09 April 2009

Alahai Khatijah 10hb April

Segmen Alahai Khatijah
EPISOD 15 (KAMILA VOGUE)

Remaja sekarang memang membingungkan. Anak dara Kathy sendiri pun apa kurangnya. Adakalanya Kathy rasa inikah Kamila yang masa kecilnya dulu cukup manja dan ikut saja apa yang Kathy kata…

Hm…zaman berubah…dia tidak pernah mengenal susah…dia tak pernah dirotan, dia tak pernah merasa takda duit nak pergi sekolah. Tak macam zaman Kathy remaja dulu. Hidup susah. Sebab itu Kathy bertekad untuk ada kerjaya sendiri dan pegang duit sendiri. Namun Kamila tak nampak macam Kathy pun.

Cuma tahu belajar dan mintak duit. Itu takpa lagi, yang lebih memeningkan, dia menuntut dibelikan minyak wangi mahal. Pergi sekolah harum tubuhnya mengalahkan tubuh Kathy yang pergi kerja ini. Dia mahukan jam mahal-mahal. Alat mekap dan pencuci muka yang bukan murah. Siap mahu dibelikan contact lense pelbagai warna lagi…aduh…nak disanggah, dia dah besar. Dah sekolah menengah.

Nak diikutkan pulak, Kathy yang kopak. Tapi Kamila cukup pandai memujuk. Cair Kathy tiap kali dia melentuk luik mintak dibelikan barang peribadinya. Anak…anak…Kathy tahu dia sedang membesar dan memerlukan pelbagai keperluan sebagai persediaan meningkat dewasa. Kathy tak marah. Cuma pening memikirkannya. Nak pergi sekolah pun berdandan berjam-jam. Selagi dia tak puas hati dengan pakaiannya, selagi itulah dia tak keluar rumah.

Kathy hairan…memang macam itu ke tuntutan anak gadis zaman sekarang?
--------------------------------------------------------------------------------

Ikuti perbincangan masalah Kathy ini bersama saya di dalam Apa Kata Wanita? Bersama Zamzarina pada hari Jumaat ini, 10hb April, jam 9.30pm, siaran langsung di TV1.

Tiada ulasan: