28 Mei 2009

Apa Kata Wanita 31hb Mei

Bersama saya Ahad ini, 31hb Mei, bersiaran secara langsung dari TUDM Subang, mulai 10.05am-11.00am, dalam segmen ALAHAI KHATIJAH membincangkan isu ORANG RUMAH ATAU ORANG GAJI?
--------------------------------------------------------------------------------

Adakalanya Khaty hairan. Macamana lelaki yang nak sangat bergelar suami, tapi tak tahu tanggungjawab. Kalaulah Khaty ni lelaki, tentu Khaty akan fikir panjang-panjang sebelum mengambil tanggungjawab sebagai suami. Mestilah siapkan keperluan apa yang patut.

Paling penting kena ada pekerjaan tetap yang menjamin ekonomi keluarga, kena sediakan rumah, kereta dan keperluan asas yang lain.

Khaty nak cerita ni,…kawan Khaty ni nama dia Ana. Khaty jumpa masa masuk kelas memasak di dewan serbaguna dekat rumah Khaty. Kata Ana, dia tengah cukup tension sebab bersuamikan lelaki yang pemalas, tak pernah kerja lama di satu-satu tempat, dan pulak tu, pernah menganggur 3 tahun selepas berkahwin. Nak tak nak, terpaksalah Ana dan 3 orang anaknya berpindah duduk di rumah mak mentua sebab suami tak mampu lagi nak bayar sewa rumah. Sejak menumpang di rumah emaknya tu, suami Ana langsung tak peduli nak usaha cari kerja. Pemalasnya semakin menjadi-jadi. Mentang-mentang orang tua tu ada sedikit duit pencen yang menanggung makan minum kami dan sebagainya. Malu dah tak terkata. Ibarat anak burung yang tahu menganga saja untuk disuap oleh ibunya.

Untuk mengurangkan rasa segan, suami Ana arahkan Ana ambil-alih semua kerja-kerja di rumah emaknya. Dahlah begitu, adik perempuan suaminya yang tinggal bersama juga amat-amat pemalas. Ana kata dirinya dah macam orang gaji saja duduk di rumah itu. Semua kerja dia kena buat. Mak mentua, suami dan adik iparnya cuma goyang kaki di rumah. Hinggakan pinggan masing-masing selepas makan dah tak mampu nak angkat ke sinki!

Aduh…kesian Ana. Tapi sampai bila Ana boleh bersabar hidup diperhambakan begitu?…Kalau Khatylah,.. dalam keadaan macam tu…mau jugak Khaty ‘angkat kaki’!!

1 ulasan:

ROSMINA berkata...

Salam,

Memandangkan saya terjumpa laman ini sewaktu membuat penelitian tentang hak wanita, mungkin boleh meminta pendapat dari yang lebih arif tentang hal-hal keluarga. Klik link ini. http://www.e-webniaga.com/bengkelppt/?p=1188

Semoga perkongsian utk semua yang memerlukannya...

Terimakasih,