08 September 2014

Luahan cinta hambar

Alhamdulillah, setelah ditapis komen dan pendapat yg hampir sama, saya dapat kumpulkan 128 pandangan berkaitan cinta hambar menurut perspektif wanita, hasil kerjasama daripada rakan2 FB saya, bagi memenuhi kehendak program seminar di UniMAP pada 10hb September nanti.

Memenuhi janji, saya kongsikan semula semua pandangan rakan2. Terima kasih sekali lagi atas kerjasama semua ya....
**Saya kekalkan komen sebenar bagi mengekalkan feel luahan anda (",)

LUAHAN CINTA HAMBAR MENURUT PERSPEKTIF WANITA:



  1. cinta mulai hambar tahun pertama setelah didapati suami tidak menjalankan tanggungjawab yg wajib.
  2. setelah pasangan 'berubah' sikap tdk sama spt masa mula berkenalan dn bercinta. lbh2 lagi bila pasangan sudah mula mengabaikan tjwb.
  3. Cinta hambar bila suami tidak ada tanggung jawab. Duit ringgit bukan punca hambarnya sebuah perkahwinan.
  4. Mmg duit bukan punca hambarnya cinta kpd pasangan namun lbh kpd sikap pasangan menangani masalah duit dlm rumahtangga....terkadang ada pasangan yg tak bertanya langsung ttg keperluan isteri...jauh sekali nak.menghulurkan secara sukarela...isteri yg terpaksa meminta2....lama2 jika tidak ditangani dgn baik sudah tentu tercuit juga rasa bosan di hati
  5. bila xde komunikasi antara 2 hala.....masing2 buat hal sendiri....masa tu mmg dh xde rasa cinta......sbb masing2 menjauhkan diri antara 1 sama lain....
  6. Perasaan tu mulai hilang apabila pasangan tidak prihatin terhadap perasaan isteri, tidak menghormati isteri yg juga ibu kepada anak2nya. Jadi yg tinggal hanyalah perasaan tanggungjawap terhadap keluarga kerana takutkan Allah jika kita abaikannya.
  7. bila saya di ketepikan, menjatuhkan airmuka saya dihadapan keluarga/rakanx nya, memperkecilkan budibaik saya/keluarga saya.mengungkit, akhir sekali curang.
  8. bila tiada hormat menghormati antara satu sama lain dan mula maki hamun sesama sendiri ..semua yg dibuat tak kena pada mata nye saling menyalahi isteri seolah2 isteri tak guan langsung dan membantu dia.. disitu cinta mulai hambar.
  9. apabila ulang perkara yg sama. tkde pembaharuan. bosan.
  10. Bila segala yg dilakukan (pengorbanan/cinta /taat) tdk dihargai.bila kita mengalah (demi anak2)..suami xhabis2 provokasi! Lama2 sabar pun habis.Manakala suami plak rasa dia masih hebat!
  11. Bila tiada lagi hormat menghormati antara satu sama lain.Kurang juga komunikasi.
  12. Bila selalu marah2 n ckp kasar esp waktu pg, spoilt mood pg2.Wang pbelanjaan slalu x ckup malah mnta duit isteri plak. kos hdp bkga pla smkin membebankan n perubahan yg bmusim aka kosmetik. Tiada ketelusan dlm phbgan.. Sabar hilang n syg pun smkin pudar la...
  13. Bila suami mula mengeluarkan kata2 kesat yg mengguris perasaan,ungkit mengungkit & tdk pernah berterima kasih diatas setiap pertolongan yg diberikan isteri
  14. Bila ssuatu kebiasaan yg sllu dibuat tidak lgi dbuat oleh psangan....
  15. Bila bertahan kerana anak.
  16. Bila suami mula ada yg no 2..utk masa dlm awal2 tu lah..dlm 6 bln shinggu sethn..dlm thn pertama je..pastu dah ok n mkin mesra
  17. Bila tanggungjawab utama suami tidak dipenuhi sepenuhnya cinta akan hambar sedikit demi sedikit. Iaitu nafkah zahir dan batin. Jika tanggungjawab suami dipikul bersama ia masih boleh dimaafkan tetapi jika lepas tangan semua cinta jadi sifar.
  18. Bila dpt tau kecurangannya...berusaha mengembalikn segala2nya spt biasa...walau pon perkahwinan itu dpt diselamatkn ...bla hati terluka dgn sikapnya....luka lma seolah brdarah kembali....tp hidup mesti diteruskn demi ank2
  19. bila pasangan rs dah memiliki siempunya badan ...... semua kata2 cinta sudah jadi well known by the other party dan x perlu dilafazkan....x perlu dimanjakan.....x perlu mengurat atau romantik x perlu ambil berat....sbb semuanya jatuh jadi tanggungjawab. sy selalu tanya suami kenapa dah x kal kerap mcm dulu.....dah x ambil berat mcm dulu......dia kata ayg dah tahu abg syg x perlu abg bagi tahu......dan hati mmg menjauh tetapi bertahan sbb anak2...
  20. Bila tiada suami disisi ,sy merasa tidak ada yg kurang dan bila suami bsama keluarga, tidak ada yang istimewa.
  21. Bler somi kte dh xsm mcm sblm kwin...kurg komunikasi....mcm2 r....nape ek owg laki ni xsma sblm n slps kwin. Len x biar kte xtaw or xknl sape dia mksudnye mnisnye bcinta slps kwin sbb kte xskit ati..,kte lom knl dia sblm kwin. Sweet gtu.
  22. Bila pasangan mengabaikan isteri dan anak2.curang dan kaki pukul
  23. bila jrg bkomunikasi,bila berjauhan suami rasa gembira,bila suami kata jgn ganggu ketika kerja,bila kita tanya suami kt mana dia kata mengongkong,bila apa saja kita buat d kata salah dan tiada lg kata2 syg jauh skali mhargai apa yg kita buat.
  24. cinta terasa hambar bila suami jarang sms atau call. masa mula kawin, hampir setiap malam sms tanya kabar, tanya apa aktiviti harian...sekarang memang dh jarang sangat. tanya kabar anak pun payah, anak pulak yg beria-ria nk call babah dia. dulu suami yg selalu bagi sms dahulu, skrg sy yg asik memulakan sms...tapi kadang2 tergantung di pertengahan bila sms tidak berbalas kembali kami ni weekend husband n wife, tapi bukan every weekend pun dapat jumpa, cuma 3 minggu sekali baru jumpa...masa mula2 berjauhan, mmg terasa amat rindu, bila dh lama2..dn jarang komunikasi dgn suami, mmg terase cinta dh semakin hambar...cuma bnyk berdoa pada allah semoga hubungan suami isteri ini akan tetap berpanjangan..dn hati dia masih milik saya...
  25. Cintai mulai hampar apabila tiadanya penghargaan kata-kata pujian daripada si suami walaupun si isteri telah membuat yang terbaik. Apabila si suami tidak lagi menghiraukan hal isteri dan keluarga tetapi mementingkan hal kawan-kawan.
  26. Bila tiada kemesraan dn perhatian,terasa diri tersingkir...
  27. bila ada macam tak ada,bila tiada tak rasa apa2 pun..tu la saat2 cinta mula hambar dan semakin menghilang sikit demi sikit..pedih nyilu rasa hati...
  28. Bila isteri bersedia sebarang alasan untuk kehilangan suami.
  29. Bila ada suami xrugi apa..
    Bila xde suami pun xrugi apa2..
    Tanda dia dh xde mndatangkn apa2 makna pd isteri..
  30. Cinta mulai hambar apabila rasa tanggungjawab seorang ketua keluarga tidak dilakukan dengan istiqamah...pandai berkata-kata tapi tindakan sambil lewa ..seperti tiada impian dan tujuan yg jelas dalam kekeluargaan...berbanding dengan sebelah pihak ..berfikir dan nekad melakukan apa jua cara yg terbaik utk menangani masalah yg dihadapi.
    Suami dilihat lebih tertumpu kepada kegiatan atau menyibukkan diri dengan hobinya dari bersama2 keluarga.Apa yang dikata tidak dikotakan ...cepat terasa bila kitq berkata2 ..lebih suka memendam perasaan dr meluahkan pada pasangan ketidakpuasan hati dari membincangkan perihal yang dihadapi.Lebih suka MAKAN HATI ..Pasrah dengan menyalahkan diri (rasa dan tahu diri kekurangan ) dengan mudah berkata memberi pilihan kepada isteri untuk terus bersama atau tidak.
  31. bila mula berrahsia dgn kita...
  32. pengalaman..lepas dapat anak..suami xbrape hirau perasaan n keperluan isteri..bile suami salu xde toleransi dah dengan isteri..malah abaikan keperluan isteri yg memerlukan sahabat utk bercerita, menyampaikan suara hati, keluhan hati, dan ape jua yg selalu dikongsikan dengan seseorg bernama sahabat...kdg2 suami banyak bertindak sbg lelaki yg hanya digelar suami di kertas nikah namun tak bertindak sbg sahabat
  33. Bila hati dan diri semakin dipinggirkan...bl ada mcm tiada..bl tiada pun tak rasa apa2...tiada rindu bertamu lagi..
  34. Bila isteri telah banyak berkorban tetapi suami tak pernah nak hargai dan suami pula hilang rasa tanggungjawab terhadap keluarga sendiri. Waktu itu lah sudah tiada rasa cinta hambar tetapi jadi benci Dan sakit hati.
  35. Bila suami mula xlekat dirumah
  36. bila suami ada yg lain n x ambil berat psl isteri
  37. Bila suami lock fon n bkepit 24j dgn fon
  38. sejak hadirnya org ke 3 dlm perhubungan
  39. Bila kejujuran, kesetiaan dan kepercayaan dkhianati suami yg terlalu dicintai dan dsyangi..suami berselindung d sblk topeng 'kebaikan' sdgkn curang d blkg..bila dh berkali2 d beri pluang dan msh xnk brbh, mmg hati isteri x mmpu lg nk menyayangi..
  40. Bila apa yg kta buat dulu dia suka,tp kta buat benda yg sama skrg..Dia mula x appreciate lg..
  41. Senang cakp..'bila di khianati..'..
  42. Bila xde komunikasi dan eye contact
  43. Bila tiada perhatian lagi akibat terlalu asyik dgn yg lain seperti org baru, gadget baru, trlalu fokus mengejar duit walaupun tujuan asal adalah baik.
  44. Bila di khianati dan pngrbnan menjaga tika dia tidak sehat tak di hargai.
  45. Suami yg dianggap kwn,kekasih,teman sejiwa &sewktu dgnnya mula lalai dgn segala tgungjwb pd family.timbul syak wasangka somi bz dgn mlayan phone..
  46. sorg tido bilik sorg lg tido kt ruang tamu.. kalu sekatil pun masing2 membontot pasangan.. dah jarang bergurau senda.. mkn bersama
  47. 'Bila di khianati' merangkumi semua..
  48. bila suami sdh tidak memberi perhatian,tiada gurau senda ,tiada komunikasi...kaku mcm batu.
  49. Bl suami mula bercakap bohong
  50. Bila suami suka blik krja slalu lmbt..ckp bohong..suka maen fon..xde komunikasi..xbagi nafkah..dan gangguan pihak laen..pentingkn kwn2 dri ank bini..suka dok kdai kopi..
  51. Ble t'lalu sgt nk fikir maruah seorg llaki n kerapkali emo.
  52. Bila suami lupe tanggungjawab sebagai ketua keluarga..lupa mrke adalah suami & ayah kpd anak2..
  53. Tiada komunikasi tiada kemesraan jd hambar bosan
  54. Bila kurang komunikasi dgn suami
  55. Bila suami mula sibuk layan hp, cari jln keluar rumah tk kira siang / malam.
    Melayan isteri & anak2 mcm terpaksa, mencari silap dan naik angin tk tentu fasal.
  56. Bila kepercayaan disalahguna n pngorbanan yg diberi tidak tdk lg dihargai krn hdirnya org ke 3...
  57. apabila suami tdk b'tggjwb..abaikan nafkah..tak jg perasaan isteri, baran, dan mdera isteri dr segi mental dan emosi.. b'bohong..
  58. Apabila suami memperkecilkn kelebihan isteri dgn mgeluarkn kte2 kesat x mhargai pgorbanan isteri meletakan semua kerja 2 rumah urusan ank2 n segale hal ibarat dbuat mcm org gaji yg x dbri ape2 penghargaan shinggakn ksilap yg skecil duit syiling rm0.05 dibesar2kn
  59. Apabila Allah mnguji dgn mmberi rezeki yg lbih... & hadirlah org ke3 yg bg suami lbih smpurna dr segi material dll
  60. Bila tiada rasa percaya dan tidak dihargai...serta tiada rasa tanggungjawab
  61. Bila tiada komunikasi dan tolaransi. Buat apa semua tak jadi. Dah bagi peluang berkali-kali last skali biarkan ja hati mati.
