DISKAUN AWAL MUHARRAM + BERSEMUKA KUALA TERENGGANU, SUNGAI PETANI & KUALA LUMPUR:
Sempena Awal Muharram 1434 Hijrah, esok bersamaan 15 November, saya mengumumkan harga diskaun untuk sesi konsultansi bagi setiap tempahan bermula hari ini 14 November hingga 16 November 2012, bererti kos perlu bayar ialah:-
*temujanji bersemuka hanya RM100 (tanpa bayaran tambahan),
*temujanji menerusi telefon RM50 dan
*temujanji via YM hanya RM70.
Untuk tempahan, sila buat bayaran dengan jumlah ditetapkan ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama anda ke talian 013-2545965 dan nyatakan temujanji pilihan anda. Booking temujanji boleh dibuat bagi tarikh2 akan datang juga (selepas 16 November).
Saya akan terima temujanji bersemuka di Kuala Terengganu pada 19 November terhad untuk TIGA sesi sahaja (sebelah petang) bertempat di Quinara al-Safir. Untuk info, setakat update status ini, temujanji bersemuka di KL yg terdekat ialah pada 22 November. Seterusnya untuk temujanji bersemuka di KL ialah pada 28 November, 6 Disember dan 13 Disember. Temujanji bersemuka di Sungai Petani pula saya akan terima pada 20 Disember. Selepas tarikh2 ini, temujanji bersemuka bagi 2012 direhatkan sementara dan akan dibuka semula pada awal Januari 2013 TETAPI saya masih terima temujanji menerusi telefon atau chat Yahoo Messenger.
Tolong deal dengan PA saya - yg menguruskan jadual kerja saya, SMS ke 013-2545965 atau emel ke binabahagia@gmail.com untuk maklumat terperinci. Terima kasih atas sokongan rakan2... (",)
Hidup kita bagaikan ombak laut, ada tikanya tenang dan ada masanya bergelora. Gelora ombak di laut tidak sepanjang masa, sama juga seperti hidup kita, ujian diterima sekadar menguji tahap kesabaran dan keimanan kita kepada-Nya, demi mencapai bahagia sejati....
14 November 2012
02 November 2012
Suami tidur berdengkur
Soalan Dilema Perkahwinan, Majalah Pa&Ma,Oktober 2011
"Suami tergolong sebagai kuat berdengkur sehingga membuatkan tidur saya setiap
malam tidak lena. Saya pernah menegurnya sehingga kerap kali
kami bertengkar kerana hal ini. Ada yang menasihatkan agar suami berjumpa
dengan pakar agar masalahnya dapat diatasi tetapi dia menolak. Apa harus saya
lakukan untuk menasihatkan dia agar tidur saya di masa akan datang lebih
tenang?"
JAWAPAN:
Membaca
persoalan puan mengingatkan saya kepada satu drama Melayu yang ditayangkan di
sebuah stesen televisyen mengenai suami kacak yang mempunyai masalah kencing
malam berkahwin dengan isteri yang cantik tetapi tidur berdengkur. Saya
kongsikan cereka ini di awal jawapan bagi mengingatkan diri saya, puan dan para
pembaca semua mengenai hakikat kejadian kita sebagai hamba; kita mempunyai
kelebihan dan dalam masa yang sama kita juga mempunyai kekurangan. Namun bukan
bermaksud kita perlu terima sahaja kekurangan tersebut sekiranya ia jenis
kekurangan yang boleh diatasi. Seperti kes puan, kekurangan dalam diri suami
puan boleh diatasi, insyaAllah!
Sebelum
saya jelaskan mengenai perkara yang boleh puan lakukan bagi membantu suami, ada
baiknya puan memahami mengenai tabiat berdengkur terlebih dahulu. Pemahaman ini
dapat membantu puan untuk lebih memahami masalah yang mengganggu bukan saja
tidur puan tetapi boleh membahayakan suami puan sendiri. Hakikatnya, berdengkur ketika tidur bukan satu
perkara luar biasa. Mengikut satu kajian yang diterbitkan dalam sebuah jurnal
berkaitan dengan hidung, telinga dan tekak; American Academy of
Otolaryngology, melaporkan bahawa
terdapat lebih kurang 45% orang dewasa
yang normal didapati berdengkur semasa tidur dan daripada jumlah tersebut
sebanyak 25% di antaranya dikira berdengkur sebagai satu keadaan yang biasa
maksudnya mereka adalah seorang pendengkur yang tegar. Masalah berdengkur juga lebih banyak berlaku di
kalangan lelaki dan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan.
Keadaan mendengkur ini juga biasanya akan bertambah
dengan pertambahan usia seseorang itu, maksudnya semakin tua seseorang itu maka
ia semakin terdedah untuk berdengkur semasa tidur. Ada banyak faktor yang
menyebabkan seseorang itu berdengkur yang dikaitkan dengan masalah keturunan, dipengaruhi pola hidup, kesihatan dan persekitaran. Kajian
juga mendapati tabiat dengkur sukar ditangani secara terus. Tiada ubat khusus
yang boleh dimakan oleh seseorang untuk menghentikan dengkuran ketika tidur.
Sebaliknya anda boleh cuba menghentikan kebiasaan ini melalui kaedah alami atau
semulajadi dan perubahan pola hidup. Biarpun tidak mempunyai ubat khusus,
tabiat berdengkur perlu diusahakan agar berkurangan atau hilang terus kerana
kajian juga menjelaskan, tabiat berdengkur yang teruk boleh mengganggu
pernafasan dan menyebabkan lemas di dalam tidur.
Saya faham mengenai keengganan suami untuk berjumpa
pakar. Suami tidak menganggap dengkurannya ketika tidur sebagai satu penyakit.
Mungkin bagi suami, puan sengaja enggan belajar menerima kekurangan yang bukan
kehendaknya dan tindakan puan mencadangkan suami berjumpa pakar difahaminya
sebagai satu penghinaan, seolah-oleh dia sedang menghadapi penyakit yang tenat.
Jalan terbaik ialah puan membantu suami memahami hakikat sebenar berkaitan
dengkuran ketika tidur; mengenai punca, kesan dan cara atasinya. Bila suami
faham dengan jelas segala maklumat berkaitan berdengkur ini, suami akan lebih
mudah untuk memahami kerisauan puan dan akan berusaha untuk mengatasi masalah
tersebut insyaAllah.
Puan sendiri boleh membantu suami mengatasi masalah
berdengkur dengan mencadangkan agar suami melaksanakan cara-cara seperti
berikut iaitu mengubah posisi tidur, menurunkan 10% berat badan, menghindari
alcohol atau ubat penenang, menyedut wap air sebelum tidur dan menggunakan ubat
semburan hidung.
- Mengubah posisi tidur - Berdengkur terjadi ketika langit-langit, tekak, lidah, tonsil atau otot di belakang tenggorok saling bersentuhan satu sama lain sehingga menimbulkan suara getar semasa tidur. Bunyi dengkuran muncul ketika posisi tidur terlentang sehingga lidah tertarik ke belakang dan aliran udara mengalami penyempitan. Lantas, cuba ubah posisi tidur dengan cara mengiring agar terhindar dari berdengkur.
- Turunkan 10% berat badan- Orang yang overweight atau berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal yang memungkinkan munculnya risiko berdengkur. Jikasuami puan termasuk di dalam kategori ini, usahakan untuk menurunkan berat badan lebih kurang 10% daripada berat sedia ada sekarang, insyaAllah akan dapat membantu menghentikan kebiasaan berdengkur tersebut.
- Hindari alkohol dan ubat penenang - Jangan salah faham. Saya tidak mengatakan suami puan mengambil alkohol. Kajian tunjukkan alkohol juga punca berdengkur dan perlu dielakkan. Malah, jika suami puan menggunakan sebarang ubat penenang seperti pil tidur juga dapat menjadi penyebab berdengkur kerana kecenderungan menekan pernafasan. Lantaran itu, hentikan atau kurangkan kebiasaan menggunakan ubat-ubat penenang, jika ada.
- Sedut wap air sebelum tidur - Antara sebab berdengkur ialah hidung tersumbat. Bagi membebaskan hidung tersumbat, boleh gunakan kaedah menyedut dalam-dalam wap air melalui hidung sebelum tidur atau meletakkan tuala yang telah direndam dalam air panas dan menyedut wapnya untuk menghilangkan lendir penyebab hidung tersumbat.
- Cubalah ubat semburan hidung- Kajian juga menujukkan ubat semburan hidung dapat menyembuhkan hidung tersumbat sehingga dapat terhindar dari risiko berdengkur kerana memungkinkan lubang hidung terbuka luas. Puan juga boleh gunakan sejenis ubat pengekang lubang hidung yang ada dijual di pasaran sekarang bagi membantu suami puan tidur lebih selesa malah agar tidak mengganggu tidur puan lagi.
Puan boleh bercerita mengenai cara-cara menghindari
dengkuran ini kepada suami tika masa yang sesuai. Jelaskan secara berhikmah,
bukan mengajar. Paling penting, jangan sampai suami merasakan puan membenci
tabiat dengkurnya dan paling tragis, bimbang jika dia merasakan puan
membencinya kerana tabiat dengkur tersebut. Di samping berusaha memahamkan
suami dan mengubah sifat dengkurnya itu, puan perlu panjatkan doa kepada Allah
agar hati suami dilembutkan untuk menerima segala usaha puan membantunya
mengatasi masalah berdengkur tersebut.
Puan juga perlu lebih banyak bersabar kerana tidak
mustahil, suami puan berkeras untuk tidak berusaha mengubah tabiat dengkurnya
itu. Jangan putus asa! Hingga tiba detik tersebut, puan boleh pekakkan telinga
dengan menyumbat lubang telinga puan dengan kapas untuk seketika. Ingat!
Masalah dengkuran suami juga termasuk di dalam ujian perkahwinan. Jika tidak
berwaspada dan usahakan dengan baik, boleh menyebabkan kehancuran rumahtangga,
nauzubillah!!
24 Oktober 2012
Poligami tak perlu izin tapi perlu beritahu isteri
Sememangnya poligami tak perlukan izin isteri. Menurut hukum syarak
dan undang-undang keluarga Islam yang diamalkan di Malaysia, suami memang tak
perlu dapatkan izin isteri pertama jika ingin berpoligami. Mengikut seksyen 23,
Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan yang hampir sama sahaja
dengan enakmen keluarga Islam di negeri-negeri lain, mana-mana suami yang ingin
berpoligami, hanya perlu membuat permohonan ke Mahkamah Syariah.
Permohonan
yang dikemukakan perlu memenuhi syarat seperti yang disebut menurut peruntukan
seksyen 23 (3) : Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada
Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan
menyatakan alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan
perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan
dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya,
termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan
perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada keizinan atau pandangan isteri
atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap
perkahwinan yang dicadangkan itu.
Bererti
setiap permohonan perlu mempunyai:
- suatu akuan menyatakan alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu,
- butiran pendapatan pemohon pada masa itu,
- butiran komitmen pemohon dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan,
- bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu,
- sama ada keizinan atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.
Permohonan
yang memenuhi syarat akan diproses sebelum mendapat kelulusan. Sebelum
diluluskan, isteri atau isteri-isteri sedia ada akan dipanggil bagi membantu
Mahkamah Syariah membuat keputusan seperti disebut dalam seksyen 23 (4) dan
kelulusan hanya diberikan oleh Mahkamah Syariah jika berjaya memenuhi semua
empat syarat yang ditetapkan:
(a) bahawa
perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada,
antara lain, hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani,
tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi
perintah untuk pemulihan hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau
isteri-isteri yang sedia ada;
(b) bahawa
pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana
dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk
orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang
dicadangkan itu;
(c) bahawa
pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut
kehendak Hukum Syarak; dan
(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan
menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;
Peruntukan
ini jelas; Mahkamah Syariah tak perlukan izin isteri untuk memberikan kelulusan
terhadap permohonan poligami. Bermaksud, andai isteri atau isteri-isteri sedia
ada mengizinkan sekali pun tetapi Mahkamah Syariah tidak berpuas hati mengenai
kewajaran berlakunya perkahwinan yang baru, permohonan tidak akan diluluskan.
Sebagai
Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, saya berpuas hati dengan
ketetapan undang-undang yang ada. Biar tak perlukan izin isteri tetapi isteri
wajar dimaklumkan mengenai hajat suami. Perkahwinan poligami tanpa pengetahuan
isteri adalah tidak wajar dan merupakan satu penganiayaan terhadap isteri sedia
ada.
Masalah
yang berlaku kini ialah ramai suami yang berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah
Syariah sebagai contoh, berkahwin di sempadan dan kembali ke Malaysia untuk
pengesahan. Peruntukan pula menyebut, Mahkamah Syariah boleh sah dan daftarkan
jika perkahwinan tersebut sah menurut syariat. Ramai suami berbangga kerana
melaksanakan sunnah Rasulullah SAW untuk berpoligami tetapi dalam masa yang
sama, gagal melaksanakan tuntutan sunnah Rasulullah SAW yang lebih utama iaitu
untuk melayani isteri dengan baik. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik antara
kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah
orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap
isteriku.” - hadis riwayat al-Tirmizi. Berbuat baik seperti saranan
Rasulullah SAW bermaksud tidak mengkhianati isteri dalam diam. Bila suami
berkahwin secara diam atau rahsia walau suami berjaya menyembunyikan rahsia
tersebut hingga ke akhir hayat anda atau akhir hayat si isteri, sesungguhnya si
suami tetap seorang pendusta dan menganiayai isteri.
Undang-undang
tetapkan si isteri berhak memberikan pendapat dan pandangan walau tidak
mengikat keputusan hakim kerana hanya isteri yang lebih kenal dan faham dengan
suaminya. Kemampuan kewangan sahaja tak mencukupi jika isteri dan anak-anak
yang sedia ada tidak diberikan layanan sewajarnya seperti yang dikehendaki
syariat. Isteri berhak bersuara menyatakan pandangan dan membuktikan
ketidakwajaran si suami untuk berpoligami. Keputusan, Mahkamah Syariah yang
akan berikan. Saya mencadangkan, akan ada peruntukan yang menyatakan, mana-mana
lelaki yang berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah dan ketika permohonan
pengesahan untuk pendaftaran dibuat terbukti si lelaki tidak layak berpoligami
menepati kehendak undang-undang, maka hakim berhak memerintahkan farak –
putuskan hubungan. Peruntukan ini perlu bagi menjamin kehidupan isteri. Bukan
saja isteri pertama tetapi juga isteri yang dikahwini secara rahsia tersebut.
Satu
perkara yang pasti; bukan semua lelaki layak berpoligami. Bukan saja poligami,
dalam kehidupan masyarakat sekarang ini, bukan semua lelaki layak untuk
berkahwin monogami pun. Hukum syarak tentukan lima hukum berkaitan perkahwinan
berasaskan kelayakan seorang lelaki. Lelaki yang tidak mampu untuk membiayai
keperluan harian si isteri selepas berkahwin dikategorikan sebagai haram
berkahwin. Bererti, tak perlu bangga menjadi lelaki kerana boleh berpoligami.
Menurut Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang
diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988): “poligami bukanlah
suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh
menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara
harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat.” Jelasnya, walaupun bahasa yang
digunakan di dalam ayat yang mengharuskan poligami ini berunsur perintah, ia
bukanlah membawa kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh
membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami
tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang
dikahwini.
Pengalaman saya, jika
suami mampu melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan syariat merangkumi
nafkah zahir, nafkah batin, mendidik isteri dan anak-anak dengan baik serta
tidak meminggirkan isteri dan anak-anak sedia ada ketika cuba mencari calon
isteri kedua, isteri takkan menghalang jika suami ingin berpoligami. Jika
sebelum sah perkahwinan, isteri sedia ada dan anak-anak sedia ada sudah
tersisih, bagaimana nak buktikan suami mampu berlaku adil jika berpoligami?
Iktibar Aidil Adha
Bila
sebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidil Adha, ramai yang terbayangkan
kumpulan jemaah yang sedang menunaikan ibadah rukun Islam kelima di Bandar
mulia Makkah al-Mukarramah. Tak kurang juga yang membayangkan lembu dan kambing
yang disembelih untuk korban, hampir tiap-tiap hari menikmati hidangan daging
hingga badan pun jadi demam. Hakikatnya, Aidil Adha adalah lebih daripada
sekadar kerja haji atau korban. Aidil Adha adalah sejarah besar mengenai bukti
cinta suci dan pengorbanan. Cinta suci dan pengorbanan suami isteri malah cinta
suci dan pengorbanan dalam hubungan ibu bapa dan anak.
Cinta dan Pengorbanan Suami
Isteri
Menurut
sejarah, Nabi Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak
dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin
seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya. Pada mulanya Nabi Ibrahim
keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun, Siti Sarah
berkeras dan akhirnya Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar.
Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah
turut berasa gembira. Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya
cemburu. Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran
Ismail hingga Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh
dari tempat itu. Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta anak mereka lantas menuju ke
Baitul Haram.
Siti
Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah.
Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anak
kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir
kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada perintah
suaminya. Kisah ketabahan Siti Hajar diaplikasikan ketika umat Islam menunaikan
ibadat haji malah umrah. Para jemaah difardukan untuk menunaikan sai iaitu
berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati
kembali falsafah pengorbanan Siti Hajar tika itu.
Inilah
iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang
menjadi lambang kewanitaan sejati. Kalau wanita Islam hari ini bersemangat
kental seperti Siti Hajar, pastilah hanya bahagia yang akan dikecapi. Contoh
yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan
hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi
suatu contoh cukup baik untuk diteladani. Siti Hajar tidak mempertikaikan
haknya sebagai isteri tetapi lebih kepada berusaha melaksanakan
tanggungjawabnya. Nabi Ibrahim juga mengorbankan perasaannya semata-mata akur
kepada perintah Ilahi. Lantaran, buat para suami dan isteri; lengkapkanlah diri
anda untuk menjadi hamba-Nya yang soleh dan solehah, insyaAllah anda akan mampu
menjadi suami dan isteri yang bertanggungjawab dan membahagiakan pasangan anda.
Cinta dan Pengorbanan Seorang
Anak
Pengorbanan
ibu bapa untuk anak-anak adalah perkara biasa. Seperti pepatah kata; kasih ibu
membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia. Namun, Aidil Adha mengajar kita
mengenai besarnya cinta dan pengorbanan seorang anak kepada bapanya. Nabi
Ismail a.s berlapang dada menerima hajat ayahanda baginda yang diperintahkan
oleh Allah agar menjadikan anakanda kesayangan sebagai korban. Tiada bantahan,
tiada larangan, tiada pujukan sebaliknya hanya sokongan. Nabi Ismail berpesan
kepada ayahandanya agar dirinya diikat kemas supaya dirinya gagal untuk meronta
tika kesakitan hingga memungkinkan ayahandanya mengengkari perintah Allah. Betapa
cintanya si anak kepada bapanya; hanya inginkan agar bapanya sentiasa berada
dalam redha Allah SWT.
Semangat
pengorbanan ini yang sepatutnya diwarisi oleh anak-anak hari ini. Saya akui;
hari demi hari, banyak kes kegagalan si ayah dalam melaksanakan tanggungjawab
yang patut dan wajar kepada anak-anak. Ramai ayah yang tidak menunaikan
tanggungjawab nafkah yang sepatutnya terutama apabila berlakunya perceraian dan
si anak diletakkan di bawan jagaan si ibu maka si ayah dengan senang hati,
sengaja lupa dirinya pernah dan masih punyai anak. Ramai juga yang tidak ambil
tahu, tidak peduli mengenai anaknya.
Kesan
tidak ambil kisah dan tidak ambil tau menyebabkan anak-anak gagal untuk
sayangkan si ayah malah tak mampu untuk hormatkan si ayah. Satu kes saya baru
ni; seorang lelaki bertanya: "Apa hukumnya seorang anak tidak mendoakan
ayahnya?" Jawapan saya: Antara amalan untnk murah rezeki ialah mendoakan
kedua ibu bapa.
"Masalahnya puan, ayah ni tak ambil tau langsung pasal anak, tak pernah sayang anak, tak kisah langsung tentang hidup anak. Kawin sampai 4 tapi tak ambil tau langsung kebajikan anak-anak."
"Tanggungjawab seorang anak ialah untuk kekal hormatkan ayahnya tak kira siapa pun si ayah, walau si ayah gagal laksana tanggungjwabnya. Ayah yang gagal, itu antara dia dengan Allah, ayah dah derhaka amanah dia dengan Allah. Sebagai anak, jangan pula jadi anak derhaka. Mungkin doa anak tu mampu ubah sikap ayah."
"Ayah dah mati dah puan." "Tak pe lah dah meninggal pun, boleh bantu dia kat 'sana'. Maafkan lah dia, biar dia aman kat sana."
"Tapi kan ke ayah jadi punca anak jadi derhaka sebab ayah tu tak didik anak dengan baik?" "Memang tanggungjawab ibu bapa utk didik anak-anak tapi bila anak dah mukallaf bermaksud layak terima tanngungjawab, si anak bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri juga, untuk buat yg baik dan tinggalkan yang buruk. Tak boleh salahkan ayah semata-mata."
"Masalahnya puan, ayah ni tak ambil tau langsung pasal anak, tak pernah sayang anak, tak kisah langsung tentang hidup anak. Kawin sampai 4 tapi tak ambil tau langsung kebajikan anak-anak."
"Tanggungjawab seorang anak ialah untuk kekal hormatkan ayahnya tak kira siapa pun si ayah, walau si ayah gagal laksana tanggungjwabnya. Ayah yang gagal, itu antara dia dengan Allah, ayah dah derhaka amanah dia dengan Allah. Sebagai anak, jangan pula jadi anak derhaka. Mungkin doa anak tu mampu ubah sikap ayah."
"Ayah dah mati dah puan." "Tak pe lah dah meninggal pun, boleh bantu dia kat 'sana'. Maafkan lah dia, biar dia aman kat sana."
"Tapi kan ke ayah jadi punca anak jadi derhaka sebab ayah tu tak didik anak dengan baik?" "Memang tanggungjawab ibu bapa utk didik anak-anak tapi bila anak dah mukallaf bermaksud layak terima tanngungjawab, si anak bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri juga, untuk buat yg baik dan tinggalkan yang buruk. Tak boleh salahkan ayah semata-mata."
Saya
akui, rasa sakit bila tak dipeduli tetapi ingatlah, pengorbanan Nabi Ismail
amat besar dan takkan pernah ada anak lain dalam dunia hari ini yang sanggup
melaksanakannya. Jika pengorbanan yang perlu seorang anak lakukan belum
mencapai besarnya pengorbanan yang dibuat oleh Nabi Ismail, bukankah selayaknya
kita berusaha untuk mencintai ibu dan bapa kita sebagaimana cintanya Nabi
Ismail kepada Nabi Ibrahim? Buktikanlah cinta kepada kepada ibu bapa dengan
memaafkan kesilapan mereka dan tetap kekal mendoakan kesejahteraan mereka,
bukan hanya di dunia tetapi kehidupan di ‘sana’. Hidup kita sementara! Kalau
tak mampu nak bantu ibu bapa berada dalam redha Ilahi, cukuplah sekadar kita
dapat mengelakkan diri daripada terus menyusahkan mereka. Ingatlah! Doa anak
yang soleh antara tiga perkara dibawa bersama tika maut menjemput kita... Salam Eidul Adha buat semua...
****Siaran Cermin Diri, Kosmo! tika Aidil Adha 1432 yg lalu....
Langgan:
Catatan (Atom)