Atas permintaan, saya akan terima TEMUJANJI BERSEMUKA PADA 23 JULAI
sahaja, (tarikh sebelum ni 24 tapi ditukar tarikh sebab saya terima
undangan ceramah motivasi 4 jam di SK Sijangkang pada tarikh tersebut) terhad kepada 4 sesi sahaja, masih di KL Sentral dan DISKAUN
SEPANJANG RAMADHAN bagi temujanji menerusi telefon atau chat Yahoo Messenger, caj dikenakan ialah:
*temujanji menerusi telefon RM50 sahaja,
*temujanji via YM hanya RM70 sahaja,
- sesi maksima 90 minit
(harga asal RM100)
Memandangkan telah menerima banyak perminataan untuk sesi menerusi emel
kerana berhalangan untuk memperuntukkan masa yg sesuai dengan jadual
temujanji yg ditetapkan, saya berikan peluang. Bagi mereka yg ingin
bertemujanji menerusi emel, saya kenakan caj RM50.
Untuk
tempahan, sila buat bayaran dengan jumlah ditetapkan ke akaun Bank Islam
120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor
rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama anda ke talian
013-2545965 dan nyatakan temujanji pilihan anda. Bagi temujanji menerusi
emel, anda akan diberikan emel saya beserta no HP saya sendiri dan anda
perlu emelkan segala permasalahan anda kemudian SMS infom saya dan saya
akan usahakan balas segera (maksima dalam masa 3 hari insyaaAllah) dan
saya akan SMS anda semula selepas emel dijawab.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama rakan2... (",)
Hidup kita bagaikan ombak laut, ada tikanya tenang dan ada masanya bergelora. Gelora ombak di laut tidak sepanjang masa, sama juga seperti hidup kita, ujian diterima sekadar menguji tahap kesabaran dan keimanan kita kepada-Nya, demi mencapai bahagia sejati....
18 Julai 2013
Suami bagaikan boss
Soalan
DILEMA PERKAHWINAN, Mac 2012.
Suami berpangkat tinggi dan sering
mengibaratkan hubungan suami isteri sama seperti bos dan pekerja di pejabat.
Saya perlu hormat dalam melaksanakan arahan bos (suami). Bukankah antara suami
dan isteri perlu ada rasa hormat di antara satu sama lain, bertolak-ansur,
tolong-menolong dan faham-memahami?
JAWAPAN:
Fitrah
seorang manusia mahu dilayan sebaiknya sebagai manusia - difahami, diterima,
dihormati, disayangi, diberi perhatian, diberi sokongan dan dipercayai. Fitrah
ini milik semua makhluk bernama manusia, tidak terkecuali seorang pun walau
dalam hubungan antara majikan dan pekerja apatah lagi dalam hubungan sebagai
suami dan isteri.
Merujuk
firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan di antara
tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia
menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya
antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang serta belas kasihan.
Sesungguhnya demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan
kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” - surah al-Rum ayat 21. Ayat
ini menjelaskan hubungan suami isteri perlulah berasaskan kasih sayang dan
belas kasihan yang sudah semestinya terangkum di dalamnya rasa hormat di
antara satu sama lain, bertolak-ansur, tolong-menolong dan faham-memahami.
Merujuk
kepada kes yang dikemukakan, berkemungkinan suami memegang prinsip dia sebagai
ketua keluarga makanya isteri perlu akur dan taat tanpa sebarang rungutan dan
bantahan. Memang diakui, Islam meletakkan suami berada pada status yang tinggi.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Jika aku hendak
menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan
isteri supaya sujud kepada suaminya.” - Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu
Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi.
Di dalam al-Quran pula disebut: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang
lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita....” – an-Nisa’ ayat 34.
Dalam
mentafsirkan hadis dan ayat ini, ulama menjelaskan kekuasaan yang diberi oleh
Allah SWT itu menuntut agar seorang suami bersikap bertanggungjawab, bijaksana,
adil, sabar dan mampu untuk mengendali segala permasalahan atau bebanan yang
timbul di dalam rumahtangga. Dalam erti kata lain, status kepimpinan suami itu
adalah dalam rangka untuk merealisasikan perintah Allah SWT bagi melayan isteri
dengan sebaik mungkin. Maksud layanan yang baik bukan sekadar tidak memukul
atau menampar tetapi layanan yang baik seperti yang dikehendaki di dalam Islam
malah undang-undang perkahwinan agama lain juga ialah suami perlu menjaga hati
dan perasaan isteri agar tidak dilukai dan disakiti. Isteri berhak dilayan
dengan penuh kemesraan, kelembutan dan dengan penuh kasih sayang.
Menjadi
ketua keluarga juga bermaksud anda perlu jadi pelindung kepada isteri dan
anak-anak anda. Jika anda sendiri bertindak memberikan tekanan kepada mental
isteri dan anak-anak, anda telah gagal berperanan sebagai ketua keluarga. Bila
suami gagal melaksanakan segala peranan tersebut, suami itu tergolong dalam
kumpulan suami yang nusyuz.
Ya!
Suami pun boleh nusyuz. Dalam surah an-Nisa’ ayat 128 Allah SWT berfirman yang
bermaksud: “Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap
tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan suluh
yang sebenar-benarnya dan suluh itu lebih baik (bagi mereka)”. Menurut Imam
Said Hawa dalam Asas Fit Tafsir; nusyuz seorang suami bermaksud mengabaikan
isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri (tidak menggaulinya atau berkomunikasi
dengannya), tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau
memukulnya termasuklah kurang bercakap dan bermesra dengan isteri.
Berdasarkan
huraian Imam Said Hawa ini; para suami yang bersikap kasar dengan isteri, tidak
suka berbincang dengan isteri, suka membuat keputusan sendiri tanpa mengambil
kira pandangan isteri, tidak menghormati isteri, suka memerintah laksana member
arahan kepada pekerja bawahan adalah tergolong sebagai suami yang nusyuz.
Kenapa? Sebab Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan bergaullah kamu
dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” – surah
al-Nisa’ ayat 19. Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Orang yang paling
sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling
baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya.” - hadis
riwayat al-Tirmizi.
Mafhum
ayat al-Quran dan al-Hadis yang saya kongsikan di atas ini adalah antara dalil
dan bukti yang mewajibkan seorang suami menghormati isterinya, tanpa perlukan
sebab, tak perlu juga alasan kerana akad nikah yang suami lafazkan adalah satu
perjanjian untuk anda menjaga isteri dengan baik, menjaga kebajikan dan
keperluan hariannya, menjaga hati dan perasaannya termasuk berkomunikasi dengan
baik. Biar perkahwinan anda atas pilihan orang tua, biar tiada lagi rasa sayang
dan cinta, bila dia masih bernama isteri anda, anda wajib menghormati isteri
anda.
Perlu
difahami! Hubungan suami isteri bukan hubungan demokrasi malah bukan juga
autokrasi. Hubungan suami isteri adalah satu hubungan penuh toleransi. Perlu
sama-sama menghormati malah perlu sama-sama memahami. Singkap kembali sejarah
kehidupan Rasulullah SAW bersama isteri baginda. Biarpun terlalu sibuk dan
kalut menyampaikan usaha dakwah, baginda masih mampu menjadi seorang suami yang
romantik buat isteri baginda. Baginda memahami kehendak si isteri dan berusaha
memenuhi kehendak tersebut.
Diriwayatkan daripada Aishah r.anha
bahawa Rasulullah SAW pernah membawanya menyaksikan permainan para sahabat yang
berasal dari Sudan. Katanya: “Hari itu adalah hari
raya di mana orang-orang Sudan bermain pedang dan perisai. Aku (Aishah r.anha)
tidak ingat apakah aku yang meminta untuk melihatnya atau Rasulullah SAW yang
berkata: Apakah kamu ingin melihatnya? Aku pun menjawab: Ya. Aku disuruhnya
berdiri di belakangnya di mana pipiku bersentuhan dengan pipi baginda. Baginda
berkata: Biar yang lain wahai Bani Arfidah! Ketika aku merasa bosan, baginda
bertanya kepadaku: Adakah engkau sudah puas? Aku menjawab: Ya. Baginda pun
bersabda: Pergilah.” - hadis riwayat al-Bukhari.
Rasulullah SAW juga sering bergurau
senda dengan para isterinya. Aisyah r.anha telah berkata yang bermaksud:
“Rasulullah berlumba lari denganku, maka aku menang ketika itu kerana aku belum
gemuk. Kemudian, setelah gemuk aku berlumba lari dengannya, maka baginda
memenanginya. Lalu baginda bersabda: Kemenangan ini sebagai penebus kekalahan
yang lalu.” - hadis riwayat Abu Daud.
Dua
contoh daripada begitu banyak perkara yang boleh dijadikan teladan. Fakta penting:
sesungguhnya para suami wajib dan perlu melayan isteri dengan baik.
Saya
yakin, isu ‘hubungan boss dan pekerja’ juga wujud kerana kegagalan puan
berkomunikasi dengan baik bersama suami. Rata-rata, masalah utama komunikasi
sesama setiap insan khususnya suami isteri ialah memahami dan difahami.
Sukarnya memahami sama saja dengan sukarnya untuk difahami. Jalan terbaik,
berikan peluang kepada diri sendiri untuk memahami dan difahami. Jika anda
sukar memahami; bertanya dan berbincanglah. Jika anda sukar difahami; jelaskan
dan berterus teranglah. InsyaAllah! Sama-sama memahami akan dikecapi dan
bahagia hidup berumahtangga akan dinikmati!
16 Julai 2013
Bengkel Pengendalian Kes di Mahkamah Syariah 2
Atas
permintaan, saya adakan sekali lagi bengkel yg serupa...
Ada
kes di Mahkamah Syariah? Pening tak tau nak hadapinya?
Sertai
Bengkel Pengendalian Kes Di Mahkamah Syariah
Perbincangan
menyeluruh mengenai prosedur dan tatacara pengurusan kes mal (perkahwinan)
merangkumi kes tuntutan cerai, takliq, fasakh, khuluk, hak jagaan anak,
tuntutan nafkah eddah, mut’ah, nafkah anak, harta sepencarian dan hutang
perkahwinan. Ketahui juga mengenai nusyuz dan perintah kembali taat. Anda juga
akan diajar mengenai dokumentasi dan pembuktian yang perlu dikemukakan bagi
menyokong kes anda.
Tarikh: 26 Oktober 2013
Masa:
8.00am hingga 6.30pm
Tempat:
Bilik Mesyuarat, Bina Bahagia Services, Wangsa Permai, Kepong
Yuran:
RM180 per individu
**Peserta yg mendaftar untuk Bengkel 7
Julai dan gagal hadir, boleh sahkan semula kehadiran anda.
Aturcara:
08.00am
– Pengesahan Pendaftaran
08.15am
– Bacaan Doa al-Ma’thurat
08.30am
– Bengkel 1 – Tuntutan Cerai, Pengesahan Cerai dan Khuluk
10.00am
– Minum Pagi
10.30am
– Bengkel 2 – Tuntutan Takliq dan Fasakh
01.00pm
– Makan tengahari dan Solat Zohor
02.00pm
– Bengkel 3 – Tuntutan Hak Jagaan Anak dan Nafkah Anak
03.30pm
– Bengkel 4 – Tuntutan Nafkah Eddah, Mut’ah, Harta Sepencarian dan Hutang
Perkahwinan
05.00pm
– Solat Asar dan Minum Petang
05.30pm
– Bengkel 5 – Nusyuz dan Perintah Kembali Taat
06.30pm
– Bersurai
Cepat!
Daftar segera! Tempat terhad kepada 15 peserta sahaja.
Untuk
pendaftaran, bayar RM100 ke akaun akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama
Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran
beserta nama penuh, no KP dan alamat lengkap anda ke talian 013-2545965. Baki
bayaran RM80 dibayar pada hari program. Bayaran tidak akan dikembalikan tetapi
boleh digantikan dengan peserta lain. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama
rakan2...
Jawatan kosong di Bina Bahagia Services
InsyaaAllah, andai tiada masalah
mendatang, Bina Bahagia Services (BBS) bakal beroperasi di Taman Wangsa Permai,
Kepong mulai 2hb September yg akan datang. Sehubungan dengan itu, BBS
memerlukan seorang pembantu operasi dan peguam syarie junior. Kedua-dua jawatan
ini khusus untuk WANITA SAHAJA.
Jawatan Pembantu Operasi
Kelayakan:
·
Sekurang-kurangnya berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia
·
Calon dengan pendidikan Diploma juga dipertimbangkan
·
Mempunyai kemahiran komunikasi
·
Mampu melaksanakan kerja-kerja pengurusan
·
Mahir menggunakan komputer khususnya Word dan Excel
·
Diutamakan kepada yang masih bujang
Bidang kerja:
·
Sebagai person incaj bagi setiap perhubungan antara consultant dengan orang
luar
·
Menguruskan jadual kerja Pn Suzana Ghazali
·
Melaksanakan kerja-kerja pengurusan consultant
Jawatan Peguam Syarie Junior
Kelayakan:
·
Sarjana Muda Syariah atau yg berkaitan
·
Mempunyai sijil peguam negeri (nyatakan negeri dan tahun diperolehi)
·
Sanggup bekerja sebagai ibadah dan kebajikan, bukan semata-mata pendapatan dan
kemewahan
·
Diutamakan kepada yang masih bujang
Bidang kerja:
·
Mengendalikan kes-kes rundingcara kekeluargaan
·
Mewakili kes guaman syarie ke Mahkamah Syariah
Kepada yg berminat, sila emelkan
maklumat diri anda ke binabahagia@gmail.com. Sila nyatakan juga SEBAB ANDA
LAYAK DIPERTIMBANGKAN bagi jawatan tersebut.
Tarikh tutup permohonan ialah pada
19hb Ogos 2013. Hanya calon yg disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi
temuduga yg bakal diadakan pada 28hb Ogos 2013.
Langgan:
Catatan (Atom)