12 Ogos 2008

Ahli KBS: Tabung dan promosi perniagaan

Kelab Bersama Suzana akan melancarkan tabung kebajikan ahli.

Setiap ahli juga berpeluang mempromosikan perniagaan anda kepada masyarakat umum.

Maklumat lanjut sila layari Kelab Bersama Suzana .

1 ulasan:

Ina berkata...

Assalamualaikum,

Harap semua saudari akan menggunakan peluang ini betul betul dan ikhlas untuk mempromosikan perniagaan anda.

Saya pernah jumpa satu peristiwa di mana cara promosi yang digunakan amat mengecewakan.

Ini berlaku pada adik perempuan saya lebih kurang 4 tahun dahulu.

Adik saya mempunyai berat badan 72kg selepas bersalin anak pertama. Dalam 2 tahun yang pertama, adik saya tidak ambil sebarang tindakan untuk menurunkan berat badan sehingga tahun ke-3.

Pada bulan Februari 2004, adik saya mula program menurunkan berat badan secara kurangkan makanan. Dalam masa 9 bulan, berat badan adik saya telah turun kepada 59kg.

Rakan sekerja adik saya nampak berat badan adik saya telah turun, terus dia mencadangkan adik saya mempromosi makanan perlangsingan badan dengan 'menipu' klien bahawa adik saya berjaya melangsingkan badan selepas mengambil makanan perlangsingan badan tersebut.

Ini adalah satu pengalaman yang amat menyedihkan. Jika berat badan turun akibat sebab-sebab lain, jangan gunakan ia sebagai 'iklan' untuk menipu.

Oleh yang demikian, saya harap semua saudari yang hendak mempromosikan pernigaan dapat buat dengan ikhlas dan jujur. Hanya menggunakan contoh yang benar.