  62. Bila suami isteri bekerja, balik kerja masing2 penat..masa utk communicate n berdua2an mmg kurang krn urus rmh tgg.. satu lg, bila GADGETS mula menguasai SUAMI ISTERI even kat rmh pon.. bz online sana sini...
  63. perkahwinan hambar tidak perlu hadirnya orang ke-3, sb fasa perkahwinan ni ada bbrp fasa, ia bermula saat kita sudah punyai anak2..kdg2 kesibukan masing2 dgn urusan sendiri (terutama zaman kini) membuatkan kita sendiri 'menjauhkan' diri dr pasangan...
  64. Tiada komunikasi menyebabkan tiada persefahaman. Mengutamakan kepentingan diri sdn melebihi kepentingan keluarga, tiada rasa hormat dan paling penting tidak menghargai
  65. bila tiada komunikasi antara 1 sama lain..
  66. Bl suami dah suka tipu isteri...lbhkan kwn2 drp isteri dan ank2..dan baran dgn isteri n ank...
  67. bila mula ada anak..wpon kdg tu sy cuba utk menghidupkn.kembali keromantikan tu..tp hasben sy suka buat spoil..hahahhaha..n 1 lg..bila gaduh..
  68. Bila hati dilukai..disakiti..pergorbanan seorg istri x dihargai...
  69. Apabila prkahwinan mncecah 10 thn lbh..komunikasi semakin kurang. Ditambah dgn tekanan hidup, ekonomi yg tidak stabil n tidak solat. Bila x solat maka kurg la berdoa n hati sllu x tenang. Bla hati x tenang mula cari kesilapan ank istri. Rsa 'panas' kt umh jd mula kluar cari hiburan. Zaman gadjet canggih ni duk umh pn bz online je.. maka hambar la perkahwinan tu. Kbanyakkannya istri yg sllu bertahan demi cinta n kasih pd ank2 wlupn merasa dirinya tertekan
  70. Apabila tidak dikurniakan rezeki anak, hubungan makin hambar. Hadir pula orang ketiga.
  71. Apabila tidak mendekatkan diri dgn Allah..sibuk dgn dunia..
  72. Bila suami curng di atas kpercayaan yg kita beri...mmg down trus...n x lksanakan tnggungjwb sbgai suami n bapa... x fokus pd kluarga hanya kwn2 n fon...
  73. Kurangnya komunikasi dan belaian kasih mesra bermulalah episod hambar dlm perhubungan
  74. Bila tak enjoy each other company & tak boleh ada perbincangan yg sihat & ceria, asyik nak marah aje.....
  75. Bila kita menjadi robot dlm perkahwinan. Rutin yg sama setiap hari.
  76. X jujur...
  77. Bila suami sibuk mcari cinta.bkn mcri rezeki n tingkatkn pendaptn.ank2msih kecil..khdpn jd x keruan.
  78. bila tiada penghargaan tapi kritikan yang jadi santapan..
  79. Bila suami dah mula tak tahu tanggungjawab...anak2 rapat dgn ibu shja...isteri dah cuba pelbagai cara utk menarik perhatian si suami...tiada kesan..kadag sahja ade perubahan tpi kembali semula kpd asal...
  80. Cinta mulai hambar apabila suami ada kekasih gelap atau isteri baru. Bila semua ini berlaku semua jadi tak keruan dan isteri makan hati dan berdendam sampai ke mati.
  81. bila tiada persefahaman...suami lebih mementingkan diri. semua tugas dipikul si isteri...suami abai tangggungjawab,
  82. Hambar bila suami naik tangan,fitnah isteri sendiri,lalai tanggungjawab asal walaupun niat adalah baik,tiada komunikasi dan bila tiada lg nama dihati dan fikiran...layanan juga akan semakin hambar...dan tidak cuba menghargai penat lelah si isteri
  83. Bila ekonomi keluarga makin terjejas..perkara kecil pon akan jadi besar bila bergaduh..
  84. rasanya bila saham kita sebagai wanita dah jatuh..maklum anak dah bederet umur dah meningkat maksud dlm erti kata lain dah tak seksi..mula lah dok usya lain...sebagai wanita kena bangkit dan jaga keterampilan diri penting...
  85. cinta mula hambar bila lelaki curang dan tidak bertanggungjawab.
  86. bila belang suami yg sbenar da keluar..wktu brcinta sume nye indah..4taun da sebumbung,bru dapat tahu perangai sbenar..seolah2 c istri xwujud..
  87. Cinta mula hambar bila tiada rasa cinta pd prtengahan usia prkhwinan dimana perubahan dinilai segi pergaulan,tuturkata mula kasar,pakaian mula spt org tua, sikap berkira dlm berbelnja hal2 keperluan rmhtangga,xmhu brkgsi masalah hanya diam pndang paper bila isteri brckap n suka pendam dgn brdendam ats sikap pasangan.
  88. Cinta mula hambar apabila suami bt perangai. ..malas kerja,penagih,abai tanggungjawab
  89. Apabila kepercayaan dan kesetiaan dikhianati.
  90. Apabila tiada peningkatan ilmu dan akibatnya tiada jg penambahan amalan ibadah yg berupa fardu ain..
  91. Bila kurangnya komunikasi ,belaian, perhatian & kasih syg dlm rumahtangga disebabkn suami lalai dgn gadget yg serba canggih
  92. Bila pasangan tidak menjlnkn tjwb cth; nafkah
  93. Bila Pasangan tak beri nafkah dan ambil wang perniagaan isteri Dalam dompet sewaktu isteri mandi... Pencuri seorang guru yg sepatutnya mendidik manusia. Hilang hormat dan taat.
  94. nafkah... bila ank tido bsama... tumpuan tidak lg pd isteri dan lbih pd ank. kwn2 luar kerap ajak suami keluar... atau dia sndiri yg nk 'ngeteh' dgn kwn2
  95. bile suami gagal beri nafkah batin dan zahir.. bile suami asyik dgn urusan sendiri... main game...lpk ngn kekwn.... main motor...sibuk ngn kereta... isteri akan rs terbiar...hati akan mula rasa hambar pada cinta... yg akan tggl hanye tggjwb..
  96. bila pasangan lupa pd tanggungjawabnya... isteri bkrja keras suami berehat2...sedangkan istri da bntu cr nfkah tp seolah2 tk dihargai lgsung
  97. Semua beban terletak di bahu isteri.
    Bila tiada komunikasi yag betul.... tidak mahu betolak ansur dan tidak mahu memahami pasangan... Kurang bagi perhatian pada pasangan.. sering mengherdik dan marah2. Semua itu menyebabkan pasangan tawar hati ....
  98. Bila pasangan pentingkan diri sendiri, tanggungjawab terbeban kepada satu pihak shj. Bila dia rasa take for guranted kepada perkahwinan yg dah lama.
  99. Cinta mnjadi hambar bilamana pasangan xmelaksanakn tggjwb yg sepatutnya di pikul...cth; seorg suami mmbiarkn isterinya menggalas tugas mnguruskn rmhtgga tanpa di bantu nya...
  100. Apabila suami melebihkn org lain......
  101. Bila pasangan tidak melaksanakan tanggungjawap.. bilamana masing2 diam dan melayan hp ...bilamana pernikahan hanya di atas kertas..
  102. Bila pasangan tidak mahu mendengar dan.memahami... segala kata kata seperti angin.Nafkah tidak diterima. Sikap x pernah berubah umtuk menjurus ke arah yang lebih baik...
  103. Bila sntiasa di bohongi n sibuk dgn urusan sndr..shingga tiada masa utk isteri..
  104. sejak diri sering dimarah2 xtentu arah.. sejak tiada ttur kata yg lembut.. hanya kata2 yg kasar,suara yg tggi didengari.. mcm mana kanak2 tak suka dimarah,mcm tu lah wnita.. hati cpt mrjuk.. da mrjuk,xd org nk pjuk.. kata maaf dan trima kasih,kata syg.. tu sume sgt perlu dlm hidup yg hambar..
  105. Saat x dpt laynn yg x OK Dr seorng suami.x kiralh Dr segi prcakapan mahupun layann d kamar....
  106. bila diri tidak di hargai..
    kadang2 kita sbgai wanita ingin dihargai,di belai,dipujuk.ksih syg xboleh di nilai dgn wang ringgit..sdgkn kte xpenah dpt yg secukupnye,dtg pula org ke3..
    sdgkn anak2 pn belum puas merasa ksih syg seorg ayah...
