Dah lama sangat saya tak menjenguk blog ini. Entri terakhir saya bertarikh 15hb April dan hari ini, 29hb April, kira-kira dua minggu jugak. Saya menjenguk sekejap pada hari Isnin baru ni, 27hb April apabila mendapat khabar, terdapat pergaduhan di chat box saya yang sepatutnya menjadi medan anda semua memberikan komen yang membina.
Ziarah sebentar selepas jam 6pm memberikan satu kata putus, ruangan komen menerusi chat box tersebut saya mansuhkan. Ini cerita permulaan dalam himpunan pelbagai cerita yang ingin saya kongsi dengan anda.
----------------------------------------------------------------------------------
Bengkel Kerjaya 18hb April
Alhamdulillah, Bengkel Kerjaya berjaya diadakan biarpun ada peserta yang menarik diri selepas penangguhan drpd tarikh asal program. Alhamdulillah juga, terdapat dua peserta yang diterima menjadi perintis dan bakal menjalankan tugasan berkaitan rundingcara psikologi keluarga dan guaman syarie ini selepas beberapa sesi latihan yang bakal diadakan.
----------------------------------------------------------------------------------
Ulangtahun pertama blog 18hb April
Tarikh yang sama dengan Bengkel Kerjaya juga adalah tarikh ulangtahun pertama kelahiran blog Bersama Suzana ini. Ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan. Saya sedar, saya tak mungkin dapat memenuhi permintaan dan memuaskan hati semua pihak. Bukti jelas seperti yang terdapat dalam chat box saya sebelum ini (jika anda membacanya).
Terpulanglah kepada pendapat dan pandangan anda cuma yang dapat saya katakan, saya adalah juga manusia biasa sama seperti anda, perlukan kewangan untuk meneruskan hidup di atas muka bumi ini lantaran itulah, saya bekerja dan kerjaya saya melibatkan khidmat nasihat dan pandangan. Terima kasih kepada yang berusaha mempertahankan saya, hanya Dia yang dapat membalasnya dan Dia juga yang Maha Mengetahui segalanya.
----------------------------------------------------------------------------------
Ulangtahun kerjaya yang ke-11 pada 20hb April
Alhamdulillah, telah 11 tahun saya terlibat dalam kerjaya melibatkan psikologi keluarga dan guaman syarie. Terima kasih atas sokongan dan doa semua pihak. Moga saya dapat meneruskan kerjaya saya, memberikan khidmat nasihat dengan kos perkhidmatan mampu bayar kepada semua pihak.
Hmmm... kalaulah semudah ini saya membuat duit, seperti kata-kata dalam chat box, 11 tahun dah cukup untuk jadikan saya antara jutawan Malaysia dan tak perlulah lagi saya perah otak memberikan pandangan dan pendapat terhadap pelbagai penyakit masyarakat kan? Betul lah kata orang, ada tikanya lebih baik berdiam diri daripada menyuarakan sesuatu yang akhirnya memalukan diri sendiri...
-----------------------------------------------------------------------------------
Bekerja sambil bercuti 21hb-23hb April
Alhamdulillah, perancangan saya untuk membawa anak-anak dan Mak serta Bapa saya ke Kuala Terengganu ketika memenuhi sesi undangan ceramah anjuran UTM Space, dimakbulkan Allah SWT. Malah, adik-adik saya dapat ikut serta. Seronok bila rezeki kurniaan-Nya dapat dikongsi dengan insan-insan tersayang. Ada beberapa gambar dah diupload, boleh layari Permata Hati Suzana
Perancangan awal, nak bertolak balik ke KL hari Rabu petang. Tapi dek kerana kepenatan menjayakan 'rombongan che kiah' seharian penuh, kami bermalam semalam lagi di Seberang Takir dan bertolak balik awal pagi Khamis. Alang-alang dah ke pantai timur, kami singgah ke Bandar Pusat Jengka, lebih tepat lagi ke Jengka 1, menjenguk semula tempat pertama Bapa saya berkhidmat sebagai guru, juga tempat saya dibesarkan bermula usia dua bulan hingga dua tahun. Bapa dan Mak seronok sungguh bila berjumpa semula jiran-jiran lama, yang dah jadi cam saudara sendiri. Kat bawah ni antara gambar kat Jengka 1, lain-lain akan saya masukkan dlm Permata Hati Suzana
Rumah guru tempat saya dibesarkan... kini dah terbiar.
Blok pertama sekolah ini, tempat pertama Bapa saya mengajar...
Bapa dan Mak di depan SK (LKTP) Jengka 1, pertemuan semula selepas lebih 33 tahun...
---------------------------------------------------------------------------------
Setiap Jumaat di Awani Pagi
Dalam perjalanan ke Jengka 1, saya dapat panggilan memaklumkan, saya mendapat peluang untuk ke udara di dalam slot Awani Pagi, bermula 24hb April. Alhamdulillah.... so, terdekat 1hb Mei, saya akan bincangkan tentang topik "Siapa kata isteri tiada kuasa talak?". Jangan lupa bersama saya, setiap Jumaat jam 8.45am di Awani Pagi, Astro.
Cerita tamat.... jumpa lagi!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan