Hidup kita bagaikan ombak laut, ada tikanya tenang dan ada masanya bergelora. Gelora ombak di laut tidak sepanjang masa, sama juga seperti hidup kita, ujian diterima sekadar menguji tahap kesabaran dan keimanan kita kepada-Nya, demi mencapai bahagia sejati....
23 Ogos 2011
Temui saya di Uni. Malaya mulai Sept ini
Justeru, bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat saya sama ada konsultansi kes perkahwinan dan rumahtangga, gangguan emosi, perlukan sokongan dan motivasi untuk meneruskan hidup serta khidmat nasihat dan perwakilan kes guaman syarie, boleh lah bertemu saya di Pejabat Perundingan Keluarga dan Guaman Syarie, C205, Blok C, Akademi pengajian Islam, Uni. Malaya, Kuala Lumpur.
Pejabat akan beroperasi mulai 7hb September ini dan akan dibuka mengikut waktu pejabat biasa; iaitu setiap Isnin hingga Jumaat; 9am hingga 5.00pm dan Sabtu minggu kedua dan keempat sahaja; 9am hingga 1pm.
Bagi memudahkan pengurusan, saya nasihatkan anda mengesahkan temujanji untuk bersemuka bersama saya terlebih dahulu, masih dengan prosedur yang sama iaitu anda perlu bank in sejumlah bayaran ke akaun dan untuk PROMOSI TEMPAT OPERASI BARU, ada diskaun istimewa menanti anda bagi SETIAP SESI TEMUJANJI BERSEMUKA sepanjang SEPTEMBER 2011 ini.
Anda hanya perlu jelaskan bayaran booking berjumlah RM100 dan bayaran tambahan selepas sesi temujanji berakhir (maksima 1 jam 30 minit) berjumlah RM30 sahaja. Untuk booking, sila bank in RM100 ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama anda ke talian 013-2545965 atau hubungi talian 03-79676117. Jika ingin terus ke PPKGS, anda tetap perlu jelaskan RM100 untuk booking sebelum dibenarkan bersemuka dengan saya.
Bagi mereka yang tidak dapat bersemuka; masih boleh gunakan temujanji melalui telefon atau chat YM. Hanya bank in kan RM100 ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji menerusi panggilan telefon. Anda boleh berkongsi masalah anda dengan saya selama tempoh 1 jam 30minit.
Temujanji anda akan ditetapkan berdasarkan kekosongan jadual yang terdekat dan anda akan diberikan nombor telefon untuk anda hubungi saya pada masa yang ditetapkan. Tolong maklumkan nombor yang akan anda gunakan untuk hubungi saya nanti. Nombor lain selain daripada yang diberikan, tidak akan dilayan.
Bagi temujanji menerusi menerusi Yahoo Messenger, bank in kan RM100 ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh dan maklumkan anda inginkan temujanji menerusi menerusi khidmat Yahoo Messenger. Sertakan sekali ID (alamat) Yahoo Messenger anda. Temujanji anda akan ditetapkan berdasarkan kekosongan jadual yang terdekat dan anda boleh chatting bersama saya selama 1 jam 30minit.
Bagi Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia, sila maklumkan keahlian anda dan anda akan diberikan info berkaitan diskaun khusus untuk anda, menepati hak keistimewaan anda sebagai ahli. Untuk makluman, keahlian dibekukan sementara bererti tiada keahlian baru diterima.
PERINGATAN PENTING!!! Jika anda tidak dapat tunaikan temujanji yang telah ditetapkan, mohon kerjasama untuk maklumkan kepada PA saya, SMS ke talian 013-2545965 selewat-lewatnya dua jam sebelum jadual yang telah ditetapkan. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan anda dikenakan penalti.
Untuk makluman, saya tidak akan batalkan temujanji yang telah anda tangguhkan maka saya terpaksa tetapkan penalti ini bagi mengelakkan tangguhan saat-saat akhir disebabkan tangguhan anda tersebut mengganggu jadual saya dan orang lain. (Hanya tangguhan atas sebab kecemasan sahaja dibenarkan dan tidak akan dikenakan penalti- maklumkan kpd PA saya butiran kecemasan anda itu)
Saya juga akan gunakan kaedah yang sama, memaklumkan tangguhan kepada anda selewatnya dua jam sebelum temujanji, jika terdapat perkara yang tak dapat dielakkan yang menghalang temujanji daripada dilaksanakan. Terima kasih di atas segala kerjasama.
Terima kasih!!!
17 Ogos 2011
Al-Quran Mukjizat Maha Hebat
Al-Quran merupakan Kalam Allah yang mengandungi ayat-ayat Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril untuk disampaikan kepada semua manusia. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling agung yang telah mendapat jaminan daripada Allah SWT akan kekal terpelihara. Terdapat lebih daripada 10 nama Al-Quran dirakamkan oleh Allah dalam kitabNya. Nama-nama itu menepati ciri-ciri dan kriteria Al-Quran itu sendiri.
1. Al-Kitab (Kitab)
Perkataan Kitab di dalam bahasa Arab dengan baris tanwin di akhirnya (kitabun) memberikan makna umum iaitu sebuah kitab yang tidak tertentu. Apabila ditambah dengan alif dan lam di depannya menjadi (Al Kitab) ia telah berubah menjadi suatu yang khusus (kata nama tertentu). Dalam hubungan ini, nama lain bagi Al-Quran itu disebut oleh Allah adalah Al-Kitab.
Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, (menjadi) petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (al-Baqarah: 2)
2. Al-Hudaa (Petunjuk)
Allah SWT telah menyatakan bahawa Al-Quran itu adalah petunjuk. Dalam satu ayat Allah menyatakan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia (2:185) dan dalam satu ayat yang lain Allah nyatakan ia sebagai petunjuk bagi orang-orang betaqwa. (3:138 )
Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil) … (al-Baqarah: 185)
3. Al-Furqan (Pembeza)
Allah SWT memberi nama lain bagi Al-Quran dengan Al-Furqan beerti Al-Quran sebagai pembeza antara yang hak dan yang batil. Mengenali Al-Quran sewajarnya dapat menyebabkan kita mengenali yang hak (benar) dan dapat membezakannya drpd yang batil (salah).
Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Quran) kepada hambaNya (Muhammad) … (al-Furqan: 1)
4. Ar-Rahmah (Rahmat)
Allah menamakan Al-Quran dengan rahmat kerana dengan Al-Quran ini akan melahirkan iman dan hikmah. Bagi manusia yang beriman dan berpegang kepada Al-Quran ini mereka akan mencari kebaikan dan cenderung kepada kebaikan tersebut.
Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar serta rahmat bagi orang-orang yang beriman, sedangkan bagi orang-orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian. (al-Isra: 82)
5. An-Nuur (Cahaya)
Panduan yang Allah gariskan dalam Al-Quran menjadi cahaya dalam kehidupan dengan mengeluarkan manusia daripada taghut kepada cahaya kebenaran, daripada kesesatan dan kejahilan kepada kebenaran ilmu, daripada perhambaan sesame manusia kepada mengabdikan diri semata-mata kepada Yang Maha Mencipta dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.
Dengan kitab itulah Allah member petunjuk kepada orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu dari kegelapaan kepada cahaya dengan izinNya dan menunjukkan ke jalan yang lurus. (al-Maidah: 17)
6. Ar-Ruuh (Roh)
Allah SWT telah menamakan wahyu yang diturunkan kepada rasulNya sebagai roh. Sifat roh adalah menghidupkan sesuatu. Seperti jasad manusia tanpa roh akan mati, busuk dan tidak berguna. Dalam hubungan ini, menurut ulama, Al-Quran mampu menghidupkan hati-hati yang mati sehingga dekat dengan Penciptanya.
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) Ruuh (Al-Quran) dengan perintah Kami, … (ash-Shura: 52)
7. Asy-Syifaa’ (Penawar)
Allah SWT telah mensifatkan bahawa Al-Quran yang diturunkan kepada umat manusia melalui perantara Nabi Muhammad SAW sebagai penawar dan penyembuh. Bila disebut penawar tentu ada kaitannya dengan penyakit. Dalam tafsir Ibnu Kathir dinyatakan bahawa Al-Quran adalah penyembuh dari penyakit-penyakit yang ada dalam hati manusia seperti syirik, sombong, bongkak, ragu dan sebagainya.
Wahai manusia! Sungguh, telah Kami datangkan kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit yang ada di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman. (Yunus: 57)
8. Al-Haq (Kebenaran)
Al-Quran dinamakan dengan Al-Haq kerana dari awal hingga akhirnya, kandungan Al-Quran adalah semuanya benar. Kebenaran ini adalah datang daripada Allah yang mencipta manusia dan mangatur system hidup manusia dan Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Oleh itu, ukuran dan pandangan dari Al-Quran adalah sesuatu yang sebenarnya mesti diikuti dan dijadikan priority yang paling utama dalam mempertimbangkan sesuatu.
Kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali engkau (Muhammad) termasuk orang-orang yang ragu. (al-Baqarah: 147)
9. Al-Bayaan (Keterangan)
Al-Quran adalah kitab yang menyatakan keterangan dan penjelasan kepada manusia tentang apa yang baik dan buruk untuk mereka. Menjelaskan antara yang haq dan yang batil, yang benar dan yang palsu, jalan yang lurus dan jalan yang sesat. Selain itu Al-Quran juga menerangkan kisah-kisah umat terdahulu yang pernah mengingkari perintah Allah lalu ditimpakan dengan berbagai azab yang tidak terduga.
Inilah (Al-Quran) suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk kepada seta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. (Aali-Imran: 138 )
10. Al-Mau’izhah (Pengajaran)
Al-Quran yang diturunkan oleh Allah adalah untuk kegunaan dan keperluan manusia, kerana manusia sentiasa memerlukan peringatan dan pelajaran yang akan membawa mereka kembali kepada tujuan penciptaan yang sebenarnya. Tanpa bahan-bahan pengajaran dan peringatan itu, manusia akan terlalai dan alpa dari tugasnya kerana manusia sering didorong oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan dari mengingati dan mentaati suruhan Allah.
Dan sungguh Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran? (daripada Al-Quran ini).(al-Qamar: 22)
11. Adz-Dzikr (Pemberi Peringatan)
Allah SWT menyifatkan Al-Quran sebagai adz-dzikra (peringatan) kerana sebetulnya Al-Quran itu sentiasa memberikan peringatan kepada manusia kerana sifat lupa yang tidak pernah lekang daripada manusia. Manusia mudah lupa dalam berbagai hal, baik dalam hubungan dengan Allah, hubungan sesame manusia mahupun lupa terhadap tuntutan-tututan yang sepatutnya ditunaikan oleh manusia. Oleh itu golongan yang beriman dituntut agar sentiasa mendampingi Al-Quran. Selain sebagai ibadah, Al-Quran itu sentiasa memperingatkan kita kepada tanggungjawab kita.
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-zikra (Al-Quran) dan Kamilah yang akan menjaganya (Al-Quran). (al-Hijr: 9)
12. Al-Busyraa (Berita Gembira)
Al-Quran sering menceritakan khabar gembira bagi mereka yang beriman kepada Allah dan menjalani hidup menurut kehendak dan jalan yang telah diatur oleh Al-Quran. Khabar-khabar ini menyampaikan pengakhiran yang baik dan balasan yang menggembirakan bagi orang-orang yang patuh dengan intipati Al-Quran. Telalu banyak janji-janji gembiran yang pasti dari Allah untuk mereka yang beriman dengan ayat-ayatNya.
Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami bangkitkan setiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan engkau (Muhammad) menjadi saksi atas mereka. Dan Kami turunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim). (an-Nahl: 89)
***Ilmu Ulum Al-Quran.
29 Julai 2011
Berubahlah bermula Ramadhan ini
Perbincangan ini telah disiarkan dalam Resipi Hidup, Mingguan Wanita keluaran Ogos 2009.
---------------------------------------------------------------------------
InsyaAllah, tika artikel ini disiarkan, beberapa hari saja lagi kita umat Islam seluruh dunia akan menyambut Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua. Ada yang tunggu sebab tak sabar nak menambah pahala memandankan Ramadhan adalah bulan yang paling mudah untuk menjana pahala kepada-Nya melalui amal ibadah yang dilakukan. Ada juga yang tak sabar sebab sebulan lepas Ramadhan, kita akan sambut Syawal, raya lah pulak. Puteri saya Ayuni Syafiqah (6 tahun) dan putera saya Azfar Suhail (5 tahun) pun dah tak sabar nak puasa. Dah berjanji dengan saya nak puasa penuh tahun ni macam Upin dan Ipin.
Tak kisahlah apa pun keseronokan dan hasrat anda, sememangnya Ramadhan adalah bulan mulia. Semua akui hakikat ini termasuklah meraka yang sebelum ini kurang menjalankan perintah Allah SWT. Ada mereka yang tak sembahyang tapi bila tiba bulan Ramadhan, Alhamdulillah solat lima waktu tak pernah tinggal. Ada yang tak menutup aurat, bila tiba Ramadhan, Alhamdulillah, penampilan berubah dengan bertudung litup. Dah tak ada lagi sesi gossip menggossip. Tak ada lagi sesi mengutuk, tak ada lagi sesi menengking atau caci maki. Malah tak ada lagi siri dedah sana buka sini. Bila ada yang terlebih cakap atau terlebih gaya, pasti ada yang akan ingatkan… opss.. bulan puasa ni!!!
Bila Syawal tiba, ramai antara mereka ini yang kembali ke rupa dan perwatakan asal seperti sebelum tibanya Ramadhan. Dah mula tinggal solat semula. Tudung yang cantik sebelum ini dah jadi hiasan dalam almari. Pejabat dah kecoh semula dengan siri-siri gossop. Suami kembali menengking isteri dan isteri mula meninggikan suara kepada suami semula. Kenapa? Apakah hanya di bulan Ramadhan kita diwajibkan solat? Apakah hanya di bulan Ramadhan kita perlu menutup aurat dan menjaga penampilan kita? Apakah hanya di bulan Ramadhan suami dan isteri perlu berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik? Sejak bila pulak ada hadis atau ayat yang menyatakan, perlu melakukan segala suruhan dan perintah Allah serta meninggalkan segala larangan-Nya bila tiba bulan Ramadhan? Sebab ada hadis yang cakap, kiamat akan berlaku dalam bulan Ramadhan, maka perlulah bertaubat sekejap ya… nanti dah lepas Ramadhan, buat semula untuk bertaubat lagi Ramadhan akan datang? Begitu??
Apa jaminan hayat anda akan panjang sampai Ramadhan akan datang? Muda lagi? Jangan lupa, buah yang muda juga boleh gugur ke bumi. Kalau betul umur anda panjang pun, mampukah taubat anda di usia tua memadamkan segala kejahatan anda di usia muda? Ya, kalau bertaubat bersungguh-sungguh, Allah akan ampunkan tapi perlu diingat, nak bertaubat ni bukan macam selera nak makan. Rasa nak makan mee sup, pesan kat gerai kemudian dah boleh makan. Taubat ni perlu lahir dari hati yang ikhlas. Kalau dah terlalu lama hidup dalam lubang najis, nak cucikan diri tu bukannya senang kan… pinjam kata-kata Nabil: lu fikirlah sendiri…
Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak sangat kes, bukan sahaja kes rumahtangga tetapi kes melibatkan keperibadian individu, yang sampai ke pengetahuan saya. Statistik pihak berkuasa juga menunjukkan kadar kes jenayah meningkat, bukan berkurangan. Kes rogol, kes ragut, kes bunuh, keganasan terhadap pasangan dan anak-anak, kes bunuh diri, buli kawan di sekolah, kes anak gadis lari dari rumah dan macam-macam sangat. Kenapa? Bukan semuanya salah ibu yang mengandungkan kemudian melahirkan dan membesarkan. Bukan semua juga salah ayah yang mendidik dan membimbing. Bukan semua juga salah kecanggihan teknologi kini. Hakikatnya, untuk menjadikan sesuatu perkara itu realiti, bergantung kepada diri sendiri.
Jangan cuba-cuba sebab bermula dari cuba-cuba itulah akan jadi suka-suka dan akan buruk padahnya. Dengan cuba-cuba jugalah seseorang yang tak pernah terlibat dalam perkara yang menjelikkan, boleh menjadi seorang yang amat menjelikkan di mata masyarakat. Saya tak menyalahkan mereka yang berbuat salah, malah saya bukan menghina anda yang terlibat dalam setiap perkara yang melanggar hukum syarak dan moral masyarakat timur. Saya tak katakan saya ini baik apatah lagi terlalu baik. Kita semua manusia, yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Namun, bila dah tau kita tersilap dan bersalah, janganlah terus melakukan kesilapan tersebut.
Bila anda dah mula menunjukkan perubahan, maka teruslah berubah demi yang lebih baik. Jika anda boleh insaf dan melakukan kebaikan tika Ramadhan ini, saya sarankan dan mengharapkan anda teruskan perubahan anda itu hingga ke akhir hayat. Ambillah peluang bermula Ramadhan ini untuk meningkatkan keunggulan keperibadian kita kerana Ramadhan terlalu sempurna, 10 hari pertama adalah rahmat, 10 hari pertengahan (selepasnya) adalah keampunan dan 10 hari terakhir adalah keselamatan.
Mungkin perbincangan kali ini lain dari yang lain namun ini juga resipi yang tidak dapat dinafikan perlu kita ambil peduli di dalam meneruskan kehidupan seharian kita. Selamat berpuasa kepada semua….
****Berkongsi kata-kata Dr Irfan Khairi: Bulan Ramadhan penuh dengan rezeki yang pelbagai. Rezeki pahala daripada amalan kita dan juga rezeki dari segi dugaan yang dilalui. Berbanyak bersyukur dengan segala apa sahaja yang kita miliki kini tidak kira tahap kita oleh kerana perasaan kesyukuran, dan keseronokan itu adalah kekayaan yang sebenar...
****Dapatkan diskaun istimewa bagi khidmat konsultansi tru fon atau chat YM sepanjang Ramadhan ini...
Istimewa Ramadhan 1432
Sempena hadirnya Ramadhan ini, saya ingin memberikan potongan istimewa kepada dua sesi konsultansi yang bakal diterima sepanjang Ramadhan ini. Seperti yang saya umumkan sebelum ini, saya hanya terima temujanji menerusi telefon dan chat Yahoo Messenger sahaja. Temujanji bersemuka saya bekukan sementara dan akan diterima semula selepas Aidil Fitri. Info berkaitan akan saya kongsikan nanti.
Merujuk kepada temujanji menerusi panggilan telefon dan chat YM, saya hanya akan terima tiga sesi sahaja sehari iaitu:
- sesi 1: 09.o0am
- sesi 2: 11.00am
- sesi 3: 03.00pm
Tempoh masa bergantung kepada bentuk temujanji anda. Jika menerusi telefon, tempoh minima 1 jam dan maksima 2 jam. Bagi temujanji via chat YM pula, masanya ialah 2 jam.
Merujuk kepada diskaun istimewa, bagi temujanji menerusi panggilan telefon, anda perlu jelaskan RM30 (bagi Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia ) atau RM50 bagi bukan ahli; sementara bagi temujanji menerusi chat Yahoo Messenger, anda perlu jelaskan RM50 (bagi Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia ) atau RM80 bagi bukan ahli;
Sila bank in ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh dan No. Ahli (jika ada) anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan bentuk temujanji yang anda inginkan. Sertakan sekali nombor telefon yang akan digunakan untuk anda hubungi saya atau ID (alamat) Yahoo Messenger anda. Temujanji anda akan ditetapkan berdasarkan kekosongan jadual yang terdekat.
Diskaun istimewa ini sah untuk temujanji menerusi telefon atau chat YM bermula 1hb Ogos hingga 26hb Ogos 2011 sahaja.
PERINGATAN PENTING!!! Jika anda tidak dapat tunaikan temujanji yang telah ditetapkan, mohon kerjasama untuk maklumkan kepada PA saya, SMS ke talian 013-2545965 selewat-lewatnya dua jam sebelum jadual yang telah ditetapkan. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan anda dikenakan penalti.
Untuk makluman, saya tidak akan batalkan temujanji yang telah anda tangguhkan maka saya terpaksa tetapkan penalti ini bagi mengelakkan tangguhan saat-saat akhir disebabkan tangguhan anda tersebut mengganggu jadual saya dan orang lain. (Hanya tangguhan atas sebab kecemasan sahaja dibenarkan dan tidak akan dikenakan penalti- maklumkan kpd PA saya butiran kecemasan anda itu)
Saya juga akan gunakan kaedah yang sama, memaklumkan tangguhan kepada anda selewatnya dua jam sebelum temujanji, jika terdapat perkara yang tak dapat dielakkan yang menghalang temujanji daripada dilaksanakan. Terima kasih di atas segala kerjasama.
Terima kasih!!!