Lanjutan makluman mengenai jadual temujanji bersemuka di KL yang baru bermula Mei, ramai yang mengirimkan mesej ke inbox saya bertanyakan; Pn Su dah duk KL semula ke? Dah pindah ke? Macam-macam soalan yang fokuskan kepada, apakah saya kembali ke KL semula?
Jawapan saya; insyaAllah... saya akan menetap di Selangor semula bermula 8hb Mei ini. Kenapa pindah? Terlalu banyak penjelasan; cukup sekadar saya kongsikan; jika pelbagai usaha telah dilakukan tetapi masih tidak mampu mengubah keadaan maka jalan terbaik ialah mengubah pendekatan. Kafe? Bukan rezeki saya untuk teruskan perniagaan tersebut. InsyaAllah, satu masa nanti akan saya kongsikan.
Buat masa ini, saya ingin maklumkan; benar persoalan rakan-rakan, saya akan kembali ke Selangor, lebih baik untuk emosi anak-anak kerana tidak akan sering ditinggalkan lagi malah penting untuk emosi saya sendiri yang turut menderita bila terpaksa selalu meninggalkan anak-anak dalam tempoh yang lama.
Sempena kembalinya saya untuk beroperasi sepenuhnya di Kuala Lumpur, saya berikan tawaran istimewa, BONUS untuk khidmat konsultansi psikologi keluarga dan guaman syarie; sesiapa yang membuat tempahan untuk khidmat temujanji bersemuka bagi tarikh-tarikh temujanji pada bulan Mei dan Jun, mulai hari ini (3hb Mei) hingga 6hb Mei, anda hanya perlu jelaskan RM80 sahaja untuk booking dan tiada bayaran tambahan selepas temujanji. Tiada had tempahan asalkan tempahan anda dibuat sepanjang tempoh tiga setengah hari ini.
Tempahan boleh dibuat untuk mana-mana tarikh yang anda pilih daripada jadual di bawah:
Jadual temujanji Mei diadakan pada tarikh-tarikh berikut:
- 11hb hingga 14hb
- 18hb hingga 20hb
- 23hb hingga 28hb
- 30hb hingga 31hb
Jadual temujanji Jun diadakan pada tarikh-tarikh berikut:
- 01hb hingga 3hb
- 13hb hingga 17hb
- 20hb hingga 25hb
- 27hb hingga 30hb
Sesi temujanji bermula jam 9.30am dan berakhir 5.30pm dengan setiap sesi selama 90minit iaitu:
- sesi 1: 09.30am-11.00am
- sesi 2: 11.00am-12.30pm
- sesi 3: 12.30pm-2.00pm
- sesi 4: 02.30pm-4.00pm
- sesi 5: 04.00pm-5.30pm
Sila bank in ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka beserta tarikh dan masa pilihan anda.
Mohon kerjasama rakan-rakan untuk mendoakan segala urusan perpindahan saya bersama anak-anak dimudahkan oleh-NYA. Terima kasih!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan