan lupa,
kejayaan intimasi anda adalah penentu kebahagian rumah tangga anda. Di sinilah
pentingnya komunikasi. Bagaimana? Bersenda gurau sebelum intimasi dan mengambil
berat kepuasan pasangan anda selepas intimasi; itulah antara bentuk komunikasi
yang perlu anda praktikkan.
Paling
penting, anda... sama ada suami atau isteri, perlu bersikap terbuka.
Berbincanglah dengan pasangan untuk menjadikan hubungan intimasi anda sesuatu
yang paling indah. Jangan jadikan intimasi sebagai satu alasan untuk anda
keluar dari gerbang perkahwinan. Namun, jika masalah intimasi ini menganggu
emosi anda, jangan makan luar tetapi carilah penyelesaian terbaik. Islam
meletakkan jalan keluar bagi perkahwinan yang menghadapi masalah seperti ini.
Seperti dalam kes ini, puan perlu bantu
suami untuk tinggalkan tabiat buruknya itu. Selami hati suami dan fahami sebab
dan alasan suami gemar melayari web lucah tersebut. Ada lelaki yang rasa puas
walau sekadar menonton aksi lucah kerana kegagalan si isteri beraksi menepati
kehendaknya di ranjang. Lantas, usahakan untuk beraksi lebih hebat berbanding
aksi yang menjadi igauan suami anda. Seks juga ada ilmu dan infonya yang
tersendiri. Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri
agar anda dan pasangan anda betul-betul menikmati hubungan tersebut. Yang
penting, masih benar mengikut landasan syarak.
Anda juga boleh menghalang suami anda
daripada menonton web lucah tersebut. Caranya, tika anda tahu suami mula
melayarinya, cepat-cepat mencelah dengan godaan dan rayuan anda hingga dia
terpaut dan mengalihkan perhatiannya daripada web lucah tersebut kepada anda. Tak
pandai? Jangan mengaku kalah! Setiap wanita diberikan kuasa ajaib untuk
menggoda suami sendiri. Bergantung kepada anda untuk menggoda suami anda
semahunya. Dia suami anda, bukan lelaki ajnabi yang haram ke atas anda lantas
godalah semahunya! Boleh mulakan godaan dengan pakaian yang boleh merangsang
nafsunya, kemudian mainkan jari jemari anda di tubuhnya, sentuhlah dengan
lembut dan berahi beserta rayuan, pasti suami akan berahi dan mencari anda!
Suami luang masa layari internet lewat
malam? Masa bukan penghalang. Jika anda benar-benar inginkan suami anda kembali
ke pangkuan anda sepenuhnya, anda perlu berkorban. Jika ada bayi atau anak
kecil yang perlu ditidurkan terlebih dahulu, tidurkanlah dahulu tetapi pastikan
anda kuncikan jam untuk bangun semula bagi melayan suami anda. Dalam masa yang
sama; jangan lupakan solat dan doa. Pastikan juga suami anda turut solat dan
doa. Solat yang terjaga akan menghindarkan dirinya daripada terlibat dengan
kemaksiatan sedemikian. Usahakan berserta doa dan tawakkal kepada-Nya, suami
berpeluang berubah watak, insyaAllah!
18 Julai 2013
Diskaun Ramadhan dan Temujanji Menerusi Emel
Atas permintaan, saya akan terima TEMUJANJI BERSEMUKA PADA 23 JULAI
sahaja, (tarikh sebelum ni 24 tapi ditukar tarikh sebab saya terima
undangan ceramah motivasi 4 jam di SK Sijangkang pada tarikh tersebut) terhad kepada 4 sesi sahaja, masih di KL Sentral dan DISKAUN
SEPANJANG RAMADHAN bagi temujanji menerusi telefon atau chat Yahoo Messenger, caj dikenakan ialah:
*temujanji menerusi telefon RM50 sahaja,
*temujanji via YM hanya RM70 sahaja,
- sesi maksima 90 minit
(harga asal RM100)
Memandangkan telah menerima banyak perminataan untuk sesi menerusi emel kerana berhalangan untuk memperuntukkan masa yg sesuai dengan jadual temujanji yg ditetapkan, saya berikan peluang. Bagi mereka yg ingin bertemujanji menerusi emel, saya kenakan caj RM50.
Untuk tempahan, sila buat bayaran dengan jumlah ditetapkan ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama anda ke talian 013-2545965 dan nyatakan temujanji pilihan anda. Bagi temujanji menerusi emel, anda akan diberikan emel saya beserta no HP saya sendiri dan anda perlu emelkan segala permasalahan anda kemudian SMS infom saya dan saya akan usahakan balas segera (maksima dalam masa 3 hari insyaaAllah) dan saya akan SMS anda semula selepas emel dijawab.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama rakan2... (",)
*temujanji menerusi telefon RM50 sahaja,
*temujanji via YM hanya RM70 sahaja,
- sesi maksima 90 minit
(harga asal RM100)
Memandangkan telah menerima banyak perminataan untuk sesi menerusi emel kerana berhalangan untuk memperuntukkan masa yg sesuai dengan jadual temujanji yg ditetapkan, saya berikan peluang. Bagi mereka yg ingin bertemujanji menerusi emel, saya kenakan caj RM50.
Untuk tempahan, sila buat bayaran dengan jumlah ditetapkan ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama anda ke talian 013-2545965 dan nyatakan temujanji pilihan anda. Bagi temujanji menerusi emel, anda akan diberikan emel saya beserta no HP saya sendiri dan anda perlu emelkan segala permasalahan anda kemudian SMS infom saya dan saya akan usahakan balas segera (maksima dalam masa 3 hari insyaaAllah) dan saya akan SMS anda semula selepas emel dijawab.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama rakan2... (",)
Suami bagaikan boss
Soalan
DILEMA PERKAHWINAN, Mac 2012.
Suami berpangkat tinggi dan sering
mengibaratkan hubungan suami isteri sama seperti bos dan pekerja di pejabat.
Saya perlu hormat dalam melaksanakan arahan bos (suami). Bukankah antara suami
dan isteri perlu ada rasa hormat di antara satu sama lain, bertolak-ansur,
tolong-menolong dan faham-memahami?
JAWAPAN:
Fitrah
seorang manusia mahu dilayan sebaiknya sebagai manusia - difahami, diterima,
dihormati, disayangi, diberi perhatian, diberi sokongan dan dipercayai. Fitrah
ini milik semua makhluk bernama manusia, tidak terkecuali seorang pun walau
dalam hubungan antara majikan dan pekerja apatah lagi dalam hubungan sebagai
suami dan isteri.
Merujuk
firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan di antara
tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia
menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya
antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang serta belas kasihan.
Sesungguhnya demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan
kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” - surah al-Rum ayat 21. Ayat
ini menjelaskan hubungan suami isteri perlulah berasaskan kasih sayang dan
belas kasihan yang sudah semestinya terangkum di dalamnya rasa hormat di
antara satu sama lain, bertolak-ansur, tolong-menolong dan faham-memahami.
Merujuk
kepada kes yang dikemukakan, berkemungkinan suami memegang prinsip dia sebagai
ketua keluarga makanya isteri perlu akur dan taat tanpa sebarang rungutan dan
bantahan. Memang diakui, Islam meletakkan suami berada pada status yang tinggi.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Jika aku hendak
menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan
isteri supaya sujud kepada suaminya.” - Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu
Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi.
Di dalam al-Quran pula disebut: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang
lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita....” – an-Nisa’ ayat 34.
Dalam
mentafsirkan hadis dan ayat ini, ulama menjelaskan kekuasaan yang diberi oleh
Allah SWT itu menuntut agar seorang suami bersikap bertanggungjawab, bijaksana,
adil, sabar dan mampu untuk mengendali segala permasalahan atau bebanan yang
timbul di dalam rumahtangga. Dalam erti kata lain, status kepimpinan suami itu
adalah dalam rangka untuk merealisasikan perintah Allah SWT bagi melayan isteri
dengan sebaik mungkin. Maksud layanan yang baik bukan sekadar tidak memukul
atau menampar tetapi layanan yang baik seperti yang dikehendaki di dalam Islam
malah undang-undang perkahwinan agama lain juga ialah suami perlu menjaga hati
dan perasaan isteri agar tidak dilukai dan disakiti. Isteri berhak dilayan
dengan penuh kemesraan, kelembutan dan dengan penuh kasih sayang.
Menjadi
ketua keluarga juga bermaksud anda perlu jadi pelindung kepada isteri dan
anak-anak anda. Jika anda sendiri bertindak memberikan tekanan kepada mental
isteri dan anak-anak, anda telah gagal berperanan sebagai ketua keluarga. Bila
suami gagal melaksanakan segala peranan tersebut, suami itu tergolong dalam
kumpulan suami yang nusyuz.
Ya!
Suami pun boleh nusyuz. Dalam surah an-Nisa’ ayat 128 Allah SWT berfirman yang
bermaksud: “Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap
tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan suluh
yang sebenar-benarnya dan suluh itu lebih baik (bagi mereka)”. Menurut Imam
Said Hawa dalam Asas Fit Tafsir; nusyuz seorang suami bermaksud mengabaikan
isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri (tidak menggaulinya atau berkomunikasi
dengannya), tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau
memukulnya termasuklah kurang bercakap dan bermesra dengan isteri.
Berdasarkan
huraian Imam Said Hawa ini; para suami yang bersikap kasar dengan isteri, tidak
suka berbincang dengan isteri, suka membuat keputusan sendiri tanpa mengambil
kira pandangan isteri, tidak menghormati isteri, suka memerintah laksana member
arahan kepada pekerja bawahan adalah tergolong sebagai suami yang nusyuz.
Kenapa? Sebab Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan bergaullah kamu
dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” – surah
al-Nisa’ ayat 19. Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Orang yang paling
sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling
baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya.” - hadis
riwayat al-Tirmizi.
Mafhum
ayat al-Quran dan al-Hadis yang saya kongsikan di atas ini adalah antara dalil
dan bukti yang mewajibkan seorang suami menghormati isterinya, tanpa perlukan
sebab, tak perlu juga alasan kerana akad nikah yang suami lafazkan adalah satu
perjanjian untuk anda menjaga isteri dengan baik, menjaga kebajikan dan
keperluan hariannya, menjaga hati dan perasaannya termasuk berkomunikasi dengan
baik. Biar perkahwinan anda atas pilihan orang tua, biar tiada lagi rasa sayang
dan cinta, bila dia masih bernama isteri anda, anda wajib menghormati isteri
anda.
Perlu
difahami! Hubungan suami isteri bukan hubungan demokrasi malah bukan juga
autokrasi. Hubungan suami isteri adalah satu hubungan penuh toleransi. Perlu
sama-sama menghormati malah perlu sama-sama memahami. Singkap kembali sejarah
kehidupan Rasulullah SAW bersama isteri baginda. Biarpun terlalu sibuk dan
kalut menyampaikan usaha dakwah, baginda masih mampu menjadi seorang suami yang
romantik buat isteri baginda. Baginda memahami kehendak si isteri dan berusaha
memenuhi kehendak tersebut.
Diriwayatkan daripada Aishah r.anha
bahawa Rasulullah SAW pernah membawanya menyaksikan permainan para sahabat yang
berasal dari Sudan. Katanya: “Hari itu adalah hari
raya di mana orang-orang Sudan bermain pedang dan perisai. Aku (Aishah r.anha)
tidak ingat apakah aku yang meminta untuk melihatnya atau Rasulullah SAW yang
berkata: Apakah kamu ingin melihatnya? Aku pun menjawab: Ya. Aku disuruhnya
berdiri di belakangnya di mana pipiku bersentuhan dengan pipi baginda. Baginda
berkata: Biar yang lain wahai Bani Arfidah! Ketika aku merasa bosan, baginda
bertanya kepadaku: Adakah engkau sudah puas? Aku menjawab: Ya. Baginda pun
bersabda: Pergilah.” - hadis riwayat al-Bukhari.
Rasulullah SAW juga sering bergurau
senda dengan para isterinya. Aisyah r.anha telah berkata yang bermaksud:
“Rasulullah berlumba lari denganku, maka aku menang ketika itu kerana aku belum
gemuk. Kemudian, setelah gemuk aku berlumba lari dengannya, maka baginda
memenanginya. Lalu baginda bersabda: Kemenangan ini sebagai penebus kekalahan
yang lalu.” - hadis riwayat Abu Daud.
Dua
contoh daripada begitu banyak perkara yang boleh dijadikan teladan. Fakta penting:
sesungguhnya para suami wajib dan perlu melayan isteri dengan baik.
Saya
yakin, isu ‘hubungan boss dan pekerja’ juga wujud kerana kegagalan puan
berkomunikasi dengan baik bersama suami. Rata-rata, masalah utama komunikasi
sesama setiap insan khususnya suami isteri ialah memahami dan difahami.
Sukarnya memahami sama saja dengan sukarnya untuk difahami. Jalan terbaik,
berikan peluang kepada diri sendiri untuk memahami dan difahami. Jika anda
sukar memahami; bertanya dan berbincanglah. Jika anda sukar difahami; jelaskan
dan berterus teranglah. InsyaAllah! Sama-sama memahami akan dikecapi dan
bahagia hidup berumahtangga akan dinikmati!
16 Julai 2013
Bengkel Pengendalian Kes di Mahkamah Syariah 2
Atas
permintaan, saya adakan sekali lagi bengkel yg serupa...
Ada
kes di Mahkamah Syariah? Pening tak tau nak hadapinya?
Sertai
Bengkel Pengendalian Kes Di Mahkamah Syariah
Perbincangan
menyeluruh mengenai prosedur dan tatacara pengurusan kes mal (perkahwinan)
merangkumi kes tuntutan cerai, takliq, fasakh, khuluk, hak jagaan anak,
tuntutan nafkah eddah, mut’ah, nafkah anak, harta sepencarian dan hutang
perkahwinan. Ketahui juga mengenai nusyuz dan perintah kembali taat. Anda juga
akan diajar mengenai dokumentasi dan pembuktian yang perlu dikemukakan bagi
menyokong kes anda.
Tarikh: 26 Oktober 2013
Masa:
8.00am hingga 6.30pm
Tempat:
Bilik Mesyuarat, Bina Bahagia Services, Wangsa Permai, Kepong
Yuran:
RM180 per individu
**Peserta yg mendaftar untuk Bengkel 7
Julai dan gagal hadir, boleh sahkan semula kehadiran anda.
Aturcara:
08.00am
– Pengesahan Pendaftaran
08.15am
– Bacaan Doa al-Ma’thurat
08.30am
– Bengkel 1 – Tuntutan Cerai, Pengesahan Cerai dan Khuluk
10.00am
– Minum Pagi
10.30am
– Bengkel 2 – Tuntutan Takliq dan Fasakh
01.00pm
– Makan tengahari dan Solat Zohor
02.00pm
– Bengkel 3 – Tuntutan Hak Jagaan Anak dan Nafkah Anak
03.30pm
– Bengkel 4 – Tuntutan Nafkah Eddah, Mut’ah, Harta Sepencarian dan Hutang
Perkahwinan
05.00pm
– Solat Asar dan Minum Petang
05.30pm
– Bengkel 5 – Nusyuz dan Perintah Kembali Taat
06.30pm
– Bersurai
Cepat!
Daftar segera! Tempat terhad kepada 15 peserta sahaja.
Untuk
pendaftaran, bayar RM100 ke akaun akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama
Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran
beserta nama penuh, no KP dan alamat lengkap anda ke talian 013-2545965. Baki
bayaran RM80 dibayar pada hari program. Bayaran tidak akan dikembalikan tetapi
boleh digantikan dengan peserta lain. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama
rakan2...
Langgan:
Catatan (Atom)