  107. bila dpt tau suami dh 10 thn kawin lain...janda plak tu....lepas tu suka menipu....terus jd tawar ....nk sebut sayang kt mulut ni pun dh tk pasti ikhlas ke tk......beranggapan bhwa suami adalah pengkhinat dlm rmhtgga
  108. Bila cinta hanya di bibir tanpa rasa yg x ketahuan di hati, malah bertukar menjadi jalinan kompromi semata.
  109. Bila pasangan punya ego tinggi tak sedar diri... memaksa kita utk menerima, menutup dan menelan segala masalah atau kekurangan dirinya tanpa boleh kita brbuat apa, semata mata duduk dirumah saje tak bkerja...
  110. Bila sering shja d bohongi...
  111. Bila kita rasa tiada istimewanya dlm hubungan..kita dah agak apa kita akan buat hari2..tak dihargai
  112. Bila sering dibohongi oleh suami..dan hak diri ini sbgi isteri hilang..kpercayaan yg istri beri suami sia2kan...mula lah cinta dan sayang jd hambar..dan hati pun jadi tawar...bak kata org utara 'tawaq hati' hihi
  113. Bila sifat ego mendahului sifat sabar. Bila telah lupa tanggungjawab dan peranan dlm perkahwinan. Bila curiga dan tidak mempercayai pasangan. Bila tidak jujur pd diri sendiri. Bila perkahwinan yg dibina dan menerima pasangan bukan kerana ALLAH. Bila nak tunjuk siapa lebih bijak. Bila sifat bersaing dan menunjuk2 dgn org lain...banyak lagi..
  114. Diri tdk lg sihargai. Tgjwb diabaikn. Keluarga bkn lg menjadi no1 di hati
  115. Cinta mulai hambar slps perkahwinan. Knp? Sblm kawen kedua pihak akn berusaha utk lakukan yg tbaik. Slps kawen keduanya akan jalani hidup biasa2 shj. Sbb dah ada dpan mata. Cinta hambar bila usia perkahwinan bertambah seiring bertambahnya ahli keluarga. Alasan? Tiada waktu berbicara, tiada waktu bersama, tiada apa lg yg perlu diucapkan sbb selama ni semuanya dah ckp. Justeru, pkahwinan ttp diteruskan krn sdh terikat. Dan krn ego utk tak mahu dipersalahkan.
  116. Apabila di beri peluang demi peluang,sehingga hilang rasa percaya,hilang rasa hormat.
  117. Bila perasaan rindu n cemburu dh x de dlm hbgn..
  118. Cinta hambar - bila psgan berulang kali mrmbuat kesalahan yg sama, walau terbukti brsalah, x prnh mrminta maaf. Terasa rendah diri sgt bila kekurangan kita dijaja pd pompuan lain. Cinta jg hmbr bila dia x cuba utk brrubah malah makin ego menyakiti hati kita dgn melakukan sesuatu perkara yg kita benci. Selalu keluar malam mengeteh katanya. Tp pengisian di sebalik mengeteh tu x pasti krn x prnh tau xtvtnya.
  119. ketika suami sering menyalahkan kita setiap perkara..dan dengan cara ini dapat sembunyi kesalahan diri mereka sendiri.serng kali ditipu
  120. Cinta menjadi hambar kerana isteri dibebani tanggungjawab wajib yg sepatutnya digalas suami..
  121. Teknologi jga jd slh 1 pnyebab..suami n istri msg2 leka dgn fb,whatsup..ank2 pon trabai...
  122. cinta mula hambar bile suami buat tak tahu je dengan permintaan kita..mintak nafkah buat dek..mintak tolong pun buat dek...mintak apapun buat dek je...
  123. Cinta mula hambar biler dekat rase rimas, jauh rasa lega...
  124. Bila suami buat xkisah dgn isteri yg perlukan belaian kasih sayang dlm ertikata lain suami xrasa simpati dgn pengorbanan isteri
  125. Bila suami lupa tarikh2 penting
    ..walaupun nampak remeh tapi isteri rasa penting tarikh2 tu..birthday suami..birthday isteri...anniversary..birthday anak2...
  126. Bila apa yg pasangan buat hanyalah rutin harian, tak ada kejutan
  127. Cinta mula hambar bila tiada lagi sms atau call dari dia seperti dulu waktu bercinta..setakat sms atau telefon untuk hal2 penting saja
  128. cinta mula hambar bila dia memaki hamun..mengungkit..menyesali ikatan perkahwinan..dan lebih sedih..isteri dan anak2 hanya beban
 ***Apa pun alasannya, tetap ada jalan penyelesaian dan yg hambar, boleh dimekarkan semula insyaAllah....(",)

Tiada ulasan: