23 Februari 2010

Keluarga Bahagia SalamFM

Alhamdulillah, bermula Mac nanti, saya diberi kesempatan untuk bersama dengan para pendengar stesen radio SalamFM (JAKIM) melalui slot Keluarga Bahagia yang disiarkan pada setiap setiap Ahad, pada jam 7.15am - 7.45am secara langsung dan sesi saya bersama pendengar ialah pada setiap hari Ahad minggu kedua, seperti tarikh di bawah:

- 14hb Mac
- 11hb April
- 9hb Mei
- 13hb Jun
- 11hb Julai
- 8hb Ogos
- 12hb Sept
- 10hb Oktober
- 14hb November, dan
- 12hb Disember 2010
* (sebarang perubahan akan diumumkan segera)

Bersama saya untuk pelbagai topik berkaitan psikologi keluarga dan guaman syarie, insyaAllah!
------------------------------------
#Berkenaan SalamFM:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) telah memulakan siaran percubaan Salamfm pada pukul 0100 pagi, Ahad 15 Februari 2009. Siaran bermula pukul 0100 pagi sehingga 0800 pagi itu diisi hebahan promosi stesen, muzik dan lagu nasyid serta keinsanan dan kapsul agama. Susulannya, lebih 40 buah rancangan pelbagai bentuk dan konsep berteraskan Islam di dalam bahasa Malaysia sepenuhnya disiarkan oleh Salamfm untuk pendengar dari pelbagai peringkat umur mulai 1 Mac 2009.

Pengenalan stesen Salamfm iaitu “MENJANA MINDA” bermatlamat meluaskan ajaran Islam dan memandu golongan Muslim ke arah landasan yang lurus bagi membentuk ummah yang progresif dan berakhlak mulia. Pengisian padat program terbitan Salamfm dengan penerangan ilmiah, panduan dan maklumat mengenai Islam yang diolah secara santai oleh golongan ulul albab dan pendakwah tersohor mampu mengukuhkan aqidah masyarakat Islam di negara kita.

Salamfm dipancarkan dari Konti 7 berkongsi studio dengan ASYIKfm dan Suara Islam di Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Siaran Salamfm amat jelas diikuti sekitar Lembah Kelang melalui frekuensi FM 91.1 MHz, Pahang Barat melalui frekuensi FM 102.5 MHz dan di sekitar Cameron Highlands, FM 105.1 MHz. Untuk lain-lain kawasan sekitar Malaysia Salamfm boleh didengari melalui Gelombang Pendek Kebangsaan, GPK 49 meter atau SW 6070 KHz. Kelebihan berkongsi gelombang pendek siaran radio Suara Islam ialah Salamfm dapat menjangkau pendengar luar negara melalui frekuensi GPK 31 meter dan GPK 48.58 meter atau SW 9750 KHz.

Bagi yang inginkan maklumat lanjut mengenai Salamfm, anda boleh melayari http://www.salamfm.my/.

Tiada ulasan: